Drama Korea tidak semestinya tentang watak yang baik dan hampir-hampir sempurna sahaja. Ada juga cerita-cerita dalam Kdrama yang mengangkat watak yang rendah diri, tiada keyakinan diri dan akhirnya dahagakan perhatian dan penghormatan dari orang di sekeliling mereka.
Watak-watak yang insecure dalam Kdrama ini digambarkan hampir sama dengan perkara-perkara yang dialami oleh manusia di dunia sebenar. Biasanya para penonton boleh hanyut dalam ceritanya yang sangat berkait rapat dengan kehidupan seharian.
Berikut ini adalah senarai Kdrama yang mengetengahkan watak yang dahagakan perhatian.
1. Sering dibuli kerana penampilan fizikalnya, Ae Jin dalam Shadow Beauty (2021) menjadi influencer cantik. Kesan kamera dan suntingan gambar menjadi kunci popularitinya!
2. Celebrity (2023) adalah Kdrama tentang watak yang sangat hauskan perhatian yang menggambarkan sisi gelap di sebalik gemerlap dunia selebriti Instagram. Ngeri!
3. Bukan drama tentang sekolah biasa, Hierarchy (2024) adalah tentang para pelajar golongan chaebol yang hidup mereka berada di bawah tekanan dan persaingan yang sangat sengit
4. Menempelak standard kecantikan di Korea Selatan, My ID is Gangnam Beauty (2018) mengisahkan tentang orang-orang yang perlu selalu cantik sesuai dengan standard sosial di negara itu
5. Bukan hanya tentang standard kecantikan, drama Korea tentang watak yang dahagakan perhatian ini juga adalah tentang kuasa seperti dalam Artificial City (2021)
6. Demi untuk mendapatkan perhatian dan penghargaan dari ibu bapa mereka, anak-anak dari keluarga chaebol dalam Sky Castle (2018) saling bersaing dan menjatuhkan satu sama lain untuk menjadi pelajar terbaik
7. Bergenre thriller, Mask Girl (2023) menceritakan tentang sisi lain dari seorang pekerja pejabat yang sangat malu dengan penampilannya
8. Kdrama tentang watak yang dahagakan perhatian seterusnya, Battle for Happiness (2023), mengisahkan tentang 3 orang gadis yang berlumba untuk menjadi yang paling kelihatan bahagia dan senang
9. Tidak mempunyai keyakinan diri, Ju Kyung menggunakan make up untuk menutup rasa rendah diri dan supaya dia mendapat perhatian sebagai gadis cantik dalam True Beauty (2020)
10. Hidup mewah serta mempunyai kelas tersendiri ternyata menyimpan banyak kepura-puraan dan kepalsuan dalam High Class (2021). Semua itu dilakukan demi perhatian!
11. Menggambarkan kehidupan gadis miskin dan kaya, Bitch x Rich (2023) mengangkat isu buli di sekolah yang diwarnai dengan kisah misteri pembunuhan
12. Siapa yang tidak mengetahui tentang Kdrama ini bukan? Soo Min dalam Marry My Husband (2024) selalu iri hati dengan Ji Won!
Tidak pernah merasa cukup, watak-watak dalam drama-drama tersebut terus mencari perhatian dari orang lain. Perkara yang mereka lakukan adalah kerana ingin diakui cantik, rupawan, berkuasa, kaya, popular, dan juga tampak paling bahagia. Dari semua 12 Kdrama tentang watak yang dahagakan perhatian seperti tersenarai di atas, anda sudah menonton drama yang mana?