Home Entertainment 11 Watak Misteri Yang Menjadi Buruan Dalam Kdrama

11 Watak Misteri Yang Menjadi Buruan Dalam Kdrama

0

Watak-watak Misteri Dalam Kdrama Yang Anda Mungkin Ingin Ketahui

The Secret Romantic Guesthouse sedang ditayangkan di SBS dengan kisah para cendekiawan di sebuah rumah penginapan yang bernama Taman Bunga. Drama siri tersebut juga menampilkan misteri mengenai siapakah waris takhta tunggal yang sedang menjadi pelarian dan siapakah pengawalnya yang sangat handal bermain pedang.

Watak-watak misteri ini bukan sahaja sukar diteka, mereka sebenarnya turut diburu oleh ramai orang terutama oleh musuh mereka. Berikut merupakan 11 watak misteri dalam kdrama lain yang dicari oleh ramai orang dan sangat sukar untuk ditangkap dan ditemui:

6fad31eb 2f5b 4003 840d a4889e71c1831. Dikenali sebagai seorang anggota polis yang ramah, Jung Ba Reum (Lee Seung Gi) ternyata adalah pembunuh bersiri yang telah diburu sejak lama dalam drama siri Mouse (2021)

b3d7b769 39a2 4afc 82e3 28a174a5f8932. Pada awalnya disangkakan tahanan biasa, No Park (Yang Hyung Wook) sebenarnya adalah ‘Big Mouse’ yang asal dalam drama siri Big Mouth (2022)

9a548db0 e58e 4f1d 82f7 5594166f02863. Dalam The Secret Romantic Guesthouse (2023), Kang San (Ryeo Un) ternyata merupakan waris putera mahkota yang sah yang dikenali sebagai Lee Seol

3c935c03 41ff 417b ada3 44e74b88be954. Menjadi dewa yang menghukum orang jahat dengan membunuh mereka, Kokdu (Kim Jung Hyun) juga turut menjadi buruan pihak polis dalam drama siri Kokdu: Season of Deity (2023)

Baca Lagi: Kim Tae Ri Tetap Kelihatan Awet Muda Pada Usia 30-an

537c69b9 7ebf 4eb9 8f3a 32f3b451242b5. Selain menjadi seorang pegawai kerajaan, Hwang Dae Myeong (Joo Won) juga merupakan seorang pencuri aset budaya yang dikenali sebagai Skunk dalam drama siri terbaru Stealer: The Treasure Keeper (2023)

fde29901 0f56 4259 8674 5e65e184fe2f6. Seo Jung Hoo (Ji Chang Wook) bekerja sebagai penghantar pesanan misteri dalam Healer (2014). Dia juga tutut dicari oleh para pelanggan dan juga musuhnya sendiri

11b01626 aa65 4b8f 943f 7f9ed5b859337. Ghost (Lee Si Young) merupakan watak misteri yang diburu kerana menjadi kaki tangan pembunuh bersiri dalam Grid (2022)

b62c9b02 af14 41dc b233 b42ccea12d2e8. Disebalik sikap cerianya, Kim Shi Yeol (Kang Hoon) rupa-rupanya adalah pengawal yang melindungi Lee Seol dalam drama siri The Secret Romantic Guesthouse (2023)

4c58baeb 742d 4a2c 8d9f ac4f310f4bcb9. Balas dendam telah membuatkan Lee Yun Seong (Lee Min Ho) melawan pihak berkuasa dan kerajaan hingga dikenali dengan nama ‘City Hunter’ dalam drama siri City Hunter (2011)

fabed616 c020 4532 a0bb 6d2421cab78710. Hae Chun Moo (Lee Dong Ha) merupakan roh jahat yang merasuk manusia untuk melakukan pembunuhan dalam From Now On Showtime (2022)

bb677f14 bfb7 4577 94c6 eacd031179f311. Pahlawan yang digelar ‘Bridal Mask’ sebenarnya adalah polis Jepun yang bernama (Joo Won) dalam drama siri Bridal Mask (2012)

Misteri setiap watak ini telah membuatkan pelbagai teori timbul apabila identiti mereka masih belum terungkai. Misteri watak-watak ini dan cara mereka menyembunyikan identiti berjaya menambahkan lagi rencah supaya jalan cerita berkembang menjadi lebih menarik dan membuatkan para penonton sentiasa setia menunggu episod baru setiap minggu.

Baca Juga; Kdrama Menarik Lakonan Kim Bo Ra & Kim Woo Seok