Baru-baru ini drama Korea Hierarchy telah ditayangkan di Netflix dan berjaya meraih populariti. Walau drama ini dianggap tidak memenuhi harapan penonton, ternyata drama Korea ini tetap menjadi salah satu drakor yang banyak diperbincangkan oleh para peminat Kdrama.
Populariti drama ini membuatkan para pelakonnya dikenali ramai. Pada tahun ini, ada banyak drama Korea menarik yang sangat menarik. Para pelakon yang membintangi drama-drama ini juga makin dikenali selepas menjayakan drama lakonan mereka.
Berikut dibawah ini adalah 13 orang pelakon lelaki Korea mula menempa nama selepas membintangi drama Korea pada tahun 2024 ini!
1. Merupakan anak tunggal keluarga chaebol dalam Hierarchy, perilaku romantik dan layanan pada kekasih hati membuatkan Kim Jae Won menjadi pujaan para penonton dan jatuh hati
2. Melakukan aksi balas dendam, nama Lee Chae Min juga makin dikenali secara meluas hasil lakonannya sebagai pelajar biasiswa dalam drama Hierarchy
3. Masih dalam drama Hierarchy, banyak penonton yang juga fokus pada Lee Won Jung. Dia membawa watak sebagai jejaka kaya raya yang bercinta dengan gurunya
4. High School Return of a Gangster baru sahaja tamat, Yoon Chan Young berjaya mencuri perhatian para penonton hingga diminta untuk meneruskan drama ini ke musim ke 2
5. Selepas berlakon dalam The Impossible Heir, Lee Jun Young kembali lagi dengan membawa watak sebagai anak chaebol dalam drama Dreaming of a Freaking Fairy Tale bersama Pyo Ye Jin
6. Debut berlakon dalam drama melalui Uncle Samsik selepas 35 tahun bergelar pelakon, pelakon chungmuro Song Kang Ho berjaya membuatkan para penonton terpesona dan ternanti-nanti
7. Ryu Sun Jae menjadi fenomena, ramai peminat yang baru mengetahui mengenai Byeon Woo Seok kerana lakonannya sebagai pelajar dan bintang idola dalam drama popular Lovely Runner
8. Sama juga dengan Song Geon Hee yang juga menempa nama kerana wataknya yang sangat baik namun cintanya bertepuk sebelah tangan dalama Lovely Runner
9. Drama yang dibintanginya semuanya adalah sangat popular, Song Kang yang membawa watak sebagai iblis ini juga berjaya membuatkan penonton jatuh hati dengan kisah cintanya bersama Kim Yoo Jung dalam My Demon
10. Telah dinantikan sebelum ditayangkan lagi, Kim Soo Hyun menjadi perhatian para peminat drama Korea kerana dia membintangi Queen of Tears bersama Kim Ji Won
11. Walau membawa watak antagonis yangembuatkan penonton naik darah, nama Park Sung Hoon juga turut melambung tinggi kerana drama Queen of Tears
12. Tidak ketinggalan, Kwak Dong Yeon yang kerap menjadi scene stealer dalam Queen of Tears kerana wataknya yang menarik dan menghiburkan
13. Viral kerana wataknya sebelum ini dalam drama yang dibintangi, Lee Yi Kyung mengejutkan ramai apabila dia membawa watak sebagai lelaki jahat dalam drama Marry My Husband
Drama-drama mereka meraih populariti luar biasa, para pelakon lelaki Korea ini semua juga mendapat perhatian yang sangat tinggi dari para penonton. Mereka berjaya menaikkan nama mereka dan juga semakin dikenali secara meluas.