Kisah perjuangan para pelajar dalam drama bersiri “Duty After School” yang melawan makhluk asing membuatkan para penonton merasa tidak sabar-sabar menunggu bahagian 2. Para pelajar juga sudah semakin mahir menggunakan senjata api dan mampu menyelamatkan diri hingga berjaya mengharungi pelbagai operasi.
Mereka selalu bekerja sama dan sering berbahagi tugas supaya boleh mendapatkan markah tambahan untuk CSAT. Namun Kook Young Soo merasa terpukul kerana CSAT dibatalkan hingga dia berhalusinasi dan berniat untuk membunuh kawan-kawannya.
Dia mula berfikir bahawa dia tidak dapat mengubah nasibnya hingga melampiaskan rasa kecewanya kepada kawan-kawan yang tidak bersalah.
Berikut ini adalah tiga belas orang pelajar kelas 3-2 yang berakhir dengan sungguh tragis dan bukannya kerana diserang oleh makhluk asing tetapi dibunuh oleh Kook Young Soo. Siapakah mereka?
1. Menjadi orang kepercayaan rakan sekelasnya, Kook Young So merasakan Jo Jang So adalah makhluk asing hingga sanggup menembaknya kerana berhalusinasi
2. Kwon Il Ha diseret ke laut oleh Kook Young So kerana berusaha menyelamatkan Cha So Yeon hingga jasadnya tidak ditemukan
3. Cha So Yeon merasa terpukul dengan kematian Leftenan Lee hingga Kook Young Seo merasa dendam kepadanya dan menembaknya saat masih dalam keadaan tenat
4. Yeon Bo Ra berusaha melarikan diri bersama dengan No Ae Sol saat menyaksikan kegilaan Kook Young Soo namun dia akhirnya ditembak mati
5. Lee Soon Yi berusaha untuk melarikan diri namun dia merasa takut hingga Kook Young Soo menembaknya
6. Kim Yu Jung sebagai ketua kelas berusaha menenangkan Kook Young Soo namun Kook Young Soo terus menembak Kim Yu Jung tanpa berfikir panjang
Baca Lagi: Kerana Ingin Kelihatan Seperti Jimin BTS, Pelakon ini Meninggal Dunia
7. Kook Young Soo juga berusaha meyakinkan Choi Yeon Joo bahawa CSAT dibatalkan namun dia juga nampaknya menggadai nyawa bersama dengan kawan-kawan yang lain
8. Woo Hee Rak berusaha mengambil senapang untuk menembak Kook Young Soo namun dia tidak dapat melawan Kook Young Soo
9. Sewaktu ingin menembak Kook Young Soo, Wang Tae Man juga akhirnya terkorban
10. Jo Young Shin berakhir dengan tragis dalam keadaan terduduk tanpa sempat menyelamatkan diri
11. Kim Deok Jong rela mengorbankan nyawanya demi menyelamatkan Kim Chi Yeol dari peluru Kook Yeong Soo
12. Hong Joon Hee terkejut dengan semuanya hingga dia tidak dapat melarikan diri sewaktu Kook Young Soo menembaknya
13. Park So Yoon juga menjadi korban kegilaan Kook Young Soo hingga berakhir tragis bersama dengan sahabatnya yang lain
Semua tiga belas pelajar yang tersenarai di atas akhirnya tidak mampu meneruskan impian mereka kerana kegilaan Kook Young Soo yang ego dan mementingkan diri sendiri. Ramai juga penonton yang meluahkan kekesalan mereka kepada Kook Young Soo. Sudahkah anda menonton Duty After School Part 2 yang telah ditayangkan di Viu?
Baca Juga: 5 Filem Jerung Popular Untuk Ditonton Sebelum “The Black Demon”