Home Entertainment 13 Zombie Korea Yang Wajib Anda Tonton

13 Zombie Korea Yang Wajib Anda Tonton

0

Jika anda peminat ‘K-Zombies’, kami mengesyorkan anda mencuba filem Zombie Korea berikut:

1. KINGDOM (2019-2020)

46824D14 CB4D 4976 BC18 76EB5594571F

Berdasarkan siri webtoon The Kingdom of the Gods. Berlatarkan abad ke-16, pada zaman Joseon yang menggabungkan aksi-aksi thriller politik dan elemen seram. Fokus kepada anak raja yang menyiasat komplot terhadap pegawai-pegawai istana yang menyembunyikan penyakit bapanya yang sebenarnya telah dijangkiti oleh sejenis parasit tumbuhan.

Terdapat 12 episod dari musim 1 dan 2 (akan ada musim ke 3 yang belum diketahui tarikh tayangan sebenarnya) dan 1 “spin-off” episod istimewa bertajuk “Ashin of The North”

2. KINGDOM: ASHIN OF THE NORTH

2689F252 5D28 4B94 B05A DFE77FC02E9DEpisod khas untuk Kingdom: Ashin of The North adalah prekuel kepada Kingdom (2019-2020), menceritakan kisah tanaman kebangkitan yang menyebabkan orang menjadi Zombie. Berdurasi 92 minit dan dibintangi oleh Jun Ji-hyun sebagai Ashin, orang yang paling dikehendaki sebab dia adalah punca bagaimana bunga yang boleh menghidupkan orang yang telah mati itu ditanam dan dia juga mengetahui rahsia tumbuhan tersebut.

3. ALL OF US ARE DEAD (2022)

1DD01B4B 8C1E 4A1A BB9F 5E399D368DD1

Kisah ini tidak hanya mengfokuskan tentang virus dan Zombie sahaja, tetapi plot ceritanya disusun dengan kemas dari segi penyampaian cerita dan karakter-karakternya.

Sedikit demi sedikit bagaimana virus ini mula tersebar; kenapa ia disebarkan; oleh siapa kepada siapa; kisah pengkhianatan serta persahabatan; politik sekolah; isu buli; sistem pendidikan yang korup; kasih sayang seorang bapa kepada anaknya. Dan akhirnya semestinya yang masih bertahan, perlu terus berjuang untuk hidup.

Terdapat 12 episod bagi musim pertama dan selepas 5 bulan, Netflix telah mengumumkan bahawa ‘All of Us Are Dead’ akan kembali untuk musim kedua.

4. Sweet Home (2020)

3F405FA9 AFCD 466B 9B72 E6EEA5A43427

Diadaptasi daripada webtoon popular dengan nama yang sama oleh Kim Carnby dan Hwang Young-chan, siri ini mengisahkan pelajar sekolah menengah bermasalah Cha Hyun-soo, lakonan Song Kang. Cha dan seluruh penduduk Green Home tidak lama lagi mendapati diri mereka dikelilingi oleh raksasa yang ingin menghapuskan manusia.

Namun semua penghuni terperangkap di dalam apartmen dan tidak dapat keluar ke mana-mana pun. Mereka menyedari bahawa raksasa yang menyebarkan virus sehingga menyebabkan manusia bertukar menjadi zombie sedang mengintai dan mencari mangsanya. Bersama-sama, mereka melawan makhluk yang dahagakan darah ini dan cuba menyelamatkan nyawa mereka.

Terdapat 10 episod bagi musim pertama. Sweet Home juga akan kembali untuk musim kedua yang dijangkakan akan ditayangkan pada tahun 2023.

5. HAPPINESS (2021)

3BCE2DB2 FA70 48DC 8B92 CD23869B9628

Siri zombi sebanyak 12 episod ini mengisahkan sebuah bandar besar semasa berlakunya pasca apokaliptik, terdapat satu bangunan pangsapuri yang baru dibina ketika bandar tersebut sedang diserang wabak penyakit yang mematikan (yang dijangkiti akan berubah menjadi seperti zombie dan kehausan darah!).

Menariknya penjualan pangsapuri tersebut dibahagikan berdasarkan status sosial pembelinya. Tingkat paling tinggi dan tertutup dibuka untuk jualan kepada golongan yang kaya manakala tingkat bawah disewakan kepada golongan sederhana dan lebih mudah terdedah kepada serangan wabak penyakit tersebut.

6. PENINSULA (2020)

3E9E437B 7DBB 45B2 923D 3A3A89606910

Peninsula (sekuel Train To Busan) adalah filem thriller yang diarahkan oleh Yeon Sangho mengisahkan tentang bekas askar ‘Jung Seok’ (Gang Dongwon) dan pasukannya dalam misi untuk mendapatkan trak yang membawa USD 20 juta dari semenanjung Korea dimana kawasan kepulauan itu kini didiami oleh zombi.

7. #ALIVE (2020)

63BE0D2C C2A4 4D3C BB45 6F66EC2E6D7F

Filem Alive dibintangi oleh Yoo Ahin dan Park Shinhye, mengisahkan tentang sebuah bandar yang terancam disebabkan wabak zombi. Joon Woo (Yoo Ahin) dan Yoo Bin (Park Shinhye) bergelut untuk bertahan dalam kompleks kediaman yang dikuarantin dimana ia dikelilingi oleh mereka yang dijangkiti virus itu.

