Siapakah 12 watak dalam Kdrama yang dikhianati dan disakiti pasangan sendiri?
Kdrama The Good Bad Mother telah menarik perhatian ramai penonton sejak tayangan perdananya. Drama siri tersebut mengisahkan tentang seorang jejaka yang sifatnya kembali menjadi anak kecil akibat kemalangan jalan raya. Siapa sangka, dalang kejadian tersebut adalah tunang dan calon ayah mertuanya sendiri.
Terdapat beberapa watak lain yang pernah disakiti dan dikhianati oleh pasangannya sendiri. Jom kita lihat watak-watak lain dalam Kdrama yang pernah disakiti dan dikhianati oleh pasangan mereka sendiri:
1. Shim Soo Ryeon (Lee Ji-ah) berkali-kali disakiti secara mental dan fizikal oleh suaminya yang sangat dipercayainya dalam Kdrama Penthouse (2020–2021)
2. Pelbagai kejahatan Han So Ra (Yoo Sun) membuatnya hampir terbunuh dengan tindakan bunuh diri suaminya dalam Kdrama Eve (2022)
3. Tidak ingin bercerai, Goo Eun Jae (Jang Seo Hee) hampir dibunuh oleh suaminya dengan ditenggelamkan dalam Kdrama Cruel Temptation (2008)
4. Hampir sahaja untuk mendirikan rumah tangga, Choi Kang Ho (Lee Do Hyun) mengalami kemalangan yang dirancang oleh tunangnya sendiri dalam Kdrama terbaru The Good Bad Mother (2023)
5. Sewaktu mempunyai kekuatan untuk membongkarkan kejahatan suaminya, Hyun Ju Hee (Ok Ja Yeon) telah dimasukkan ke hospital sakit jiwa dalam Kdrama Big Mouth (2022)
6. Setelah memanfaatkan dan mengambil kesempatan ke atas kekasih hatinya, Kang Ma Ru (Song Joong Ki) kemalangan akibat dilanggar oleh kekasihnya dalam Kdrama Nice Guy (2013)
7. Pada awalnya dia disangka dibunuh oleh sahabatnya, rupa-rupanya Han Yoo Ra (Yoo In Young) ternyata telah habis nyawa di tangan tunangnya dalam My Love From The Star (2013)
8. Kembali lagi bersama bekas kekasih dengan menjadi seorang perampas, Lee Hye Jin (Ok Ja Yeon) hampir mati kerana disakiti oleh pasangannya dalam Mine (2021)
9. Setelah rasmi mendirikan rumah tangga, Cheon Seo Jin (Kim So Yeon) kerap didera oleh suaminya dalam drama Penthouse (2020–2021)
10. Selepas mengetahui wajah sebenar suaminya, Oh Sunny (Jang Na Ra) hampir mati dibunuh oleh suaminya dalam drama The Last Empress (2018)
11. Perkara sama berlaku kepada Hwang Na Yoon (Park Se Jin) dalam High Class (2021). Dia terpaksa memalsukan kematiannya agar selamat daripada kejahatan suaminya
12. Sewaktu mahu mengurung isterinya, Choi Ji Hoon (Kim Joon Han) mengalami nasib malang dan berakhir dibunuh oleh isterinya sendiri dalam Anna (2022)
Pengalaman buruk yang dialami oleh setiap karakter yang tersenarai di atas memberikan pengajaran kepada kita semua agar lebih berhati-hati dengan orang lain. Pasangan sendiri juga boleh mengkhianati anda apabila dihasut bisikan iblis dan nafsu serakah. Semoga kejadian seperti ini tidak menimpa kita semua.
Baca Lagi: 11 Kdrama Lakonan Bintang “I Will Travel For You”
Baca Juga: “The Secret Romantic Guesthouse” – 10 Watak Pembantu