Home Drama/Filem Jepun 13 Drama Jepun Unik Tentang Penjelajahan Masa, Jalan Cerita Menarik dan Popular...

13 Drama Jepun Unik Tentang Penjelajahan Masa, Jalan Cerita Menarik dan Popular dalam Pelbagai Genre

0

Drama Jepun mempunyai keunikan tersendiri dengan tema-tema yang antimainstream. Antaranya adalah drama tentang penjelajahan masa yang dikemaskan dalam berbagai genre.

Penjelajahan masa selalu menjadi topik yang menarik dan merupakan tontonan yang menghiburkan kerana penuh babak-babak fantasi. Dibintangi oleh pelakon-pelakon Jepun yang terkenal, mari sama-sama kita lihat beberapa pilihan drama Jepun tentang penjelajahan masa yang pastinya menarik.

 

1. Brush Up Life (2023)

Drama jepunBrush up Life atau Rebooting mengisahkan Asami Kondo yang menjalani hidupnya selama 33 tahun dengan seperti orang lain, hidup yang biasa. Dia kemudian mendapat peluang untuk mengulang kembali hidupnya dari awal selepas dia mengalami kemalangan. Drama ini dibintangi oleh Sakura Ando dan juga Haruka Kinami.

 

2. Proposal Daisakusen (2007)

cf0051cc 7308 4f03 9d63 29a29f1be5cfSejak zaman sekolah, Ken sudah jatuh cinta pada Rui. Namun, dia tidak pernah meluahkan rasa cintanya. Akhirnya Rui bakal berkahwin dengan lelaki lain. Pari-pari muncul dan memberikan peluang bagi Ken untuk pergi ke masa lalu dan mengubah nasibnya. Dibintangi oleh pelakon top Tomohisa Yamashita (Yamapi) dan Masami Nagasawa.

Baca lagi: 5 Drama Jepun Genre Thriller yang Sangat Mendebarkan dan Penuh Babak Misteri

3. Ashi Girl (2017)

ffb88755 0603 467f b080 974b59ff7b31Yui adalah seorang pelajar yang handal dalam sukan larian. Pada suatu hari dia terlempar ke masa lalu oleh alat ciptaan saudaranya yang genius. Pada masa perang Jepun kuno ini dia bertemu dengan seorang tuan muda dari Klan Hagi yang bernama Tadakiyo. Apabila Yui kembali ke masa depan, dia mengetahui bahawa Tadakiyo mungkin akan hilang dari peristiwa sejarah keraha dia mati semasa masih muda. Bagaimanakah cara Yui menyelamatkan orang yang dikasihinya tersebut? Drama ini dibintangi oleh Yuina Kuroshima dan Kentaro Ito.

 

4. Erased

93e17329 089d 4627 ae65 5f4fe07a3f3fSatoru Fujinuma merupakan seorang mangaka yang kurang popular. Dia mempunyai kebolehan “revival”, dimana dia boleh kembali ke masa lalu sebelum kejadian mengerikan terjadi, dan memperbaiki kesalahan yang terjadi.

Satoru kemudian terlibat dalam kes pembunuhan bersiri yang terjadi 18 tahun yang lalu. Dengan menggunakan tubuh seorang pelajar, Satoru melakukan perjalanan ke masa lalu untuk menangkap pembunuh dan menyelamatkan ibu pelajar itu.

Baca juga: 10 Drama Jepun Tentang Jenayah Terancang yang Penuh Tipu Daya

5. Todome no Kiss

843caa58 5b9e 4c59 a698 e83dfc28d05aTodome no Kiss menceritakan tentang Dojima Otaro yang yakin bahawa cinta tidak akan membuatkan manusia bahagia. Tiba-tiba ada seorang wanita muncul dan menciumnya. Dojima mati dan terbangun pada 7 hari masa lalu, sebelum kejadian tersebut terjadi. Sebelum Dojima boleh mengungkap siapakah dan apakah tujuan wanita tersebut, insiden ciuman yang membawa maut itu akan terus terulang.

Baca juga: 10 Drama Jepun Tampilkan Kisah Balas Dendam Menyayat hati, Penuh Emosi

6. The Girl Who Leapt Through Time

50abf065 13cc 4a93 87cb 20aea7d3d019Diadaptasi dari novel bertajuk sama karya Yatsutaka Tsutsui, drama The Girl Who Leapt Through Time menceritakan tentang Yoshiyama Mihane, yang memiliki kemampuan untuk melakukan penjelajahan waktu selepas menghidu bau lavender di sebuah makmal. Fukumachi Shohei yang sebenarnya berasal dari masa depan kehilangan ubat yang boleh mengembalikannya ke tahun 2122. Pertemuan Mihane dan Shohei ternyata mencambahkan benih-benih cinta.

