Home Entertainment 13 Pilihan Filem Seram Korea Menarik

13 Pilihan Filem Seram Korea Menarik

0

Selain kisah romantik, Korea juga memiliki banyak filem seram yang menarik untuk ditonton. Banyak filem seram Korea yang berjaya memberi sensasi seram dan menakutkan dan membuatkan para penonton masih terbayang-bayang setiap babak yang menegangkan.

Sejak tahun 2000-an, filem seram Korea tampil dengan cerita yang lebih pelbagai dan penuh variasi. Namun, para pembuat filem tetap mengutamakan ciri khasnya tersendiri.

Kejayaan filem Korea dipengaruhi oleh beberapa faktor, salah satunya adalah pengarah yang hebat dan cukup kreatif. Selain itu, sinematografi dan pembawaan karakter juga telah berjaya menaikkan populariti filem seram Korea di pasaran.

Jom sama-sama kita lihat senarai filem Korea seram seperti di bawah ini:

 

1. The Piper

Filem seram korea

The Piper ialah filem seram thriller Korea Selatan 2015 yang diilhamkan oleh legenda Pied Piper of Hamelin. Menceritakan tentang masa perang Korea yang dilakonkan oleh Woo-Ryong (Ryoo Seung-Ryong) dan anaknya Young-Nam (Goo Seung-Hyun). Mereka pergi ke Seoul untuk mengubati si anak yang menderita tuberkulosis.

Sepanjang perjalanan ke sana, mereka menemui jalan yang tidak jelas dan samar dekat lereng gunung. Woo-Ryong memutuskan untuk melalui jalan tersembunyi itu. Setelah itu, Woo-Ryong dan Young-Nam menemui sebuah kampung. Kampung itu tampak makmur dan damai.

Penduduk kampung dipimpin oleh seorang ketua kampung (Lee Sung-Min). Woo-Ryong mengetahui bahawa kampung itu adalah tempat yang indah untuk dihuni. Tetapi masalahnya, tempat itu penuh dengan tikus yang mengganggu pertanian para penduduk.
Hingga suatu hari, Woo-Ryong meniup seruling yang mempunyai kemampuan luar biasa.

Dia menawarkan diri untuk membasmi tikus dan ketua kampung menawarkan sejumlah bayaran sebagai upahnya. Selama berada di kampung itu, Woo-Ryong juga jatuh cinta pada seorang dukun muda (Chun Woo-Hee).
Saat semuanya kelihatan baik-baik sahaja, mimpi buruk Woo-Ryong sebenarnya baru sahaja bermula.

2. The Silenced

c2835b61 729c 4bee a5a9 6217897b1183

The Silenced merupakan filem seram Korea dengan latar tahun 1938, iaitu semasa pendudukan Jepun. Ju-ran (Park Bo-young) adalah seorang gadis muda yang kurang sihat yang dipindahkan ke sebuah tempat rawatan yang merupakan asrama perempuan untuk memulihkan kesihatannya.

Keadaan fizikalnya mula sembuh dengan bantuan kawan barunya, Yeon-deok, dan program rawatan khusus ketua tempat tersebut. Tapi, dia telah menyedari bahawa pelajar-pelajar di sekolahnya mula hilang seorang demi seorang. Tubuhnya sendiri sedang mengalami perubahan yang tidak normal.

Bertekad untuk mengungkap kebenaran, Ju-ran mula menyiasat kejadian misteri yang berkemungkinan berhubungan dengan pihak sekolah.

3. Warning: Do Not Play

2a266f02 b585 4f3a 84a0 973c22b2d3cc

Filem seram Korea ini menceritakan tentang pengarah baru, Park Mi-jung (Seo Yea-ji) yang ingin membuat sebuah filem seram.
Menceritakan tentang filem seram yang dilarang 8 tahun lalu karya pengarah Kim Jae-hyun (Jin Seon-kyu).

Kerana perasaan ingin tahu, Mi-jung memutuskan untuk menyiasat mengapa filem tersebut dilarang pada masa lalu. Dia berharap untuk mendapat inspirasi setelah mengetahui kebenarannya. Sinematografi filem ini dikatakan cukup hebat dan layak untuk dinikmati.

4. The Divine Fury

7b41335e f100 4a71 a014 d87930ba709e

Filem seram Korea bertemakan supernatural ini menceritakan tentang seorang atlet MMA yang mendapat kekuatan menghapuskan iblis selepas mengalami mimpi aneh. Yong-hoo (Park Seo-joon) sangat bencikan Tuhan sejak dia kecil lagi. Kerana semasa kecil, doanya untuk menyelamatkan ayahnya tidak dikabulkan oleh Tuhan.

Setelah menyertai pertandingan di luar negara, Yong-hoo tiba-tiba mengalami mimpi aneh. Di sana, dia bertemu ayahnya yang sudah meninggal dunia. Namun, sewaktu terjaga, Yong-hoo mendapati terdapat luka di tangannya.

