Home Entertainment 12 Watak Kdrama Menjalin Hubungan Dengan Perisik

12 Watak Kdrama Menjalin Hubungan Dengan Perisik

0

Siapakah 12 watak dalam Kdrama yang menjalinkan hubungan dengan ejen perisik?

Kerjaya yang berbahaya sebagai ejen perisik rahsia tentu merupakan kerjaya yang perlu dirahsiakan dan sukar buat ejen perisik untuk menjalin hubungan istimewa dengan sesiapa sahaja.

Selain kerana kerahsiaannya, para ejen perisik rahsia juga memilih untuk merahsiakan daripada keluarga dan pasangan masing-masing agar mereka yang disayangi tidak terpalit risiko bahaya pekerjaan mereka.

Namun, bagi para pasangan yang pada awalnya tidak mengetahui perkata tersebut tentu akan merasa dikhianati setelah mendapat tahu tentang kebenarannya.

Semua itu dirasakan oleh beberapa watak dalam drama siri Korea yang menjalin hubungan dengan ejen perisik rahsia ini.

Siapakan mereka? Jom sama-sama kita lihat senarai seperti di bawah:

8bcbf3d0 6252 4f6d 9e9e 8364518137761. Tanpa sengaja, Eun Yeong Ro (Jisoo) mula terlibat dalam hubungan romantik dengan seorang ejen perisik Korea Utara dalam drama siri Snowdrop (2021)

a3028264 5741 4b29 ad63 073642598c232. Kang Ah Reum (Yoo In Na) berkahwin sebanyak 2 kali dalam drama siri The Spies Who Loved Me (2020). Bekas suaminya adalah ejen rahsia interpol manakala suaminya adalah ejen perisik

297eeafa c47e 4ccb a8a5 d3314ebc2ef43. Sewaktu bekerja sebagai ejen NIS, Choi Seung Hee (Kim Tae Hee) terjerat hubungan romantik dengan rakan kerjanya dalam drama siri IRIS (2009)

b1aa83fe 4fb0 4316 8af0 be8f441940f54. Disangkakan hanya pekerja biasa, suami Kang Yoo Ra (Jang Na Ra) ternyata adalah merupakan seorang ejen perisik rahsia dari BIN dalam drama siri Family: The Unbreakable Bond (2023)

37c2f803 f1a9 4dab bc34 dc460e811dd55. Ji Soo Yeon (Lee Da Hae) pula menjadi ejen NSS bersama kekasihnya yang dikenali sejak kecil dalam drama siri IRIS II: New Generation (2013)

c29e3a3e 20e1 4e69 9c29 546bdee5ee1c6. Pada asalnya dia adalah seorang suri rumah biasa sahaja, Go Ae Rin (Jung In Sun) berakhir menjadi ejen rahsia bersama kekasih pujaan hatinya dalam drama siri My Secret Terrius (2018)

372db8a3 895b 4d7e 9bac cc514d974d8b7. Menjadi seorang pengurus artis, Cha Do Ha (Kim Min Jung) terjebak hubungan romantik dengan pengawal artis yang ternyata merupakan ejen perisik rahsia dalam drama siri Man To Man (2017)

b139bc70 785b 4120 a94c 6e9b6288006e8. Bergabung dan bekerjasama dengan pengganas, Yoon Hye In (Soo Ae) jatuh cinta pula dengan musuhnya iaitu ejen NTS dalam drama siri Athena: Goddess of War (2010)

54a5d7de fc54 4d52 909a 85b992fb85d29. Dalam drama siri 7th Grade Civil Servant (2013), Kim Kyung Ja (Choi Kang Hee) menjadi ejen BIN yang menjalin hubungan cinta dengan rakannya

50e4deb1 d68d 46da a03d 9abad88252d210. Setelah berkahwin dalam tempoh masa yang lama, Choi Yeon Soo (Kim Hyun Joo) baru mengetahui bahawa suaminya adalah ejen rahsia dalam Kdrama siri Undercover (2021)

e995e02e 1cb6 4f24 8f8d 7db3ad6bd0f711. Im Ye Eun (Yoo In Young) dan suaminya sama-sama bekerja sebagai ejen perisikan BIN dalam Kdrama siri Good Casting (2020). Sayangnya, si suami tewas sewaktu bertugas

8f98301a cfa9 45b6 8e63 35f42690811012. Nasib malang yang sama menimpa Kim Yeon Hwa (Im Soo Hyang) dalam Kdrama IRIS II: New Generation (2013). Dia dan kekasihnya menjadi ejen rahsia yang berakhir tragis

Demikian sahaja sebahagian watak dalam Kdrama siri yang menjalin hubungan dengan ejen perisikan rahsia. Kebanyakan dari mereka langsung tidak tahu bahawa pasangan mereka adalah ejen rahsia.

Terdapat juga antara mereka yang baru mengetahui identiti pasangan mereka setelah berkahwin selama belasan tahun. Lebih menarik lagi, ada juga pasangan yang sama-sama merupakan ejen perisik rahsia.

Watak dan Kdrama yang manakah menjadi pilihan anda?

Baca Lagi: Kdrama- 8 Watak Wanita Diraja Hidup Diluar Istana

Baca Juga: Filem Korea ‘Dream’ Mencecah 1 Juta Jualan Tiket