 

7. Nobunaga Concerto

6fc5b2e1 5f10 4faf 9d1b affaaaca7797Diadaptasi dari manga bertajuk sama karya Ishii Ayumi, Nobunaga Concerto mengisahkan tentang seorang pelajar yang bernama Saburo yang melakukan penjelajahan waktu ke zaman Sengoku (1549). Dia kemudian bertemu seorang putera muda bernama Oda Nobunaga yang mirip dengannya. Dia kemudian diminta untuk mengganti watak masing-masing oleh putera itu. Kini, Saburo akan menjadi Oda Nobunaga yang memiliki misi untuk menyatukan seluruh negara.

Baca lagi: 12 Drama Jepun Terbaik 2023 dengan Cerita Mengujakan

8. Suteki Na Sen Taxi

bce1f07d e2b6 4d7c a710 6a7656bd931cPemandu Sen Taxi yang bernama Edawakare memiliki kebolehan istimewa dan teksi yang luar biasa. Dengan teksinya, di boleh memulangkan penumpang ke titik mula kehidupan mereka. Dia merupakan orang yang banyak berbicara, selalu memberi nasihat kepada penumpangnya yang telah gagal dalam pilihan hidup mereka.

 

9. Sumika Sumire

5fc08f89 fad3 4855 bf22 92de1f12efddKisaragi Sumi sangat bangga dengan masa lalunya yang berguna untuk keluarga. Namun sejak kematian ibunya, Sumi ingin sekali lagi mengulang masa mudanya dan memilih jalan kehidupan yang lain. Dalam drama Sumika Sumire, Sumi kemudian terbangun dan sudah berada dalam tubuh seorang gadis berusia 20 tahun. Kini Sumi mula menjalani hari-hari sebagai seorang pelajar yang berusia 20 tahun, tapi dengan jiwa sebenarnya yang berusia 65 tahun.

Baca lagi: ‘Itaewon Class’ Bakal Muncul Semula Versi Drama Jepun

10. My Tomorrow, Your Yesterday

fa55cfc7 65f0 4daf b329 8d9f23a85544Diadaptasi dari novel berjudul sama karya Takafumi Nanatsuki, drama My Tomorrow, Your Yesterday menceritakan tentang Takatoshi Minamiyama yang mengalami cinta pandang pertama kepada Emi Fukuju. Oleh kerana keberaniannya mengajak untuk berbual, Nanatsuki berjaya keluar bersama Fukuju. Hari-hari bahagia mereka menjadi sangat berbeza selepas Emi Fukuju mendedahkan sebuah rahsia besar.

 

11. Second Summer, Never See You Again

a83ceb4b 9425 4b9e 926f 51789bc91d00

Satoshi merupakan seorang pelajar sekolah. Di tahun terakhirnya, dia dan Rin sibuk dengan band mereka untuk tampil di sebuah festival budaya sekolah. Semasa di atas pentas, Rin tiba-tiba pengsan. Tragedi terjadi apabila Satoshi yang merasa terpukul boleh kembali ke masa ketika pertama kali bertemu Rin.

 

12. Linking Love

c43217f6 51b6 49ab 980f 639a14eb89b0Linking Love menceritakan tentang Mashio Miyu yang tidak berjaya menjadi seorang idola. Keadaan menjadi teruk apabila ibunya keluar dari rumah keraba sudah tidak mencintai bapanya. Seorang lelaki tiba-tiba muncul, dia menawarkan tiga pilihan kepada Miyu. Miyu kemudian dihantar ke tahun 1991, di mana ayah dan ibunya pertama kali bertemu. Miyu kemudian membentuk kumpulan idola bersama ibunya dengan tujuan untuk menyatukan ibu bapanya yang saling tidak mencintai.

 

13. JIN

d3b1e154 d199 41a7 a338 c46f95713151

Minakata Jin, seorang pakar bedah otak sangat sedih kerana tunangnya koma akibat pembedahan yang dilakukannya. Semasa pengsa di hospital, dia terbangun dan terlempar ke zaman Edo. Sementara Jin sibuk mencari cara untuk kembali ke masa sekarang, dia juga terpaksa menjalani kehidupan barunya di zaman Edo yang sukar.

Demikian sahaja pilihan drama-drama Jepun bertemakan penjelajahan masa yang sangat menarik untuk anda tonton. Adakah anda tertarik?

Baca lagi: 5 Cadangan Drama Jepun Genre Komedi 2023, Lucu dan Menghiburkan
Baca juga: Lawak Maksima, Ini 10 Drama Jepun Komedi Terbaik yang Perlu Anda Tonton

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here