Apabila keadaan menjadi tidak terkawal dan semua alat komunikasi terputus, semakin ramai manusia berubah menjadi raksasa yang mendahagakan darah.

8. THE ODD FAMILY: ZOMBIE ON SALE (2019)

51CB37DD 0761 4BF3 B341 D8217EEE6F73

Filem komedi zombi The Odd Family: Zombie on Sale mengisahkan tentang Hyun Woo (Jung Garam) yang berubah menjadi zombi akibat dari kesilapan ujikaji manusia.

Hyun kemudian diperalat oleh sebuah keluarga dan menggunakan kelebihan Hyun demi mengaut keuntungan daripadanya kerana setiap gigitannya tidak mengubah manusia lain menjadi zombi, mereka malah berubah lebih sihat dan yang tua pula merasa lebih muda.

9. HORROR STORIES (2012)

D282F0D9 E0AD 4716 9FFC 0742202FD8EEFilem ini terdiri daripada 4 filem pendek yang diarahkan oleh 5 pengarah. Di antara 4 filem ini adalah, “Sun and Moon”, “Fear Plane”, “Kongji”, “Patzzi” dan “Ambulance”.

Seorang gadis sekolah menengah (Kim Jiwon) yang diculik oleh seorang pembunuh (Yoo Yeonseok) telah dipaksa menceritakan empat kisah seram kepadanya tidak ingin dibunuh.

Dan kisah seram terakhir yang diceritakannya bertajuk “Ambulance” berkisar tentang wabak zombi yang telah menyerang sebuah bandar di mana lima mangsa yang terselamat menaiki ambulans dan meninggalkan tanda tanya jika ada antara mereka yang telah dijangkiti atau tidak sedangkan mereka terperangkap bersama dalam ambulans tersebut.

10. TRAIN TO BUSAN (2016)

D38BE2BA F32C 4ACC A227 C2847C5C696A

Mengisahkan Seok Woo yang dilakonkan oleh Gong Yoo harus bertarung antara hidup dan mati untuk bertemu dengan anak serta isterinya saat wabak zombie menyerang. Tatkala Goo Yoo ingat keretapi yang dinaiki itu cukup selamat, dia mendapati sekumpulan manusia juga sedang bertarung nyawa di atas keretaapi laju yang dipenuhi zombi menuju ke salah satu tempat selamat terakhir di Busan, Korea.

11. THE WAILING (2016)

7C7D0ABD 5573 4537 BEC6 6565C21F63F0

Satu siri kejadian aneh dan mengerikan telah berlaku di sebuah desa terpencil di pergunungan Gokseong Korea.

Seorang warga tua berasal dari Jepun disyaki terlibat dengan beberapa siri pembunuhan dan kematian misteri yang berlaku di desa itu.

12. RAMPANT (2018)

B62074FF E0EC 4DEB A00F D9FB71C3B477

Filem ini dibintangi oleh Hyun Bin, Jang Dong Gun, dan Kim Tae Woo. Mengisahkan Putra mahkota Dinasti Joseon, Lee Young (Kim Tae Woo), merancang membeli senjata arquebuses buatan Eropah untuk melawan askar Dinasti Qing.

Namun, tindakannya dihalang oleh penasihat kerajaan Kim Ja Joon (Jang Dong Gun) yang malah menganggap tindakan Lee Young adalah sebagai pemberontakan.

Bermula dari sini, Ja Joon mendapati bahawa ia bukan sekadar jual beli senjata sahaja tetapi orang-orang Eropah ini juga telah menyeludup masuk sekumpulan makhluk pemakan daging di dalam kapal mereka.

13. ZOMBIE DETECTIVE (2020)

81183493 1141 455F A870 DFA712CCEADE

Drama bergenre horror, misteri, komedi, thriller dan fantasi sebanyak 12 episod ini mengisahkan Kim Moo Young (Choi Jin Hyuk) yang telah hidup selama dua tahun sebagai zombie dan dia cuba untuk menyesuaikan dirinya menjadi manusia biasa.

Suatu hari, Moo Young pergi ke dunia manusia untuk menyiasat satu pembunuhan yang dia saksikan ketika berada di dalam hutan yang dia tinggal. Di bandar tersebut Kim Moo Young menjumpai pejabat Detektif yang dibunuh dan dicampak ke dalam gaung di hutan sebelum itu dan dia menggunakan identiti Detektif tersebut untuk hidup di dunia manusia dan sekaligus menggunakan peluang tersebut untuk mengingati masa silamnya.

Bermula dari situ, Moo Young pun bertemu dengan Gong Sun Ji (Park Joo-hyun) seorang penulis program televisyen yang kebetulan sedang menyiasat satu kes misteri. Rupanya kes yang Sun Ji tengah selidik tu ada kaitan dengan masa lalu Moo Young.

Baca Lagi: Filem Seram Indonesia Yang Wajib Ditonton

Baca Juga: Won Bin 13 Tahun Menyepi