Home Entertainment 11 Watak Kdrama Mengembara Ke Masa Depan, Penuh Fantasi

11 Watak Kdrama Mengembara Ke Masa Depan, Penuh Fantasi

0

Bae Hyun Sung baru-baru ini berjaya memukau para peminatnya melalui Kdrama siri Miraculous Brothers.

Dia dipilih untuk membawa watak sebagai seorang lelaki misteri yang mempunyai pelbagai kebolehan luar biasa. Tanpa dijangka, dia sebenarnya berasal dari masa lalu dan terjebak di masa depan sewaktu sedang melarikan diri daripada dikejar oleh orang jahat.

Pengalaman pergi ke masa depan juga dialami oleh beberapa watak dalam drama siri Korea yang lain. Ada watak yang boleh pergi dan balik ke masa depan sesuka hati, tapi ada juga yang tidak boleh mengembara melalui titik masa sesuka hati.

Jom sama-sama kita lihat pengembaraan waktu mereka di bawah ini!

 

585f8be9 6eb2 43e5 bac5 5fc35026601f1. Sewaktu dikejar oleh orang jahat, Lee Kang San (Bae Hyun-sung) yang melarikan diri tiba-tiba dilanggar oleh sebuah kereta dan dia terbangun di masa depan dalam Kdrama Miraculous Brothers (2023)

 

16a0d86c 7327 4994 9174 f8391a3461e02. Dengan menaiki sebuah kereta misteri berwarna merah, Yoon Hae Jun (Kim Dong Wook) boleh pergi ke masa lalu dan masa depan dalam Kdrama siri My Perfect Stranger (2023)

 

baa3e3fc 162c 4b69 9eb4 195d432c0a3a3. Semata-mata mahu membangkitkan saudaranya, Cheon Mu Yeong (Ryu Kyung Soo) pergi ke masa depan untuk mencuri batu pelindung dalam Tale of the Nine Tailed 1938 (2023)

 

c70a8a31 c8c4 491d 904a 802f7febcd054. Sebenarnya dia adalah seorang bangsawan, Park Yeon Woo (Lee Se Young) terbangun di masa depan sewaktu melarikan diri dari penculik dalam Kdrama siri The Story of Widow Park’s Marriage (2023), bakal tayang tahun ini

 

88228537 21a9 4f8c 82b7 47190348229e5. Sewaktu mengejar seorang pembunuh bersiri, Park Gwang Ho (Choi Jin Hyuk) terperangkap di masa depan ketika melalui sebuah terowong dalam Kdrama siri Tunnel (2017)

 

b509d873 6542 4050 aa15 85cdc41224f56. Yoon Hyun Jae (Yoon Shi Yoon) terjebak di masa depan setelah tanpa sengaja jatuh dari tangga dalam Kdrama Hit the Top (2017). Dia bertemu anaknya pada masa itu

 

Kdrama7. Dia adalah seorang Putera Mahkota pada era Joseon, Lee Gak (Park Yoo Chun) dan pengawalnya tiba-tiba datang ke masa depan dalam drama siri Rooftop Prince (2012)

 

fddc7dab 8ada 4eac bd22 fee56924dda1

8. Selalu mengembara ke masa depan, Yoon So Joon (Lee Je Hoon) memajukan perniagaannya melalui maklumat dari masa depan dalam Tomorrow with You (2017)

 

59959a46 bed8 44d7 88be 75c12e6774119. Sewaktu berada dalam bahaya, Heo Im (Kim Nam Gil) yang menjadi tabib legenda ini boleh berpindah waktu ke masa depan dalam drama siri Live Up to Your Name (2017)

 

2ed5582f 20e3 4b6a bc61 e03dd0dc484e10. Terlempar ke masa depan sewaktu mengalami kemalangan, Ban Ha Ni (Lee Re) berjumpa dengan dirinya yang telah dewasa dalam drama siri Hello, Me! (2021)

 

IMG 1508

11. Durian’s Affair (2023) merupakan drama fantasi Korea yang mengfokuskan tentang dua orang wanita merentas masa dari zaman Joseon ke masa hadapan (2023). Du Ri-an dilanda kesedihan yang melampau kerana kehilangan dua insan yang paling disayanginya. Tidak dapat menanggung kesakitan akibat kehilangan orang yang dicintai, dia merentas masa ke masa hadapan

Pengembaraan waktu ke masa depan setiap watak dalam Kdrama yang tersenarai di atas membuatkan mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk mengubah sesuatu yang mereka lihat. Namun, masa depan pastinya sukar dan hampir tidak boleh diubah.

Buat anda yang tertanya-tanya tentang apakah yang mereka lakukan di masa depan, anda boleh menonton setiap drama siri tersebut di laman streaming yang ada ya!

Baca lagi: 8 Fakta Watak Yang Dibawa Suho EXO Dalam Behind Your Touch
Baca juga: The Killing Vote, 10 Watak Penting Yang Anda Perlu Tahu