Home Kdrama/Kmovie Drama Korea 13 Drama Korea Tentang Kisah Balas Dendam Bertukar Jadi Cinta, Plot Penuh...

13 Drama Korea Tentang Kisah Balas Dendam Bertukar Jadi Cinta, Plot Penuh kejutan

0

Drama Korea sangat identik dengan kisah yang memiliki pelbagai konflik. Antara drama Korea yang diminati oleh para penonton adalah drama Korea yang mengisahkan tentang balas dendam dan akhirnya bertukar menjadi cinta.

Kisah dalam drama-drama Korea ini membuktikan bahawa dendam boleh dikalahkan dengan munculnya benih-benih cinta.

Berikut ini adalah beberapa pilihan drama Korea tentang kisah balas dendam yang bertukar menjadi cinta, mari sama-sama kita lihat.

1. Call it Love (2023)

db739f21 cb66 42e3 97d4 5e0a147ed715

Drama Korea dengan genre melodrama ini menceritakan kisah pilu seorang wanita bernama Shim Woo Joo (Lee Sung Kyung) yang hidupnya hancur kerana ayahnya curang. Hidupnya semakin teruk selepas ayahnya meninggal dunia.

Shim Woo Joo diusir oleh perempuan simpanan ayahnya dan dia nekad mahu membalas dendam pada wanita tersebut.

Pada awalnya dia mendekati Han Dong Jin (Kim Young Kwang), anak kepada perempuan simpanan ayahnya. Dong Jin merupakan pemuda yang bekerja keras, namun menderita kerana dilanda kesepian. Aksi balas dendam berubah menjadi cinta selepas Woo Joo jatuh cinta kepada Dong Jin.

2. Eve (2022)

ac467d2a 2cd0 4a04 9f47 bb183737c90c

Drama Korea berjudul Eve seakan-akan sengaja dihasilkan untuk memancing emosi penonton. Jalan cerita drama Korea ini membuatkan penonton geram kerana kisah mengenai balas dendam dan kecurangan. Cerita dimulakan dengan kisah Lee La El (Seo Ye Ji) yang kehilangan ibu bapanya 13 tahun lalu.

La El merangang untuk membalas dendam kepada Kang Yoong Kyum (Park Byung Eun), Han So Ra (Yoo Sun), Han Pan Ro (Jeon Kuk Hwan), dan Kim Jung Chul (Jung Hae Kyun) yang menjadi penyebab kematian ibu bapanya.

Aksi balas dendam dimulakan dengan La El mendekati Kang Yoon Kyum, suami kepada Han So Ra dan akhirnya mereka benar-benar saling jatuh cinta.
Selain itu, Seo Eun Pyung (Lee Sang Yeob) yang bertanggungjawab membantu La El untuk balas dendam dalam diam menyimpan perasaan pada wanita tersebut.

3. Fates and Furies (2019)

26a47d96 3c5f 46d8 801e 0bd6a0bba8f3

Drama Korea yang ditayangkan dalam 40 episod ini menampilkan masalah yang cukup rumit dan ditutup dengan kisah percintaan. Goo Hae Ra (Lee Min Jung) merupakan wanita yang kesempitan hidup dan tinggal bersama saudaranya.

Suatu hari saudaranya mahu bunuh diri kerana perbuatan Tae In Joon (Joo Sang Wook). Oleh sebab itulah, Goo Hae Ra akhirnya menyimpan dendam pada Tae In Joon.

Demi melakukan misi balas dendamnya itu, Goo Hae Ra mendekati Tae In Joon. Seiring dengan berjalannya waktu, timbul rasa cinta dalam hati Goo Hae Ra kepada Tae In Joon, lelaki yang mengkhianati saudaranya sendiri.

4. Whisper (2017)

b7d5adfc 86aa 401e 89c7 6035435663cc

Siri Whisper menceritakan tentang kerja sama antara detektif wanita berkarisma dengan seorang hakim yang sangat jujur. Shin Young Joo (Lee Bo Young) seorang polis wanita yang berdendam kepada Lee Dong Joon (Lee Sang Yoon).

