Terdapat banyak Kdrama yang mengaitkan tentang kematian orang kesayangan. Semua orang pasti akan merasai mati. Proses yang terjadi untuk sesebuah kematian juga datang dengan bermacam-macam cara, contohnya meninggal dunia kerana penyakit, kemalangan dan lain-lain lagi.
Namun, ada pula yang kehilangan nyawa dan ditarik hak untuk hidup kerana dibunuh oleh orang lain.
Pembunuhan yang berlaku membuatkan orang sekeliling terutamanya ahli keluarga semakin merasa kehilangan dan hancur hati.
Bagaimana mungkin tidak, mereka merasa bersalah kerana tidak dapat melindungi orang-orang yang disayangi.
Drama-drama dibawah ini mendalami emosi watak-watak, meneroka tema kesedihan, pengampunan, dan penyembuhan. Ia menggambarkan bagaimana kehilangan orang tersayang boleh menjejaskan orang dalam cara yang berbeza dan cara mereka menghadapi akibatnya.
Berikut ini merupakan 14 watak dalam Kdrama siri pada tahun 2023 yang kehilangan keluarganya akibat dibunuh:
1. Cheon Moo Yeong (Ryu Kyung-soo) memutuskan untuk membalas dendam selepas kehilangan saudaranya yang dibunuh oleh sahabatnya dalam Kdrama Tale of Nine Tailed 1938
2. Ayahnya telah dibunuh sebelum dia lahir, Choi Kang Ho (Lee Do Hyun) dihantar masuk ke sekolah undang-undang oleh ibunya dalam The Good Bad Mother
3. Kehilangan adik sendiri di depan mata, Yoon Sa Wol (Kang Yoo Seok) memilih untuk menjadi ‘penghantar’ untuk mencari pembunuh adiknya dalam Kdrama siri Black Knight
4. Setelah ayahnya mati dibunuh, Lee Seol (Ryeoun) hidup sebagai pelarian dan perlu bersembunyi dalam drama siri The Secret Romantic Guesthouse
5. Sewaktu kecil, Shin Ha Ru (Jung Yong Hwa) telah kehilangan kedua-dua orang tuanya sekaligus kerana dibunuh oleh psikopat dalam Kdrama siri Brain Works
6. Pada awalnya dia adalah seorang peguam, Gu Do Han (Jang Geun Suk) beralih untuk menjadi detektif bagi menyiasat kes pembunuhan adiknya dalam drama siri Decoy
7. Seo Young Min (Yoon Chan Young) mula menjadi pemandi teksi untuk memenuhi keperluannya setelah ibunya dibunuh dalam Delivery Man
8. Joo Yeo Jeong (Lee Do Hyun) telah menyaksikan kematian ayahnya dalam The Glory. Kejadian tragik itu menyebabkan dia mengalami gangguan mental
9. Sementara itu, Kang Han Soo (Woo Do Hwan) memutuskan untuk menjadi seorang peguam untuk menyiasat kes kematian ibu bapanya dalam Joseon Attorney
10. Hidup Lee Du Hak (Jang Dong Yoon) hancur lebur setelah kehilangan ayahnya yang dilanggar trak kerana arahan orang jahat dalam drama siri Oasis
11. Lee Hwan (Park Hyung Sik) naik takhta sebagai Putera Mahkota setelah abangya terbunuh dalam drama siri Our Blooming Youth
12. Ibunya dibunuh dengan kejam, Pyo Jae Hyun (Lee Sang Yoon) melakukan apa sahaja termasuk membunuh demi untuk membalas dendam dalam drama siri Pandora
13. Kehilangan kedua ibu bapa sewaktu masih di sekolah menengah, Hwang Dae Myeong (Joo Won) bertemu dengan pembunuh yang selalu melarikan diri dalam drama siri Stealer: The Treasure Keeper
14. Kim Do Gi (Lee Je Hoon) terkesan dan sangat trauma setelah kehilangan ibunya di depan mata dalam drama siri Taxi Driver 2
Semua orang tentu tidak mahu kehilangan orang kesayangan mereka terutama ahli keluarga sendiri. Pastinya hati luka berdarah jika kematian keluarga mereka disebabkan oleh pembunuhan.
Trauma dan perasaan dendam itu membuatkan setiap karakter yang tersenarai di atas semakin diamuk dengan amarah dan merasa bersalah hinggakan ramai antara mereka yang memutuskan untuk membalas dendam.
Adakah anda telah menonton kesemua senarai Kdrama yang dilakonkan oleh 14 watak diatas? Jika belum, pastikan ia berada didalam senarai tontonan anda!
Baca Lagi: 7 Pelakon Kanak-kanak Membintangi Kdrama 2023
Baca Juga: Kdrama “Happiness Battle” 31 Mei Ini, Misteri Pembunuhan Para Ibu Di Media Sosial