Luka di tangannya berbentuk stigmata, kemudian dia memiliki kekuatan untuk melawan kekuatan iblis jahat. Namun, perkara itu membuatkan Yong-hoo merasa tidak aman sehingga dia meminta bantuan seorang pastor.

Di sana, dia bertemu dengan Ahn (Ahn Sung-ki), seorang pastor yang juga pengusir syaitan dari Itali. Melihat luka di tangan Yong-hoo, pastor tersebut menganggap tanda itu merupakan sebuah anugerah. Hingga mereka berdua akhirnya bekerjasama untuk melawan iblis di Korea.

5. The Call

6e546c76 7b22 4f0b bfa4 1da99ea5ef7c

Filem seram Korea yang ditayangkan di Netflix ini menceritakan tentang dua orang wanita yang hidup di zaman berbeza.
Seo-Yeon (Park Shin-Hye) hidup di masa sekarang dan Young-Sook (Jun Jong-Seo) hidup di masa lalu. Mereka berhubung melalui satu panggilan telefon.

Pada awalnya, Seo-Yeon berharap hubungan tersebut dapat mengubah kehidupan keluarganya. Dia berusaha menyelamatkan ayahnya dengan bantuan Young-Sook, sehingga kehidupannya lebih bahagia. Namun, perkara tersebut membuat kehidupan Seo-Yeon menjadi kacau bilau. Nyawanya mula terancam kerana panggilan telefon tersebut.

6. Gonjiam: Haunted Asylum

3c29bfbc 4824 47ec a55c f6ea65f9eb5b

Pada tahun 1979, seramai 42 pesakit di Hospital Mental Gonjiam bunuh diri dan pengarah hospital pula hilang. Kejadian itu membuatkan hospital tersebut ditutup dan tidak digunakan lagi. Kerana hospital tersebut tidak digunakan lagi, banyak desas-desus dan cerita aneh tentang Hospital Gonjiam tersebar.

Hospital tersebut diyakini sebagai tempat paling seram di Korea. Perkara itu pun membuatkan seorang Youtuber, Ha-joon (Wi Ha-joon) tertarik untuk membuat konten seram di Hospital Gonjiam. Dia mengajak 6 orang rakannya untuk melakukan streaming video di lokasi tersebut.

7. The Wailing

3abd0189 3ba2 40c5 912e 24e636be660e

The Wailing merupakan salah satu filem seram Korea terbaik sepanjang zaman yang pernah dihasilkan di Korea. Di sebuah kampung yang kelihatan sangat damai, terjadi sebuah wabak yang sangat aneh. Dimana penduduknya mati secara kejam dan cukup misteri. Polis menyimpulkan cendawan liar beracun adalah penyebab kematian tersebut.

Pegawai Polis Jong-Goo (Kwak Do-Won) mendengar desas-desus dari rakan sekerjanya tentang seorang lelaki Jepun yang misteri (Jun Kunimura) yang tinggal berdekatan. Khabar angin menyatakan lelaki Jepun itulah yang menyebabkan kematian misteri tersebut.

Pada awalnya Jong-Goo tidak yakin dengan cerita tersebut. Hinggalah sewaktu dia bertugas, dia bertemu dengan Moo-Myeong (Chun Woo-Hee). Dia memberitahu Jong-Goo bahawa dia melihat lelaki Jepun itu sewaktu memeriksa tempat kematian terakhir yang berlaku. Keraguan Jong-Goo tentang lelaki itu mula muncul sedikit demi sedikit.

Anak perempuan Jong-Goo, Hyo-Jin, kemudian mempunyai gejala gangguan mental, seperti para penduduk kampung yang lain yang terkena wabak tersebut.
Jong-Goo menjadi putus asa. Dia menuju ke pegunungan untuk mencari rumah lelaki Jepun itu. Sementara itu, ibu mertuanya memanggil seorang dukun, Il-Gwang (Hwang Jung-Min), untuk melakukan ritual pengusiran syaitan pada Hyo-Jin.

8. A Tale of Two Sister

03bde797 b2aa 4203 b76e e08022dc8578

Soo-Mi (Lim Soo-Jung) dan Su-Yeon (Moon Geun-Young) kembali ke rumah setelah mendapat rawatan di hospital dalam tempoh yang lama. Mereka merasa semua perkara tidak sama lagi semenjak kematian ibu kandung mereka. Mereka kini tinggal dengan ibu tiri Eun-Joo (Yum Jung-Ah).

Soo-Mi, memiliki sifat yang kuat dan tidak takut untuk mengutarakan pendapatnya tentang masalah keluarga mereka. Su-Yeon pula lebih pemalu dan waspada terhadap ibu tiri mereka. Dia selalu meminta bantuan Soo-mi apabila ibu tiri mereka melayannya secara tidak adil.

