Drama siri tidak terlepas dari memberi pengajaran yang tidak terhingga kepada para penonton. Ada juga kisah yang menonjolkan watak yang tidak bersalah dibenci kerana kejahatan yang dilakukan oleh keluarga mereka.
Jalan cerita yang hampir sama dengan kehidupan nyata dimana masyarakat sering memusuhi keluarga penjenayah sedangkan ahli keluarga tidak bersalah tapi langsung terpalit dosa yang dilakukan oleh penjenayah yang berasal dari keluarga terbabit.
Setiap orang tentu tidak dapat membuat semua orang menyukainya, tidak terkecuali juga orang-orang baik, orang baik juga turut dibenci kerana keluarga mereka adalah jahat. Perasaan tidak suka hingga perasaan benci boleh ditujukan oleh sesiapa sahaja walaupun orang tersebut tidak berbuat salah apa-apa pun.
Perkara itu juga dihadapi oleh beberapa karakter dalam drama siri berikut ini. Mereka yang asalnya baik menerima perasaan benci dari orang lain kerana perbuatan keluarganya. Kenapakah perkara seperti ini terjadi?
Baca Lagi: Jo Han Chul Pelakon Serba Boleh Tapau Watak Jahat Dan Baik
1. Ayahnya merupakan seorang pembunuh, Do Hyun Soo (Lee Joon Gi) yang baik itu juga turut dimusuhi oleh orang ramai dan lebih teruk, rakannya sendiri menyisihkannya dalam Flower of Evil (2020).
2. Menjadi anak seorang pembunuh, Yoon Na Moo (Jang Ki Yong) mengubah namanya kepada Chae Do Jin kerana dibenci orang dalam drama siri Come and Hug Me (2018).
3. Ye Hyeon Sun (Park Ju Hyun) yang dilahirkan sebagai anak pertama ayahnya sangat dibenci oleh ibu tirinya dalam The Forbidden Marriage (2022–2023).
4. Ibunya dituduh sebagai pembunuh, Bae Ro Na (Kim Hyun Soo) terpaksa pindah sekolah dan dibuli oleh kawan-kawannya dalam drama siri Penthouse (2020–2021).
5. Walaupun dia tidak bersalah, Han Dong Jin (Kim Young Kwang) sangat dimusuhi dan dibenci kerana ibunya merupakan seorang perempuan perampas dalam drama siri Call It Love (2023).
6. Choi Kang Chi (Lee Seung Gi) yang dilahirkan sebagai anak gumiho juga dibenci orang sekeliling kerana kekuatannya dalam Gu Family Book (2013).
7. Sungguh malang apabila Sung Joon (Yang Se Jong) dimusuhi dan dibenci ramai kerana disangkakan sebagai seorang pembunuh. Sebenarnya pembunuhan tersebut dilakukan oleh saudara kembarannya dalam drama siri Duel (2017).
8. Perbuatan ayahnya membuatkan Han Jung Woo (Park Yoo Chun) dibenci sampai diculik oleh musuh ayahnya dalam drama siri Missing You (2012).
9. Akibat kejahatan keluarga isterinya pada masa lalu, Kang Yoon Kyum (Park Byung Eun) dipergunakan untuk balas dendam dalam drama siri Eve (2022).
10. Putera Seongnam (Moon Sang Min) dibenci oleh saudara lainnya kerana lahir sebagai putera ratu dalam drama siri Under the Queen’s Umbrella (2022).
11. Ayahnya merupakan seorang pembunuh dan Lee Soo Yeon (Kim So Hyun) disisihkan oleh sahabat-sahabatnya hinggakan dia menjadi seorang pendiam dalam drama siri Missing You (2012).
12. Orangnya sangat baik tapi sayang sekali Choi In Ha (Park Shin Hye) dibenci kerana perbuatan ibunya yang pernah menghancurkan sebuah keluarga dalam drama siri Pinocchio (2014).
Perbuatan jahat yang dilakukan keluarga mereka membuatkan para karakter dalam drama siri tersenarai dimusuhi hingga dibenci orang lain walaupun mereka tidak bersalah. Perkara ini membuatkan kebanyakan mereka hidup dengan rasa bersalah. Bagi anda, kisah siapakah yang paling dirasakan tidak adil?
Baca Juga: Kisah Tragis Seo Ji Won Penyanyi Lagenda Yang Bunuh Diri