Home Entertainment 12 Kdrama 2023 Bawa Kisah Segar Dan Ringan

12 Kdrama 2023 Bawa Kisah Segar Dan Ringan

0

Ramai peminat dan penonton menganggap bahawa drama siri Korea sebagai hiburan, sehingga ramai yang ingin tidak kisah dengan jalan ceritanya, yang penting boleh menikmatinya dengan aman dan santai.

Kdrama siri dari Korea Selatan sendiri mempunyai banyak genre menarik dengan kisah yang ringan hingga ke jalan cerita yang berat.

Drama siri 2023 terbaru yang menampilkan kisah dengan jalan cerita yang ringan adalah See You in My 19th Life dan King the Land yang ditayangkan setiap hujung minggu.

Kedua-dua drama siri tersebut membawa genre romantik komedi yang tergolong dalam jalan cerita yang ringan. Berbagai-bagai adegan komedi juga akan membuat para penonton terhibur.

Terdapat banyak Kdrama siri Korea 2023 dengan kisah dan jalan cerita ringan yang lain yang juga ditayangkan dengan ciri khas tersendiri yang rugi jika dilepaskan untuk tontonan. Kebanyakannya bergenre romantik komedi, jom sama-sama kita lihat 12 Kdrama siri Korea berikut ini:

38b274c3 9c80 4d40 b09b c1b9dfdaed131. See You in My 19th Life mengisahkan tentang seorang wanita yang telah hidup sebanyak 19 kali. Dalam kehidupannya yang ke-19, dia berusaha untuk mencari cinta pertamanya. Dibintangi oleh Shin Hye-sun, Ahn Bo-hyun, Ha Yoon-kyung, dan Ahn Dong-goo

17b45852 a3ea 4a17 867e 513fa073f6a52. King the Land juga menceritakan tentang kisah romantik seorang bos dan pekerja hotel dengan keperibadian dan latar belakang masing-masing yang berbeza

fd7513a5 3505 4c11 8715 55ae16299d983. Dilancarkan di Disney+ Hotstar, Call It Love membawa kisah romantik yang rumit yang pada mulanya berasal dari perasaan balas dendam. Kedua-duanya tidak patut bersama

5aacca3d 702a 4d0a a8e6 5a7d339ef6bb4. Mengangkat isu pendidikan yang keras, Crash Course in Romance juga mengisahkan tentang kisah cinta seorang guru dan pemilik sebuah restoran

9e0ba130 a114 425e 9106 9ab1d9f7c2d65. Selain membawa genre medikal perubataan, Doctor Cha fokus kepada kehidupan suri rumah tangga yang bekerja semula sebagai doktor setelah bertahun-tahun meninggalkan kerjayanya itu

0dc97034 2e0d 4725 bf8c 9b7bb794b10f6. Dr. Romantic 3 menceritakan tentang kisah yang berasal dari Hospital Doldam. Drama siri ini berjaya membuat para penonton teruja untuk musim ke 4 pula!

16c8a862 be0d 4936 ac57 cb9d9bbe1e2a7. Bergenre romantik komedi, Love to Hate You mengisahkan tentang kisah cinta seorang pelakon lelaki popular dan seorang peguam yang pada mulanya saling membenci antara satu sama lain

ecf5132b 0e03 4cc2 a386 341acb68a4408. Berjumlah 10 episod, Oh! Young Sim membawa kisah tentang cinta lama yang pada awalnya bermula dari kerja bersama dalam acara dating reality show

bc1a79d6 e8f7 4406 b44e a956dbac183d9. Menampilkan dunia kerja, Race menceritakan tentang dinamika kehidupan orang-orang yang bekerja dalam bidang Public Relations (PR)

dcee80c7 8df8 49b5 9427 cf6704e69491
10. Bergenre fantasi, The Heavenly Idol menampilkan lakonan Kim Min Kyu sebagai pendeta dari dimensi lain yang terperangkap dalam tubuh bintang idol KPop

9c098408 6253 4aa8 b58a aaec8de63e85

11. Baru sahaja tamat, The Good Bad Mother menceritakan tentang kisah seorang ibu tunggal yang perlu membesarkan anaknya dengan tegas dan keras

Kdrama12. True to Love menampilkan 14 episod mengenai kehidupan dan percintaan seorang wanita yang menjadi pakar hubungan asmara

Berbagai-bagai Kdrama siri Korea tahun 2023 yang tersenarai di atas menampilkan kisah yang ringan dengan banyak adegan komedi di dalamnya. Sangat sesuai buat anda yang sedang kepenatan dengan hiruk pikuk dunia yang serba sibuk kini.

Baca lagi: King The Land – 7 Nasib Malang Gu Won (Junho)

Baca juga: 8 Watak Kdrama 2023, Mengalami Kemalangan Tragik