Pada tahun 2023 ini nampaknya ada banyak filem Korea yang ditayangkan. Para pelakon Korea popular menghiasi filem-filem yang dikeluarkan pada tahun 2023.
Nama besar seperti Hyun Bin muncul dalam filem The Point Men, Kim Da Mi dalam filem Soulmate, Park Seo Joon dan IU dalam filem Dream. Namun, kutipan box office untuk filem-filem ini tidak dapat menandingi filem-filem antarabangsa dari luar negara.
Filem The Roundup: No Way Out dibintangi oleh Ma Dong-seok, Lee Joon-hyuk dan Munetaka Aoki hadir membawa angin segar dengan penjualan tiket yang berjaya menembusi 5 juta penonton dalam waktu enam hari sejak ditayangkan.
Oleh itu, filem ini menjadi filem Korea pertama tahun 2023 yang berjaya mencapai prestasi box office bersamaan dengan sebelas filem Korea lain dalam sejarah lima tahun terakhir ini. Jom sama-sama kita lihat:
1. Believer (2018) menceritakan tentang pertarungan dan permusuhan antara seorang detektif dengan ketua pengedar dadah. Filem Korea ini mencapai 5.06 juta penonton waktu ditayangkan
2. Filem Along with the Gods 2: The Last 49 Days (2018) yang menceritakan tentang hubungan tiga malaikat maut ini meraih 12.28 juta penonton
3. Mengumpulkan 5.44 juta penonton, filem The Great Battle (2018) yang dibintangi oleh Jo In Sung menampilkan aksi peperangan di era Dinasti Goguryeo
4. Remake dari filem Itali Perfect Strangers (2016), Intimate Strangers (2018) berjaya mencapai 5.29 juta penonton dan sangat berjaya secara komersial
5. Mempunyai jalan cerita yang menarik dan lucu tentang sekumpulan detektif yang menyamar menjadi penjual ayam, Extreme Job (2019) mengumpulkan 12.66 juta penonton
6. Meraih 10,31 juta penonton, filem Parasite (2019) memang diterbitkan dengan jalan cerita yang sangat hebat untuk menunjukkan perbezaan kelas sosial yang ada dalam masyarakat
7. Bertemakan bencana dan komedi, filem Exit (2019) yang dibintangi oleh Jo Jung Suk dan Lim Yoo Na mencapai 9.43 juta jumlah penonton secara kumulatif
8. Ashfall (2019) yang mengisahkan tentang bencana alam sewaktu letupan Gunung Baekdu ini mendapat hingga 8.25 juta penonton
9. The Roundup (2022) menjadi filem terlaris di Korea tahun lalu. Sekuel filem The Outlaws (2017) tersebut meraih hingga 12.69 juta penonton dan menjadi bualan ramai secara global
10. Filem kedua dalam trilogi Jeneral Lee Sun Shin karya pengarah Kim Han Min iaitu Hansan: Rising Dragon (2022) meraih 7.26 juta penonton
11. Walaupun tidak dapat menyaingi rekod filem pertamanya, filem Confidential Assignment 2: International (2022) tetap berjaya dengan 6.98 juta penonton
12. Jumlah penonton untuk filem ini bakal terus bertambah, The Roundup: No Way Out (2023) menjadi filem pertama tahun ini yang berjaya meraih lebih dari lima juta penonton
Dengan prestasi yang diraih oleh The Roundup: No Way Out, diharapkan filem-filem Korea yang bakal ditayangkan nanti dapat menampilkan persembahan yang lebih baik. Filem-filem terbaru yang bakal tayang tidak lama lagi juga turut menampilkan banyak nama-nama pengarah popular yang membuat comeback. Misalnya, pengarah Park Hoon Jung dengan filem The Childe (sedang ditayangkan) dan juga pengarah Kim Yong Hwa dengan filem The Moon.