Home Entertainment 14 Kdrama 2023 penuh teori dan misteri

14 Kdrama 2023 penuh teori dan misteri

0

Kim Tae-hee akhirnya muncul kembali melalui drama siri terbaru Lies Hidden in My Garden bersama Lim Ji Yeon. Kdrama siri tersebut mengisahkan tentang kehidupannya yang berubah menjadi penuh ketakutan setelah kematian saudaranya. Lebih mengganggu hidupnya adalah bau busuk yang menyengat dari halaman belakang rumahnya yang juga menjadi misteri.

Kdrama siri thriller dan misteri akan membuat para penonton ikut sama pening dan berfikir lebih dalam kerana kisahnya yang mempunyai banyak teka-teki. Walaupun begitu, Kdrama siri seperti itu tetap mempunyai daya tarikan tersendiri bagi para peminatnya.

Berikut ini merupakan 14 Kdrama siri tahun 2023 yang membuatkan para penontonnya memerah otak untuk berfikir tentang teori dan misteri yang ada, jom sama-sama kita lihat:

5563d984 67bd 4c65 aba8 a5b8afde29191. Lies Hidden in My Garden mengisahkan tentang kehidupan dua orang wanita yang mempunyai latar belakang yang sangat berbeza. Misteri pembunuhan dan bau busuk di halaman rumah juga sangat berjaya menambah elemen misteri yang membuatkan fikiran para penonton kusut

efd915cf ef10 429b b393 8c9f7cf6cd1a2. Dibintangi oleh Yeri Red Velvet, Bitch X Rich adalah mengenai kehidupan pelajar di sebuah sekolah elit. Konflik drama ini bermula dari tragedi seorang pelajar yang jatuh dari bumbung sekolah

60967d73 6c67 44b6 940a cdd02b5dc0243. Menceritakan tentang kes pembunuhan, My Perfect Stranger mengusung kisah pengembaraan waktu yang dilakukan oleh pembaca berita dan editor novel

8ae73b59 6eb1 44da a22f a2e7a22d7fec4. Big Bet yang terdiri daripada dua bahagian mengikuti perjalanan hidup seorang lelaki miskin yang menjadi raja kasino. Suatu hari, dia dituduh sebagai suspek pembunuhan

2c685bab 624c 42bc 955c 69383e4a53d65. Battle for Happiness mengisahkan tentang tiga orang wanita yang bersaing mencari kebahagiaan. Namun, salah seorang dari mereka berakhir dengan mati dibunuh

77a0cedc a4f8 40bf aa9b 88edc6c847d66. Sedang ditayangkan, Delightfully Deceitful menampilkan kerja sama seorang peguam dan penipu yang licik dalam mengungkap kebenaran tentang sebuah organisasi

2455677b 19d3 4699 8594 af62d62939097. Baru disiarkan pada 23 Jun 2023, Revenant menampilkan kisah individu-individu yang menyiasat kejadian aneh yang disebabkan oleh roh jahat

cb92f6e5 a1f9 4d6b 92ea e767ef90fddb8. Missing: The Other Side 2 meneruskan kisah musim pertamanya mengenai kampung roh orang mati yang baru yang dihuni oleh roh-roh yang jasad masih lagi hilang

8a2369f9 166b 4eed b474 be667c8a47b3 19. Walau genre romantik komedi, The Secret Romantic Guesthouse tetap mempunyai banyak teori tentang keluarga diraja yang telah digulingkan

db57f564 09d8 4b88 9e88 20da4cadd79710. Banyak plot twist, Pandora berkisar tentang seorang wanita yang hidupnya berubah selepas ingatannya kembali pulih. Bangkit balas dendam atas kehancuran hidupnya

3e00647a 51cc 4779 839c ae95b62dd41c11. Di samping misteri tentang persahabatan dewa gunung, Tale of the Nine Tailed 1938 menghiburkan ramai penonton dengan adegan komedinya

4dac8fc6 573c 476d 86d6 0abbe7a278ad

12. Mempunyai dua bahagian, Decoy menceritakan tentang seorang peguam yang akhirnya menjadi detektif untuk mencari pembunuh adiknya

27a36bc6 bdbc 4c5e a4c3 5eb87ec66f0713. Our Blooming Youth fokus kepada the wanita bangsawan yang mengungkap kebenaran dari kematian keluarganya

Kdrama 14. Ditayangkan pada awal tahun ini, Trolley menceritakan tentang kisah seorang isteri ahli politik yang menyimpan rahsia tentang keluarganya

Kisah yang ditampilkan oleh Kdrama 2023 yang tersenarai di atas pasti tidak akan membuatkan anda bosan. Anda akan diajak untuk berfikir dengan teliti mengenai kisah misterinya yang penuh dengan plot twist.

Baca lagi: “Celebrity” Mendedahkan Sisi Gelap Influencers
Baca juga: Ending “Celebrity” – Muncul Sebagai Cameo, Siapakah Lee Junho 2PM