Meraih 1 juta penonton merupakan satu pencapaian yang membanggakan dalam dunia perfileman. Beberapa buah filem hebat Korea telah berjaya merangkul prestasi seperti ini dalam waktu yang sangat singkat.
Contohnya, seperti dua belas filem hebat Korea di bawah ini. Filem-filem ini berjaya mendapat 1 juta penonton pada awal tayangan di pawagam, hanya dalam tempoh 3 hari selepas ditayangkan.
Beberapa buah filem hebat Korea ini telah berjaya mendapat berbelas juta penonton semasa masih ditayangkan di pawagam-pawagam Korea Selatan.
Berikut ini adalah dua belas filem hebat Korea tersebut.
1. The Thieves (2012) merupakan filem tentang pasukan pencuri profesional Korea Selatan dan Hong Kong. Secara kasar, filem hebat Korea ini meraih 12.98 juta penonton
2. The Berlin File (2013) menampilkan kisah mencemaskan tentang seorang ejen dari Korea Utara yang dikejar oleh rakan senegara dan ejen NIS Korea Selatan
3. Kisah pengintip Korea Utara yang menjadi suspek pembunuhan di Korea Selatan dalam filem The Suspect (2013) ini berjaya meraih 4.13 juta penonton
4. Jun Ji Hyun dan Ha Jung Woo membuatkan penonton terpukau sepanjang menonton filem Assassination (2015) yang menceritakan kisah pejuang kemerdekaan
5. Veteran (2015) menggabungkan genre jenayah dan komedi tentang detektif veteran yang berusaha menangkap chaebol generasi ketiga yang angkuh dan jahat
6. Para peminat filem seram pasti mengetahui tentang filem The Priests (2015) yang meraih 1 juta penonton dalam 3 hari penayangan dan berjaya mencapai jumlah 5.4 juta penonton
7. Masih berlatarkan Korea Utara dan Korea Selatan, Steel Rain (2017) juga berjaya menarik perhatian. Jalan cerita tentang insiden rampasan kuasa di Korea Utara
8. Filem pertama Along with the Gods terus menjadi hits sewaktu ditayangkan pada tahun 2017. Filem ini mengisahkan tentang malaikat maut yang membawa roh ke alam seterusnya
9. Kisah para detektif yang menyamar menjadi peniaga ayam goreng untuk mengintip penjenayah dalam filem Extreme Job (2019) berjaya memikat hati ramai orang
10. Filem Exit (2019) yang melangkaui 1 juta penonton dalam 3 hari juga sangat popular dengan unsur komedi. Filem ini turut meraih 9.42 juta penonton secara keseluruhan
11. Turut berjaya seperti filem pertamanya, Confidential Assignment 2 (2022) menampilkan kisah penyiasatan gabungan antara Korea Utara, Korea Selatan, dan juga Amerika
12. Diarahkan oleh pengarah yang sama, Exhuma (2024) mencapai prestasi yang sama dengan The Priests. Filem ini telah ditonton oleh ramai orang dan setakat ini berjaya mendapat 5 juta penonton dalam masa 10 hari penayangan. Hebat bukan?
Pencapaian yang diraih oleh dua belas filem di atas memang sangat luar biasa. Filem-filem ini masih lagi ditonton walau ada diantaranya sudah lama ditayangkan.