Soo-Mi berjanji pada Su-Yeon bahawa dia tidak akan pernah membiarkan ibu tiri mereka memukulnya lagi. Perkara yang tidak dapat dijelaskan mula terjadi di rumah.
Sesuatu telah berubah, tidak ada yang tahu apakah itu, tetapi dua bersaudara ini boleh merasakannya. Filem seram Korea ini mengfokuskan tema psikologi misteri.

9. 0.0 MHz

e400f2a4 281c 4625 8494 5b4fd291f06f

Dibintangi oleh Jung Eunji, filem seram Korea ini menceritakan tentang sekumpulan individu yang bergabung dalam kelab untuk menganalisis fenomena supernatural. Kumpulan ini sangat berkobar-kobar untuk mengunjungi rumah yang diyakini paling seram.

Sesampainya di sana, mereka berangkat untuk menguji adakah hantu dapat dihubungi melalui gelombang otak manusia yang mencapai frekuensi 0.0 Mhz atau tidak.

Baca lagi: 15 Filem Seram Thailand Terbaik Yang Menakutkan

10. The Doll Master

899f0603 cf88 47e6 ab39 fd7ec10bdc87

Filem ini merupakan filem seram Korea yang menceritakan tentang sosok aneh di sebalik anak patung lama. Anak patung ini ditemui di muzium anak patung terpencil. Beberapa orang pengembara mengunjungi tempat ini untuk merasakan pengalaman seram dalam sesebuah muzium.

Tidak disangka, ternyata koleksi anak patung di tempat itu cukup aneh dan mengerikan. Bahkan, terdapat seorang lelaki yang dirantai di tingkat bawah secara rahsia. Filem ini dibintangi oleh Mi Na (Im Eun Kyung) dan Hae Mi (Kim Yoo Mi) dengan watak yang cukup menarik.

11. The Mimic

4520ce7c 0305 4ed0 817e 796ff36aec64

Filem seram Korea ini menceritakan tentang hubungan antara seorang ibu dan seorang anak yang telah lama hilang. Pada suatu hari, Yum Jung-ah (Hee-yeon) menemui seorang kanak-kanak perempuan yang hilang di hutan dan membawanya pulang untuk tinggal bersama.

Ternyata, kelakuan kanak-kanak itu mirip dengan anak kandungnya yang telah lama hilang. Semakin lama, dia menyadari bahawa ada perkara aneh mengenai kanak-kanak yang ditemuinya ini. Adakah ini ada kaitan dengan kejadian tragis anaknya yang hilang tersebut?

12. White: Melody of the Curse

d27c1cbb 6619 4a44 a17f cad89ce89e84

Dunia K-pop tidak selalu dipenuhi dengan glamour seperti yang selalu kita lihat. Filem yang bertajuk White: Melody of the Curse ini menceritakan tentang beberapa orang gadis yang ingin menjadi penyanyi dalam sebuah kumpulan muzik. Segalanya bermula dengan penemuan sebuah tape fiem yang dipenuhi dengan lagu-lagu. Perkara inilah yang menjadi titik tolak mereka untuk membentuk sebuah kumpulan muzik.

Namun, hidup menjadi seorang idola tidak semudah yang disangkakan. Kerana faktor tekanan dari orang sekeliling, kemudian ada diantara mereka yang melakukan tindakan bunuh diri. Situasi ini membuatkan timbulnya beberapa perkara mistik dalam kumpulan muzik tersebut. Seorang demi seorang mula menemui nasib yang mengerikan.

13. The Closet

c53b5ef0 96b7 4c91 8930 2c49ef53d7c0

Filem seram Korea The Closet menceritakan tentang roh yang tinggal di dalam sebuah almari lama. Sang-won, seorang duda, pindah ke sebuah rumah baru bersama anak perempuannya, Ina. Ina mempunyai kawan imaginasi yang menemaninya bermain sepanjang waktu. Banyak kejadian mistik yang mengarah kepada kewujudan almari lama di dalam rumahnya itu. Sebuah rahsia lama akan terbongkar di sebalik almari tersebut!

Dalam filem seram Korea, emosi adalah perkara penting dari segala aspek. Dalam perkara ini, para pembuat filem Korea akan menyajikan sebuah konsep kreatif yang ‘membingungkan’. Biasanya akan menekankan tentang balas dendam dengan kekerasan, watak dengan gangguan tertentu, dan tentunya jalan cerita yang luar biasa.

Berbeza dengan filem seram Amerika, tema filem akan lebih banyak mencerminkan dan mengungkapkan masalah dalam masyarakat.
Termasuk cerita klasik, sistem pendidikan, dan obsesi terhadap status sosial tertentu.
Demikian sahaja pilihan filem seram Korea terbaik yang boleh dijadikan ditonton tontonan anda.

Baca lagi: 15 Filem Seram Termahal Yang Pernah Dibuat
Baca juga: 11 Filem Seram Korea, Pasti Meremang Bulu Roma