Home Movie 12 Filem Seram dengan Latar Pulau, Bawa Kisah Ngeri Tersendiri

12 Filem Seram dengan Latar Pulau, Bawa Kisah Ngeri Tersendiri

0

Latar pulau merupakan salah satu latar yang sesuai untuk filem bergenre seram thriller, selain visual dan pemandangan pulau yang menyokong suasana tegang.

Filem seram thriller berlatar pulau juga berjaya membawa sentuhan misteri serta jalan cerita yang tentunya penuh inovasi dari para pencipta filem seram thriller.

Berikut ini adalah senarai filem seram thriller yang berlatarkan pulau.

1. Shutter Island (2010)

4a5dcf36 ebfb 48fb aac5 974bc5c36c83

Merupakan filem seram thriller garapan Martin Scorsese yang membawa latar pulau, Shutter Island (2010) berjaya dikemaskan dengan suspens thriller yang intens. Selain itu, filem seram thriller ini membawa cerita segar dengan balutan elemen psikologi serta plot twist yang mengejutkan. Filem ini dibintangi oleh Leonardo DiCaprio dan Mark Ruffalo.

Jalan cerita mengikuti dua orang detektif yang ditugaskan untuk mencari pesakit yang melarikan diri dari hospital mental di tengah pulau terpencil, namun keadaan makin memburuk semasa salah seorang di antara mereka mula menguak misteri lama yang menakutkan.

 

2. Infinity Pool (2023)

6ab5f2d4 fe2c 4a46 823a 356dfa5f26f6 1

Bertema seram sains fiksyen dengan latar pulau, Infinity Pool (2023) menampilkan sajian seram berbeza dari biasa, filem seram garapan Brandon Cronenberg ini berjaya membawa visual mengancam dengan misteri melingkupi pulau terpencil. Selain itu, filem seram thriller dibintangi Alexander Skarsgard dan Mia Goth ini dianggap sebagai filem cult moden oleh peminat seram thriller.

Jalan ceritanya mengisahkan tentang seorang lelaki dengan pasangannya yang bercuti di sebuah pulau mewah, tetapi dia menyedari bahawa seisi pulau tersebut adalah ancaman baginya, terutamanya semasa dia bertemu dengan wanita misteri yang aneh.

 

3. The Menu (2022)

3fba4d8c 3df8 449d a748 e1caf925e627

Dikemaskan dengan elemen satira serta komedi hitam, The Menu (2022) memberikan visual kelam dengan latar pulau yang mengancam. Selain itu, filem seram garapan Mark Mylod ini tampil dengan naskah epik serta plot tidak terjangka sehingga disukai ramai dan filem ini dibintangi pelakon ternama seperti Ralph Fiennes, Nicholas Hoult dan Anya Taylor-Joy.

Mengisahkan tentang sekumpulan orang kaya dan pengkritik yang diundang ke sebuah pulau untuk menikmati hidangan dari tukang masak ternama. Namun, keadaan berubah menjadi mimpi buruk apabila seorang demi seorang tetamu mula merasakan kegelisahan.

 

4. The Lighthouse (2019)

1c86ffc9 db11 45f8 9515 8a2704d7d17e

Diterbitkan oleh A24, The Lighthouse (2019) tampil dengan elemen psikologi yang mengancam serta slow burn, selain itu filem seram ini juga menampilkan ciri khas gangguan Robert Eggers. Filem seram thriller ini juga dibintangi oleh Robert Pattinson dan Willem Dafoe yang berjaya menunjukkan penampilan hebat dalam lakonan mereka.

Jalan cerita ini mengisahkan tentang dua orang lelaki yang ditugaskan untuk menjaga rumah api di tengah pulau terpencil, tetapi mereka mula hilang kesedaran apabila dihantui halusinasi oleh isolasi yang mereka lakukan.

 

5. Old (2021)

Filem seram

Untuk pemimat filem seram thriller garapan M. Night Shyamalan, Old (2021) merupakan tontonan yang mendebarkan dengan latar pulau yang penuh misteri. Selain itu, filem seram thriller ini menampilkan elemen seram segar khas pengarah serta dibintangi pelakon terkenal seperti Garl Garcia Bernal, Thomasin McKenzie dan Alex Wolff.

Jalan cerita mengisahkan tentang sekeluarga besar yang bercuti di sebuah pulau, namun perkara menjadi penuh teka-teki apabila satu persatu dari mereka menjadi tua secara tiba-tiba dan menyebabkan kacau bila serta konflik dalaman.