Lee Dong Joon adalah seorang hakim yang menghukum bapa Shin Young Joo bersalah. Kemudian Shin Young Joo berusaha memerangkap dan memperalatkan Lee Dong Joon supaya mendapat bukti bahawa ayahnya tidak bersalah.

Namun, oleh sebab mereka sering bertemu, akhirnya mereka jatuh cinta antara satu sama lain.

5. Birth of a Beauty (2014)

aff48e89 8e51 4b55 95ef a6ef0d2a21d3

Birth of a Beauty menampilkan cerita balas dendam bertukar menjadi cinta yang diselimuti dengan unsur komedi. Menceritakan tentang seorang wanita yang bernama Sa Geum Ran (Han Ye Seul) yang berjuang untuk mendapat paras rupa menawan dengan pembedahan plastik.

Tindakan tersebut dilakukan demi membalas dendam kepada suaminya, Lee Gang Joon (Jung Gyu Woon). Suaminya telah berlaku diketahui curang.

Sa Geum Ran dibantu oleh seorang lelaki yang bernama Han Tae Hee (Joo Sang Wook) yang ternyata mencintai perempuan simpanan Lee Gang Joon. Namun, seiring berjalannya waktu, mereka merasa kekuatan cinta yang lebih besar daripada balas dendam.

6. Empress Ki (2013)

d4a0f0b6 05d4 474d be5d 631db80ba7fa

Drama Korea dengan nuansa istana raja ini menceritakan tentang Ki Seung Nyang (Ha Ji Won) yang mulanya menyimpan perasaan pada Raja Goryeo, Wang Yoo (Joo Jin Mo). Namun, Seung Nyang membenci Ta Hwan (Ji Chang Wook), seorang raja Yuan.

Ta Hwan disyaki menjadi penyebab kematian bapa Seung Nyang. Bahkan, dari rancangan balas dendamnya ini, dia ingin membunuh Ta Hwan. Dalam rancangan balas dendamnya itu, Seung Nyang kembali memikirkan keselamatan warga Goryeo di Istana Yuan dan akhirnya dia membatalkan misi balas dendam tersebut.

Seung Nyang mengambil kesempatan ke atas Ta Hwan yang memiliki perasaan kepadanya. Akhirnya, Seung Nyang jatuh hati dengan pengorbanan dan rasa cinta dari Ta Hwan.

7. Secret Love (2013)

73f852a7 475e 4b82 823c 1c0876285492

Jo Min Hyuk (Ji Sung) merupakan lelaki yang lahir dari keluarga kaya dan mempunyai segalanya. Dia memiliki pesona tersendiri dan juga sangat cerdas, namun sikapnya dianggap tidak mencerminkan sifat yang baik sama sekali.

Suatu hari Min Hyuk kehilangan kekasihnya akibat insiden langgar lari. Kemalangan tersebut disyaki dilakukan oleh Kang Yoo Jung (Hwang Jung Eum). Atas tuduhan tersebut, Yoo Jung disumbat ke penjara.

Tidak berpuas hati dengan hukuman penjara, Min Hyuk masih menyimpan dendam pada wanita tersebut. Sia mahu hidup Yoo Jung dipenuhi dengan penyesalan.

Semasa menjalankan misi balas dendamnya, Min Hyuk mendapati bahawa Yoo Jung adalah wanita yang baik. Dia mula jatuh cinta dan ingin melindungi Yoo Jung.

9. Prosecutor Princess (2010)

278715e2 9b0f 4c3d ae8e b22fe19b2b8b

Drama Korea ini mengisahkan tentang wanita berjaya yang menjadi pendakwa raya yang bernama Ma Hae Ri (Kim So Yeon). Kejayaannya itu adalah dengan bantuan seorang peguam misteri yang bernama Seo In Woo (Park Si Hoo).

Namun di sebalik kebaikan In Woo dan sokongannya terhadap Hae Ri, dia menyimpan niat balas dendam. Niat jahat tersebut dilakukan kerana bapanya yang dipenjarakan hingga meninggal dunia kerana dituduh membunuh. Namun, di tengah-tengah misinya itu mereka saling jatuh cinta.

