Home Entertainment 12 Kdrama Tentang Percintaan Lelaki Chaebol dan Gadis Biasa

12 Kdrama Tentang Percintaan Lelaki Chaebol dan Gadis Biasa

0

King the Land merupakan salah sebuah kdrama siri yang telah berjaya meraih perhatian penonton. Sebelum ditayangkan lagi, drama siri ini telah dinantikan oleh para peminat kerana gandingan dua orang pelakon utamanya iaitu Lee Jun Ho dan Im Yoon Ah.

Kdrama siri terbitan JTBC ini mengikuti kisah romantik seorang anak lelaki kepada keluarga konglomerat dan pekerja hotel miliknya. Ada beberapa buah drama siri lain yang menampilkan kisah serupa.

Berikut ini adalah 12 buah drama siri dengan jalan cerita yang ringan tentang kisah cinta chaebol dan gadis biasa.

1. Dibintangi oleh Junho dan YoonA, King the Land (2023) mengisahkan tentang lelaki konglomerat dan pekerjanya. Drama siri ini menghiburkan dengan babak komedi yang segar

Kdrama

2. Oh My Venus (2015) menceritakan tentang kisah seorang peguam wanita yang melakukan diet selepas dicurangi. Dia ditakdirkan jatuh cinta dengan juru latihnya yang merupakan seorang chaebol

9190bc90 3ee2 46c4 8d87 d2aead9e3fda

3. Fokus kepada kelahiran semula Ban Ji Eum (Shin Hye Sun), See You in My 19th Life (2023) juga menampilkan kisah romantik 2 orang kekasih yang berbeza kelas sosial

362023eb c5b7 45ed 9128 18e91260695f

4. Sangat popular dan diminati ramai, Business Proposal (2022) menceritakan tentang hubungan kontrak seorang CEO dan pekerjanya. Kedua-duanya akhirnya saling jatuh cinta

430e1156 dce3 4b4b be35 3de926c8091d

5. What’s Wrong with Secretary Kim (2018) juga adalah kisah mengenai hubungan cinta antara bos dan setia usahanya. Mereka rupa-rupanya sudah saling kenal sejak mereka kecil lagi

4f3df671 aa0b 4bff 8c48 61e0fe9411b5

6. Strong Woman Do Bong Soon (2017) menampilkan kisah seorang gadis biasa yang mempunyai kekuatan luar biasa yang terjebak dengan cerita cinta romantik dengan anak chaebol

eb616d9b 0f5b 4efc b882 8859bcb73b33

7. Membawa genre fantasi, The Beauty Inside (2018) mengisahkan tentang pelakon wanita popular yang kerap berubah penampilan. Dia juga terjerat hubungan cinta dengan chaebol

b60f9544 f118 49d4 981b 114e815eceaf

8. I Am Not a Robot (2017) menampilkan konglomerat yang mengalami alergi apabila menyentuh manusia. Dia jatuh cinta dengan seorang gadis yang pura-pura menjadi robot

9882a9d4 4c43 4f9c 9b39 54468a55e0e6

9. Pada tahun 2018, Devilish Joy ditayangkan dan Kdrama ini membawa kisah romantik seorang lelaki kaya raya dan artis yang tidak popular

1317b3bb 4fb0 47a1 b2a7 80dae77cf7cd

10. Cinderella and Four Knights (2016), mengisahkan tentang seorang gadis biasa yang terlibat dengan empat orang lelaki tampan dan kaya raya

fffc7874 9913 41e7 8202 2d4fd140abd3

11. High Society (2015) menyoroti kisah dua orang gadis yang mempunyai latar belakang berbeza. Kedua-duanya jatuh cinta dengan lelaki yang berbeza status sosial

9d32b476 9677 41ba 8dd4 8a72a02fff47

12. Dibintangi oleh Choi Si-won, Revolutionary Love (2017) adalah kisah mengenai anak chaebol yang menjalani hidup sederhana. Dia turut dibantu oleh gadis biasa

8f7dfaf9 904b 4eb9 9be8 f73524a33a9f

Setiap drama siri yang tersenarai di atas pasti tidak memerlukan anda berfikir dengan keras sewaktu menonton kerana semu Kdrama ini membawa genre romantik dan komedi. Drama-drama siri tersebut menceritakan tentang kisah cinta lelaki konglomerat dan gadis biasa. Pasti anda akan tersenyum sendiri dengan kisah romantik yang dipersembahkan. Kdrama manakah yang sudah anda tonton?

Baca lagi: 15 Kdrama Sageuk Tentang Tokoh Sejarah Sebenar Era Joseon
Baca juga: 9 Drama Korea Pilihan Untuk Introvert