Home Entertainment 12 Watak Wanita Berpendidikan Yang Menjadi Perempuan Perampas Dalam Kdrama

12 Watak Wanita Berpendidikan Yang Menjadi Perempuan Perampas Dalam Kdrama

0

Perpendidikan tinggi tetapi menjadi perampas?

Dr Cha merupakan salah sebuah drama siri yang sedang hangat dibicarakan saat ini. Drama siri tersebut mengangkat tema medikal yang juga diselangi dengan kisah kecurangan seorang suami yang merupakan pakar bedah.

Yang lebih mengejutkannya lagi, wanita yang menjadi perempuan perampas dalam Kdrama ini ternyata adalah rakan sekerja yang juga bekerja sebagai seorang doktor yang sangat berkemahiran dan dihormati.

Walaupun mempunyai taraf pendidikan yang tinggi dan sangat baik, beberapa watak wanita berikut sanggup merendahkan diri menjadi perempuan perampas dan menghancurkan hidupnya sendiri tanpa sedar. Jom kita lihat senarai seperti di bawah ini:

b94586ae c10d 45c8 b8c8 c7fa8cb143871. Walaupun kaya dan bijak, Cheon Seo Jin (Kim So Yeon) sanggup ke lembah hina dengan menjadi perempuan perampas dalam drama siri Penthouse (2020–2021)

234fd9c8 43b4 4c4d bdf6 d6501da0106e2. Menjadi seorang wartawan, Chae Yoo Jin (Yura) yang sudah mempunyai teman lelaki sanggup merosakkan hubungan pasangan lain dalam drama siri Forecasting Love and Weather (2022)

b77d9508 7f18 425b 9b19 8cf8857aca7e3. Walaupun sudah berjaya menjadi seorang peguam muda, Oh Soo Jin (Yoo In Young) sanggup merebut kekasih sahabatnya sendiri dalam drama siri Oh My Venus (2015)

a784064a 41ae 44fa a056 f392c4145e344. Choi Seung Hi (Myung Se Bin) yang merupakan seorang doktor yang sangat berbakat ini kembali bersama bekas teman lelakinya yang sudah berkeluarga dalam Doctor Cha (2023)

1b59b2d6 8e31 4004 bd17 6d70e94c77ad5. Balik ke Korea selepas tamat belajar di luar negara, Shin Ae Ri (Kim Seo Hyung) sanggup merebut suami sahabatnya dalam drama siri Cruel Temptation (2009)

0f339cf1 ec20 4a31 8d17 1f11ea4ba9466. Tanpa sadar, Yoon Se Ri (Son Ye Jin) yang bekerja menjadi CEO ini membuatkan pujaan hatinya membatalkan pertunangan dalam Crash Landing on You (2019)

45d3f163 b232 49a8 b1bc c47aa6f5a3e07. Pada awalnya pelajar IT ini iaitu Hong Nan Hee (Kim Myung Ji) berpindah ke sekolah undang-undang dan menjadi perempuan perampas untuk membalas dendam dalam drama siri The Empire (2022)

3c2ff313 e91e 4fb2 b3cb 8e6b3cf798a78. Bukan hanya mengkhianati kekasihnya, Han Jae Hee (Park Si Yeon) adalah seorang wartawan yang telah merosakkan hubungan pasangan kaya raya dalam drama siri Nice Guy (2012)

9c0d60ec a09b 489b b0de 0452ebad7fa59. Sayang sekali walaupun dia adalah seorang pramugari yang cantik, Do Yeo Joo (Jo Bo Ah) juga menjadi seorang perempuan perampas dalam hubungan kekasih sahabatnya dalam drama siri Sweet Stranger and Me (2016)

547d6dcd 4194 48de b4be fa620af3b92f10. Pada hari pertamanya bekerja sebagai seorang guru, Jo Eun Kang (Seo Ji Hye) terus berhenti kerana memilih untuk menjadi perempuan perampas yang memusnahkan hidup sahabatnya sendiri dalam Red Balloon (2022)

dabc6d2e 61d5 45f0 bd62 dacbc9e924f511. Walaupun mempunyai kerjaya yang stabil dan sangat terkenal, Gyo Chae Yeon (Wang Ji Hye) tidak terlepas menghancurkan hidupnya sendiri dengan menjadi seorang perempuan perampas dalam Birth of a Beauty (2014)

6a27d054 1a94 4ada 89dd 14f714f5a2db

12. Dalam drama siri Eve (2022), Lee La El (Seo Yea Ji) menggunakan kebijaksanaannya untuk membalas dendam dan menjadi perempuan perampas

Watak wanita berpendidikan seperti watak perempuan-perempuan perampas yang tersenarai tersebut sebenarnya mampu untuk mendapatkan pasangan yang jauh lebih baik daripada suami orang ataupun teman lelaki orang lain.

Namun, perbuatan dan kelakuan buruk sebagai perempuan perampas membuatkan kerjaya mereka terancam dan hancur. Jangan sampai anda mengalami perkara yang serupa seperti mereka, jaga-jaga!

Baca Lagi: 12 Kdrama Yang Pernah Membolot Banyak Trofi Baeksang

Baca Juga: 10 Selebriti Paling Kacak Di Asia Pada Tahun 2023