Home Entertainment 13 Watak Wanita Yang Paling RED FLAG dan Menyakitkan Hati dalam Kdrama

13 Watak Wanita Yang Paling RED FLAG dan Menyakitkan Hati dalam Kdrama

0

Karakter wanita yang sangat RED FLAG dalam drama siri Korea!!

Kewujudan karakter antagonis dalam drama Korea membuatkan jalan cerita semakin menarik dan bertambah tegang kerana konflik yang watak-watak ini ciptakan. Salah satu sifat yang melekat dengan karakter antagonis adalah sikap toksik yang sangat manipulatif pendek kata, red flag!

Red flag” menandakan sesuatu yang buruk dan harus dihindari. Orang dengan sifat red flag biasanya memiliki hubungan yang toksik, baik hubungan asmara ataupun berkawan.

IMG 2124Dalam drama Korea, terdapat beberapa watak red flag yang membuat para penonton sangat emosi. Berikut ini merupakan karakter wanita yang sangat red flag dalam drama siri Korea. Jom sama-sama kita lihat!

8e9a0d60 4966 445d 8f9a 8d3e12b014ee1. Dalam drama siri Cheese in The Trap (2016), Baek In Ha (Lee Sung Kyung) digambarkan sebagai seorang wanita pemalas yang suka hidup mewah dan sering berganti teman lelaki demi mendapatkan duit dan kekayaan

94cf89ba 479c 44a6 91d4 fdbc7b084b592. Sharon (Seo Ji Hye) dalam drama Black Knight: The Man Who Guards Me (2017) digambarkan tidak dapat move on dan sering mengganggu hubungan bekas teman lelakinya dengan kekasih baru lelaki itu

47e5d334 c02a 470f 8796 766fb4fe234f3. Dalam drama siri ID: Gangnam Beauty (2018), Hyun Soo Ah (Jo Woo Ri) ditonjolkan sebagai pelajar yang manis dan bersikap baik di depan rakan-rakannya, namun ternyata dia sebenarnya adalah manusia yang bermuka-muka

866e7d06 2ac6 40dd aafc 780b07bdae294. Kang Ye Seo (Kim Hye Yoon) merupakan pelajar yang sangat pintar dan bercita-cita tinggi hingga sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai apa yang diinginkan dalam siri drama SKY Castle (2018)

ee8b7540 cb7b 444a bf92 aa2b76853bba5. Bijak dan menawan, Kang Su Jin (Park Yoo Na) yang pada mulanya berhati baik berubah menjadi jahat ketika jejaka yang disukainya mencintai sahabatnya sendiri dalam drama siri True Beauty (2020)

c20e1bc5 f64b 48b3 9b50 91f5eb90b2e56. Dalam drama Mr. Queen (2020), watak Jo Hwa Jin (Seol In Ah) merupakan watak yang menyakitkan hati dan suka bersikap cemburu tidak bertempat hingga menyusahkan orang lain

Baca Lagi: 5 Pelakon Korea Yang Menolak Adegan Ranjang

a11956c0 26e5 49b9 a675 7ec6a711a01e7. Sangat ego dan pemarah, Seo Ji Wan (Yoon Seo Ah) dalam drama Nevertheless (2021) bersikap sesuka hati dalam menjalin hubungan tanpa mempedulikan perasaan pasangannya

52c72b55 dd6b 4808 86a2 556bd08016fd8. Setelah berjaya berkahwin dengan insan yang dicintainya, Cheon Seo Jin (Kim So Yeon) sanggup pula berlaku curang dengan jejaka yang lebih kaya dan mahu menjadi wanita yang paling hebar dalam drama Penthouse (2021)

af6deab7 fa5f 438d 9834 8e8d443f45a29. Demi menjadi yang terbaik, Ha Eun Byeol (Choi Ye Bin) rela melakukan apa sahaja dan berusaha untuk menyingkirkan lawannya yang berjaya mengalahkannya dalam drama siri Penthouse (2021)

401872f6 38eb 4844 a5b3 362bda06d66f

10. Dalam drama siri All of Us Are Dead (2022), Lee Na Yeon (Lee Yoo Mi) merupakan seorang gadis yang ego kerana dia hanya mementingkan keselamatan dirinya sendiri hingga sanggup mengorbankan kawannya

b8f4a155 33f2 4936 bc76 ca10ade6f40511. Pernah menjadi kaki buli, Park Yeon Jin (Lim Ji Yeon) telah berkahwin dan hidup serba serbi cukup namun dia sanggup berlaku curang dengan sahabatnya sendiri dalam drama siri The Glory (2022)

f8026c16 612f 4f25 ac75 170e9b87c59f12. Bang Su A (Kang Na Eon) dalam drama Crash Course in Romance (2023) digambarkan sebagai seorang pelajar yang sangat mementingkan diri sendiri dan tidak mahu menerima kekalahan dan selalu ingin menjadi yang pertama dalam segalanya

26e4f336 b65e 49ad 9c11 3f9f200b028913. Selain menjadi perampas, Jo Eun Kang (Seo Ji Hye) dalam drama Red Balloon (2023) juga mengkhianati sahabatnya sendiri dan selalu berpura-pura seperti dialah mangsa yang sebenarnya (play victim)

Bukan hanya dalam drama sahaja, pelbagai perangai red flag yang tersenarai di atas juga sering kita temui dalam kehidupan seharian. Jangan sampai kita pula meniru sikap dan watak mereka yang tidak baik ya!

IMG 2126Baca Juga: 5 Pelakon Korea Yang Berkahwin Dengan Suami Kaya Raya