Lee Dong Wook merupakan salah seorang pelakon popular Korea Selatan yang telah memulakan kerjaya lakonannya sejak tahun 1999. Pelakon yang dilahirkan pada tahun 1981 ini memulakan debut lakonannya melalui drama School 2 (1999) dengan membawa watak sebagai pelakon pembantu.
Sudah berkecimpung dalam dunia seni selama 25 tahun, Lee Dong Wook telah membintangi banyak drama dan filem Korea. Pelakon ini sudah membawa pelbagai watak dalam drama dan filem yang dibintanginya.
Berikut ini adalah beberapa watak yang paling ikonik yang pernah dibawa oleh Lee Don Wook.
1. Lee Dong-wook membawa watak sebagai Park Moo Yeol dalam drama Wild Romance (2012). Dia adalah seorang pemain besbol yang sangat berbakat
2. Dalam drama Hotel King (2014) Lee Dong-wook adalah seorang pengemis yang tiba-tiba menjadi kaya raya dan bekerja sebagai pengurus HOTEL CIEL
3. Bergandingan dengan Shin Se Kyung, Lee Dong-wook membawa watak sebagai seorang CEO syarikat permainan video yang sangat sombong dalam drama fantasi Blade Man (2014)
4. Wajahnya akan berubah setiap kali dia bangun tidur dalam filem Beauty Inside (2015), Lee Dong-wook membawa watak sebagai seorang pereka perabot
5. Lee Dong-wook membawa watak sebagai seorang pengarah di sebuah hospital dan dia mempunyai hubungan terlarang dengan adik tirinya dalam drama Bubble Gum (2015)
6. Lee Dong-wook membawa watak sebagai malaikat maut dalam drama Goblin (2016). Dia sanggup menyimpan duit selama bertahun-tahun untuk membeli rumah mewah impiannya
7. Dalam drama siri Life (2018), Lee Dong-wook membawa watak sebagai doktor jabatan kecemasan. Dia berebut kuasa dengan CEO hospital di sana
8. Kembali bergandingan dengan Yoo In Na selepas bersama-sama berlakon dalam Goblin, kali ini Lee Dong-wook membawa watak sebagai seorang peguam dalam drama Touch Your Heart (2019)
9. Lee Dong-wook membawa watak sebagai Yong Jin, CEO Hotel Emross yang sangat obses dengan nombor genap dalam filem A Year-End Medley (2021)
10. Dalam drama Bad and Crazy (2021) Lee Dong-wook membawa watak sebagai detektif yang sangat hebat, tapi sangat materialistik. Dia menampilkan bromance bersama Wi Ha Joon
11. Bekerja sebagai seorang pensyarah, Lee Dong Wook sangat menikmati hidup bersendirian sebagai seorang lelaki bujang dalam filem Single in Seoul (2023)
12. Selain 11 watak yang tersenarai di atas, banyak lagi watak ikonik lain yang menampilkan lakonan hebat Lee Dong Wook, antaranya adalah sebagai seorang doktor gigi psiko dalam Strangers from Hell (2019), yang menampilkan lakonan hebatnya dengan sisi gelap yang sangar menyeramkan!
Tidak lama lagi, drama terbaru lakonan Lee Dong Wook iaitu drama A Shop for Killers akan ditayangkan. Drama tersebut akan ditayangkan pada 17 Januari 2024. Dalam drama yang diadaptasi dari novel karya Kang Ji Young ini, Lee Dong Wook bergandingan dengan Kim Hye Joon sebagai pasangan bapa saudara dan anak saudara.