 

6. Modus Anomali (2012)

Filem seram thriller dari negara seberang ini juga turut mengusung latar pulau dan merupakan garapan Joko Anwar, filem seram berjudul Modus Anomali (2012) ini menampilkan elemen psikologi dengan twist yang mengejutkan. Selain itu, filem seram ini dibintangi oleh Rio Dewanto dan Hannah Al Rashid ini juga berjaya dikenali hingga ke peringkat global.

Jalan cerita mengisahkan tentang seorang ayah yang bercuti dengan keluarganya, namun isterinya dan anaknya hilang secara misteri dan dia perlu mencarinya dengan menyusuri hutan yang luas dan menyeramkan.

 

7. Fantasy Island (2020)

Mengusung latar pulau dengan konsep fantasi sesuai dengan tajuknya, Fantasy Island (2020) menampilkan gangguan serta visual kelam dari pulau yang penuh misteri. Selain itu, filem seram garapan Jeff Wadlow ini merupakan tontonan yang cukup menghiburkan dengan barisan pelakon seperti Michael Peña, Lucy Hale dan Mike Vogel.

Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan peserta yang berjaya tiba di sebuah pulau mewah, tetapi mereka mula menyedari wujudnya perkara yang penuh mimpi buruk hingga terperangkap dalam pulau tersebut.

 

8. Paradise Hills (2019)

Dibintangi Emma Roberts, Paradise Hills (2019) menampilkan latar pulau yang mengancam dan penuh visual menakutkan. Selain itu, filem seram fantasi garapan Alice Waddington ini berjaya memberikan cerita menarik dan penuh kejutan.

Filem ini mengisahkan tentang seorang wanita yang terbangun di sebuah asrama di tengah pulau terpencil. Dia berusaha untuk membebaskan diri dengan melakukan cara genius dan melarikan diri secara diam-diam.

 

9. 3 Cewek Petualang (2013)

3 Cewek Petualang (2013) menampilkan elemen seram survival yang segar dan sangat original dalam perfileman Indonesia. Selain itu, filem ini dibintangi Julia Perez dan Aura Kasih ini sangat underrated.

Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan remaja yang mengadakan majlis pertemuan semula di sebuah pulau, namun akhirnya berlaku malapetaka apabila muncul makhluk mengerikan yang mengganggu mereka.

 

10. Pulau (2023)

IMG 9401

Pulau ialah sebuah filem seram Malaysia yang ditayangkan pada 9 Mac 2023. Filem ini menceritakan tentang sekumpulan anak muda yang berkunjung ke sebuah pulau yang kemudiannya berdepan kejadian-kejadian mistik di pulau tersebut.

 

11. Langsuir (2018)

IMG 9402

Filem Langsuir menampilkan sebuah jalan cerita menarik tentang kisah cinta dari dua dunia yang berbeza. Langsuir mengisahkan tentang sekumpulan sahabat, Azlan (Syafiq Kyle) dan rakan-rakannya telah berkunjung ke pulau terlarang bernama Pulau Langsuir. Di sana Azlan berkenalan dan kemudiannya jatuh cinta dengan seorang gadis bernama Suri (Hannah Delisha) tanpa mengetahui dia sebenarnya adalah langsuir yang mendiami pulau tersebut.

12. Pulau Hantu (2024)

Pulau Hantu (2024) bakal memberikan yang cerita lebih moden dengan gangguan khas garapan Ferry Pei Irawan. Selain itu, filem seram thriller berlatarkan pulau ini dibintangi oleh Taskya Namya hingga Samo Rafael dan diterbitkan oleh MVP Pictures.

Kisah filem ini adalah mengenai sekumpulan manusia yang terbangun secara misteri di pulau terpencil, keadaan mula penuh konflik dan misteri apabila mereka mula dihantui sosok yang mengerikan, di samping itu mereka bertahan hidup supaya boleh keluar dari pulau tersebut.

Pihak penerbit MVP Pictures mengesahkan bahawa filem ini akan ditayangkan di pawagam Indonesia pada 10 Oktober 2024 akan datang. Nantikan tayangan filem ini di Malaysia nanti ya.

Baca lagi: 5 Filem Seram Korea Berlatarkan Zaman Joseon, Pelbagai Kisah Menakutkan
Baca juga: 10 Filem Seram Thriller Bawa Latar Perkampungan Penuh Misteri, Gangguan Mencengkam Jiwa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here