8. The Innocent Man (2012)

b1176333 f4e7 4435 bd29 157d88527980

Drama Korea yang dibintangi pelakon ternama Song Joong Ki, Moon Chae Won, dan Park Si Yeon ini sangat terkenal di kalangan peminat drama Korea. Menceritakan tentang Kang Ma Roo (Song Joong Ki) yang sanggup meringkuk di penjara demi kebahagiaan Han Jae Hee (Park Si Yeon). Namun sayangnya, kekasihnya itu meninggalkannya demi lelaki kaya.

Tidak dapat menerima kenyataan bahawa dirinya dikhianati, Kang Ma Roo merancang untuk balas dendam dengan cara mendekati Seo Eun Gi (Moon Chae Woon) yang merupakan anak kepada bekas kekasihnya. Tetapi, lama-kelamaan dia mula jatuh cinta dan mula menaruh rasa simpati terhada Seo Eun Gi.

10. Temptation of an Angel (2009)

1b602f97 ea1e 4052 b2d0 5e31e9d54895

Temptation of an Angel mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Shin Hyun Woo (Han Sang Jin) yang mahu balas dendam pada isterinya, Joo Ah Ran (Lee So Yeon).

Semuanya kerana hubungan perkahwinan mereka yang sangat rumit. Shin Hyun Woo tulus mencintai isterinya, namun Joo Ah Ran memiliki tujuan tersembunyi atas perkahwinan itu.

Aksi balas dendam dilakukan Hyun Woo dengan cara pembedahan plastik dan mengambil identiti baru sebagai Ahn Jae Sung (Bae Soo Bin) atas bantuan Yoon Jae Hee (Hong Soo Hyun).

11. Time Between Dog and Wolf (2007)

e74de39c c48c 4416 9196 0ab061078ba9

Siri kali ini menceritakan tentang balas dendam yang dilakukan oleh seorang lelaki terhadap pembunuh ibunya yang mati secara tragis. Semasa Lee Soo Hyun (Lee Joon Gi) berusia 12 tahun, dia bertemu dengan gadis yang bernama Suh Ji Woo (Nam Sang Mi).

Pertemuan itu membuatkan hubungan mereka semakin dekat satu sama lain. Tanpa disangka rupa-rupanya gadis tersebut adalah anak kepada pembunuh ibunya.

12. Queen of the Game (2006)

bccbfd24 4faf 40cf bf27 d0a968eaafd3

Siri ini menceritakan tentang usaha Lee Sin Jeon (Ji Jin Mo) yang ingin membalas dendam kepada Kang Eun Sul (Lee Bo Young) kerana ayahnya yang telah membunuh ayah Lee Sin Jeon.

Segala pesona dan kemampuan diperlihatkan demi menarik perhatian Kang Eun Sul. Berniat ingin terus melancarkan misi balas dendam, dia akhirnya jatuh cinta pada Kang Eun Sul.

Jalan cerita semakin menarik apabila Kang Eun Sul mengetahui bahawa selama ini dia hanya diperalatkan oleh Lee Sin Jeon.

13. A Love to Kill (2005)

Drama korea

A Love to Kill menceritakan tentang kisah Kang Bok Gu (Rain) yang mempunyai rancangan balas dendam kepada seorang wanita yang bernama Cha Eun Suk (Shin Min Ah).

Kang Bok Gu melakukan balas dendam tersebut kerana dia beranggapan bahawa wanita tersebut menjadi penyebab nasib malang yang menimpa saudaranya.

Aksi balas dendam tersebut dimulakan dengan Kang Bok Gu yang seakan-akan bersikap baik supaya Cha Eun Suk jatuh cinta kepadanya. Namun, rancangan tersebut tidak berjalan seperti yang diinginkan kerana Bok Gu jatuh cinta pada Eun Suk.

Demikian beberapa drama Korea tentang balas dendam yang akhirnya bertukar menjadi cinta yang boleh anda tonton di waktu lapang. Selamat menonton ya!

Baca lagi: 7 Drama Korea Ini Berani Tampilkan Plot Tragis, Buat Penonton Mengamuk
Baca juga: 10 Filem dan Drama Korea Diangkat dari Kisah Lagenda Masyarakat Korea, Menarik dan Penuh Fantasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here