Home Entertainment 11 Watak Dalam Kdrama Yang Mempunyai Masalah Dengan Bapa Mereka

11 Watak Dalam Kdrama Yang Mempunyai Masalah Dengan Bapa Mereka

0

Baek Yoon Young (Jin Ki Joo) merupakan watak utama dalam kdrama siri yang bertemakan pengembaraan waktu terbaru untuk tahun 2023 ini iaitu, My Perfect Stranger.

Drama siri ini mengisahkan tentang watak utamanya iaitu Baek Yoon Young, seorang gadis yang sangat membenci ayahnya yang selama ini telah membuat ibunya menderita. Gadis ini berpeluang untuk mengembara ke masa lalu dengan misi untuk menghalang perkahwinan kedua-dua ibu bapanya.

Selain Baek Yoon Young, terdapat beberapa karakter lain dalam drama siri Korea Selatan pada 2023 yang mempunyai hubungan yang kurang baik dengan ayah mereka.

Jom sama-sama kita lihat senarai seperti di bawah ini:

d6197756 16ce 48c4 b176 73fa1dc17a88
1. Perasaan bencinya terhadap ayahnya menyebabkan Baek Yoon Young (Jin Ki Joo) dalam My Perfect Stranger sanggup pergi ke masa lalu untuk menghalang perkahwinan kedua ibu bapanya

26fe806e b02e 4817 a99d 09720f18a266
2. Sejak kecil, Lee Doo Hak (Jang Dong Yoon) sangat menderita kerana ayahnya melebihkan anak lelaki jirannya yang kaya raya dalam drama siri Oasis

e70733b8 b0b5 4740 9ee2 9a48d6b8c802
3. Yeo Mi Ran (Kim Ok Bin) tidak mahu berkahwin kerana benci pada ayahnya yang sangat membenci wanita dalam drama siri Love to Hate You

cf558fad 06f9 4b76 99f4 91ac3fae8c9c
4. Shim Woo Joo (Lee Sung Kyung) tidak pernah memaafkan ayahnya yang meninggalkan keluarga demi perempuan lain dalam drama siri Call It Love

6ec2f667 646f 4947 b1f8 d9098a751bee
5. Sebagai pewaris yang pintar dan sangat berbakat, Won Mi Ho (Lee Da Hee) dalam drama siri Island mempunyai ramai musuh termasuk ayahnya sendiri

32b5e85f 9286 4eb6 a95c 98a5778b757a
6. Ahn Soo Young (Moon Ga Young) pernah membenci ayahnya kerana menganggap ayahnya telah curang dalam drama siri The Interest of Lov4a146584 723b 4793 a0d4 b970ec10b1c5
7. Dalam drama siri Recipe For Farewell, Kang Jae Ho (Jin Ho Eun) dan ayahnya juga pernah mempunyai hubungan yang tidak baik sewaktu ibu bapanya mahu bercerai

4057508c f39c 4af6 a67f a17bba527013
8. Jo Eun Kang (Seo Ji Hye) sangat membenci ayahnya dalam drama siri Red Balloon kerana ayahnya selalu berlaku curang sejak muda lagi

77cb71db a1a2 4edf 9c73 cc2e504d6a50
9. Masih lagi membicarakan drama siri Red Balloon, Jo Eun San (Jung Yu Min) sangat teruk mengalami daddy issues kerana melihat kecurangan ayahnya

ff728153 015d 41a7 98dd 8fba267824f4
10. Choi Seung Hee (Myung Se Bin) tidak menerima nasihat dan cadangan ayahnya dalam drama siri Dr Cha setelah memilih untuk menjadi ibu tunggal tanpa mendirikan rumah tangga

eb23c8ff c232 41d1 aace 4ffe665c22fa
11. Hubungan Cha Eun Jae (Lee Sung Kyung) dalam Dr. Romantic 3 menjadi kurang baik setelah dia memilih untuk bekerja di Hospital Doldam

Semua sebelas watak yang tersenarai di atas mempunyai sebab masing-masing tentang mengapa mereka mempunyai hubungan tidak baik dengan ayah mereka. Namun, ssbahagian daripada mereka bertemu dengan kebahagiaan kerana akhirnya boleh berdamai dan mula memperbaiki hubungan dengan ayah mereka.

Baca Lagi: 11 Penerima Anugerah Baeksang 2023 Tampil Dalam Kdrama & Filem Terbaru

Baca Juga: 11 Sebab Dr Roy Sangat Prihatin Terhadap Dr Cha