Home Kdrama/Kmovie 13 Drama Korea Ini Pernah Dipandang Remeh, Tapi Ternyata Meraih Kejayaan Besar...

13 Drama Korea Ini Pernah Dipandang Remeh, Tapi Ternyata Meraih Kejayaan Besar dan Meledak

0

Bukan semua drama Korea yang akan ditayangkan disambut dengan positif. Bahkan, terdapat beberapa buah drama Korea yang dijangka akan gagal (flop). Mungkin kerana kebolehan lakonan pelakon utama diragui kerana jalan cerita yang dianggap ‘aneh’, atau juga sebab-sebab lain.

Di luar jangkaan, beberapa buah drama Korea yang pernah dipandang remeh dan dianggap akan gagal itu ternyata meraih kejayaan besar. Rating yang tinggi, jalan cerita menarik, dan lakonan para pelakon yang memukau.

Mari sama-sama kita lihat drama-drama Korea yang pernah dijangkakan gagal tapi akhirnya berjaya meraih kejayaan besar sepanjang tayangan!

 

Drama korea

1. Tayang di stesen TV baru, Extraordinary Attorney Woo (2022) dianggap tidak akan berjaya. Tapi, lakonan hebat Park Eun Bin sangat memukau. Rating meledak!

 

 

2. Reply 1997 (2012) adalah drama Korea yang pernah diremehkan kerana cerita throwback yang dianggap biasa-biasa sahaja. Para pelakon drama ini juga dianggap kurang terkenal. Siapa sangka drama ini berjaya!

 

 

3. Ditolak oleh ramai pelakon dan menghadapi banyak masalah, Lovely Runner (2024) yang dibintangi oleh Byeon Woo Seok menjadi hits. Rezeki memang tidak ke mana bukan?

 

 

4. Barisan pelakon utama didominasi oleh bintang idola Kpop, Dream High (2011) merupakan drama Korea yang pernah diremehkan. Ternyata berjaya menjadi drama paling popular!

 

 

5. Genre fantasi yang dibawa I Can Hear Your Voice (2013) dianggap terlalu pelik dan membuatkan para penonton skeptikal. Selepas ditayangkan, drama ini laku keras dan mencipta rekod tersendiri!

 

 

6. Kisah tentang tentera yang membuatkan ramai pelakon menolak Descendants of the Sun (2016). Mengejutkan, kejayaan drama ini sangat luar biasa

 

 

7. Princess Hours (2006) adalah drama Korea yang juga pernah dipandang remeh kerana pelakon utama dianggap masih baru. Sebenarnya, lakonan mereka patut dipuji

https://youtu.be/mfmZ5_rWKJM?si=MSVutsTaTeRmaoR6

 

 

8. Moon Ga Young dan Hwang In Yeop dianggap tidak sesuai berlakon dalam True Beauty (2020). Semasa ditayangkan, drama ini meraih populariti secara global

 

 

9. Tidak disangka bahawa Sky Castle (2018) merupakan drama Korea yang pernah dipandang sebelah mata. Ternyata, rating drama ini meroket hingga 23%

 

 

10. Cerita tentang watak dengan 7 keperibadian berbeza, plot Kill Me Heal Me (2015) dijangka akan huru hara. Tapi, lakonan Ji Sung memang sudah top tier. Setuju?

 

 

11. Mengejutkan kerana sangat hits, A-Teen (2018) termasuk dalam drama Korea yang pernah dipandang remeh. Bajet produksi yang sangat minimal dan pelakon-pelakon juga belum popular pada waktu itu

 

 

12. Pelakon utama masih baru dan cerita dianggap membosankan. Bread, Love and Dreams (2010) menampilkan plot luar biasa. Mendapat rating tinggi iaitu 50.9%

 

 

IMG 8200

13. Waktu tayangan kurang sesuai, Doctors (2016) dijangka bakal flop. Siapa sangka, rating drama tentang kerjaya doktor ini mencapai 20% lebih

 

Sesuai dengan ungkapan “don’t judge a book by its cover”, 13 drama Korea di atas ternyata meraih kejayaan kerana memiliki cerita yang menarik, plot yang solid, dan persembahan para pelakon yang memukau. Rata-rata mencapai rekod rating yang tinggi.

Baca lagi: Unsur BL Dialih Keluar, Kdrama High School Return of a Gangster Berbeza Dengan Versi Webtoon?
Baca juga: 9 Drama Korea Aksi Ini Terlalu Brutal, Untuk Tontonan Dewasa (18+) Sahaja