12 Watak Peguam Lelaki Dalam Kdrama, siapakah mereka?
Woo Do Hwan yang membintangi drama siri sageuk Joseon Attorney sebagai seorang peguam tampak sangat bergaya dan meyakinkan. Dia menjadi peguam yang licik dan bijak. Hasil kepintarannya dalam memecahkan setiap kes jenayah, dia dipanggil oleh masyarakat sebagai seorang pahlawan.
Seiring waktu berjalan, dia menjadi peguam yang adil dan baik. Bukan hanya Woo Do Hwan saja yang pernah membawa watak sebagai peguam dalam drama siri Korea, terdapat beberapa pelakon lelaki Korea lain yang pernah membawa watak peguam dengan baik dalam drama siri lakonan mereka.
Siapakah pelakon-pelakon dengan watak peguam lelaki dalam kdrama tersebut? Jom sama-sama kita lihat!
1. Dalam drama siri Vicenzo (2021), Song Joong-ki melakonkan watak peguam lelaki dalam kdrama sebagai seorang peguam yang handal yang bekerja untuk mafia dan sangat mahir dalam menyusun rancangan dan strategi
3. Yoon Park melakonkan watak peguam lelaki dalam kdrama sebagai Kang Ki Seok yang merupakan seorang peguam yang sangat berkarisma, lembut dan kuat dalam drama siri Legal High (2019)
4. Jin Go juga salah seorang pelakon lelaki yang berjaya membawa watak peguam lelaki dalam kdrama sebagai seorang peguam dalam drama siri Legal High (2019) sebagai Go Tae Rim, seorang peguam yang sombong tapi sangat terkenal kerana dia selalu menang setiap kes yang diambil
5. Masih dalam drama siri Legal High (2019), Jung Sang Hoon bawa watak peguam lelaki dalam kdrama sebagai seorang peguam yang kejam dan bercita-cita tinggi untuk mengalahkan lawan dan musuhnya
6. Kalau dulu dia adalah seorang gangster, dengan mudah Lee Joon Gi beralih membawa watak peguam lelaki dalam kdrama sebagai peguam yang mencari keadilan dalam drama siri Lawless Lawyer (2018)
7. Tampil penuh karismatik dan gagah, Jang Dong Gun dalam drama siri Suits (2018) merupakan pelakon utama sebagai seorang peguam terkenal di Korea Selatan
8. Selain itu, Park Hyung Sik dalam drama siri Suits (2018), menjadi peguam yang mempunyai kemampuan untuk mengingati kejadian yang berlaku pada masa lalu
9. Beralih kerjaya dari pendakwa raya, Ji Chang Wook menjadi peguam yang menyelamatkan kekasihnya dalam drama siri Suspicious Partner (2020)
10. Dalam drama siri Touch Your Heart (2019), Lee Dong Wook membawa watak sebagai peguam untuk firma guaman yang mempunyai watak yang dingin dan agak sombong
11. Pada tahun 2023, Woo Do Hwan berlakon menjadi seorang peguam profesional yang mempunyai misi besar untuk balas dendam ke atas kematian ibu bapanya dalam drama siri Joseon Attorney
12. Jika sebelumnya dia berlakon sebagai pemain piano terkenal, Cho Seung Woo bertukar kerjaya pula menjadi seorang peguam kes penceraian dalam drama siri Divorce Attorney Shin (2023)
Berlakon sebagai peguam dengan sifat dan sikap berbeza-beza, para pelakon lelaki yang tersenarai di atas memberikan pengajaran berharga dalam hidup kita sebagai penonton yang dapat mengutip nilai murni dalam setiap drama yang kita tonton. Di antara mereka yang tersenarai pernah berlakon sebagai peguam ini, pelakon manakah yang paling berjaya dan berkesan dengan wataknya sebagai penegak keadilan di kamar mahkamah?
Baca Lagi: 10 Filem Terbaik Korea Sepanjang Zaman
Baca Juga: 11 Pelakon Ahjussi Korea 2023 Yang Menawan Hati