Kdrama baharu “The Kidnapping Day” telah memulakan penayangan episod pertama pada 13 September lalu.
Kdrama siri Korea tersebut menceritakan tentang kisah seorang lelaki miskin yang mempunyai hati yang lembut yang bernama Kim Myeong Jun (Yoon Kye-sang). Memerlukan wang dan sangat terdesak untuk bil perubatan anak perempuannya, membuatkan dirinya terpaksa merancang penculikan anak orang kaya. Kes penculikan juga kerap ditonjolkan dalam drama Korea yang lain.
Berikut adalah beberapa watak dalam Kdrama yang tampil sebagai penculik. Kebanyakan watak penculik dibawa oleh watak antagonis yang mahu memenuhi cita-cita serakah mereka.
1. Memerlukan wang untuk anaknya yang sakit, Kim Myeong Jun (Yoon Kye Sang) terpaksa menculik anak orang kaya dalam The Kidnapping Day (2023)
2. Merupakan seorang pelajar perubatan, Song Jae Hyo (Kim Dong Hwi) juga terpaksa melakukan penculikan terhadap kawannya sendiri kerana dia memerlukan wang dalam The Deal (2023)
3. Berkawan dengan Song Jae Hyo, Lee Joon Sung (Yoo Seung Ho) juga terlibat dalam kes penculikan yang sama dalam Kdrama The Deal (2023)
4. Untuk mengancam dan mengugut kawannya, Jang Geun Won (Ahn Bo Hyun) sengaja menculik pujaan hati kawannya itu dalam Itaewon Class (2020)
5. Demi mencapai matlamatnya, Lee Lim (Lee Jung Jin) menculik detektif dan membawanya ke dimensi lain dalam Kdrama siri The King: Eternal Monarch (2020)
6. Ingin menguasai Korea, John Mayer (Yoo Je Moon) berani menculik ibu dan isteri raja Korea Selatan yang sedang menjadi sukarelawan dalam The King 2 Hearts (2012)
7. Pada episod akhir drama Vincenzo (2021), Jang Jun Woo (Ok Taecyeon) pernah menculik bekas rakan sekerjanya yang kini bekerja sama dengan musuhnya
8. Demi mencapai matlamatnya, Han Pan Ro (Jeon Kuk Hwan) melakukan banyak kejahatan termasuk penculikan hingga pembunuhan dalam Eve (2022)
9. Menjadi roh jahat, Kim Won Hyung (Na In Woo) menculik seorang lelaki muda sebagai salah satu rancangan balas dendam dalam Mystic Pop-Up Bar (2020)
10. Menjadi pengintip, Ji Hyun Keun (Ji Il Joo) nekad menculik seorang pelakon terkenal yang disukainya dalam drama Find Me in Your Memory (2020)
11. Masih dalam drama Find Me in Your Memory (2020), Moon Sung Ho (Joo Suk Tae) juga menculik dan juga membunuh orang yang diintipnya
12. Paling toksik, Lee Seon Ho (Kim Nam Hee) menculik bekas kekasih kerana ingin kembali bersama semula dalam drama Mad for Each Other (2021)
Apa jua alasannya, penculikan tetap adalah perbuatan jenayah yang tidak sepatutnya dilakukan. Walau ada watak dalam Kdrama yang jadi penculik ini merupakan watak protagonis, tapi pasti sahaja mereka akan mendapat balasan setimpal atas perbuatan buruk yang mereka lakukan. Setuju?