Konsep cara buat duit melalui oline sememangnya banyak membantu masyarakat dalam memastikan kehidupan harian mereka lebih baik dari sebelum ini. Ekonomi sara hidup yang semakin mencengkam dan ramai pekerja yang telah dibuang, kita haruslah mempunyai sandaran lain dalam menjana pendapatan selain dari pekerjaan hakiki.
Bila kita sebut mengenai kos sara hidup dan taraf hidup, masing-masing sangat berkait rapat antara satu sama lain. Kos hidup adalah kos yang terpaksa ditanggung oleh isi rumah bukan sahaja untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal tetapi juga keperluan lain untuk keselesaan hidup termasuk kos pendidikan, kos sambungan jalur lebar dan kos kenderaan untuk kegunaan harian.
Ini Senarai Website atau Aplikasi 2023 Untuk Anda Buat Duit Melalui Online
1. ySense
ySense merupakan aplikasi penyediaan survey online berbayar, di mana untuk menjana pendapatan online dari sini, anda perlu menjawab segala survey yang disediakan.
Aplikasi ini telah wujud pada tahun 2007 dan ianya memberi manfaat kepada pengguna internet dalam menghasilkan wang tambahan dengan cara yang sangat mudah.
Jenis survey berbayar di aplikasi ySense ini bervariasi, di mana ia bermula dari survey politik sehinggalah gaya hidup dan sebagainya. Sebahagian besar survey di aplikasi ySense ini membayar antaranya USD 0.50 hingga USD 5 mengikut jenis survey yang dijawab.
2. Cashzine
Aplikasi Cashzine ini menggunakan konsep membaca untuk mendapatkan wang. Anda perlu baca artikel yang terkandung dalam aplikasi ini, kemudian apabila selesai coins akan diberikan bergantung kepada jumlah pembacaan kita.
Apa yang menarik, setiap coins yang diberikan itu boleh ditukar dalam bentuk duit Ringgit Malaysia. Ini bermakna lagi banyak anda baca, lagi banyaklah juga coins akan diperolehi.
Bukan itu sahaja, artikel yang dikongsikan dan berjaya menarik perhatian orang ramai untuk baca juga mempunyai jumlah coins yang tertentu akan diberikan kepada kita.
3. Canva Affiliate
Selalu kita dengar tentang Shopee Affiliate, Lazada Affiliate atau pelbagai lagi jenama besar yang popular di dunia. Namun kali ini kami tertarik untuk berkongsi kepada anda tentang Canva Affiliate. Canva merupakan sebuah tool khusus digunakan untuk reka bentuk.
Jika dahulu, semua orang berprasangka tanpa ilmu dan kemahiran grafik yang bagus seseorang itu tidak mungkin menghasilkan karya digital atau design yang menarik. Setiap rekaan yang dihasilkan pastinya sangat mudah dan menarik tanpa memerlukan kemahiran yang tinggi.
Melalui Canva Affiliate, anda bukan sahaja boleh reka apa-apa yang dicetak, dokumen dalam format PDF, invois, flyer, sehinggalah grafik untuk siaran di platform digital seperti infografik dan rekaan laman web dan sebagainya.
Malah, ianya boleh memberikan peluang kepada anda untuk menjual hasil karya-karya yang dibuat dengan menggunakan platform Canva ke seluruh dunia, dengan memiliki lebih dari78 juta pengguna di seluruh dunia dan ianya tidak mustahil untuk anda menjana pendapatan yang sangat lumayan dari program Affiliate Canva.
4. Surveyon
Jika tadi ySense lebih bersirat general dari segi pembahagian survey dan sebagainya. Bagi aplikasi Surveyeon pula ia menyediakan survey online terhadap produk, pasaran ataujuga perilaku pembeli.
5. JAG
JAG menyediakan platform di laman web dan aplikasi smartphone sebagai cara buat duit dalam online dengan mudah. Konsep yang diketengahkan pula sangat berkait dengan gaya hidup golongan mudah hari ini yang cenderung menggunakan media sosial.
Anda hanya perlu berkongsi post, like post, tengok post, dan banyak lagi untuk mendapatkan reward dan ganjaran yang tertentu.
6. Qmee
Setiap hari kita pasti akan melayari internet dan menggunakan carian di laman Google sama ada untuk sesuatu yang berfaedah ataupun tidak. Apa kata anda tukarkan setiap data internet anda gunakan itu dengan ganjaran yang lumayan.
Dengan hanya menggunakan Qmee.com anda boleh memperoleh ganjaran setiap kali membuat carian di laman Google, Bing atau Yahoo. Jangan risau tiada minimum untuk anda keluarkan cash dari laman web ini, dan setiap pengeluaran boleh dibuat serta-merta.
7. PlaylistPush
Buat pencinta muzik, jangan lepaskan peluang ini untuk jadikan hobi anda sebagai salah satu sumber pendapatan tambahan menarik. Apa yang perlu anda buat hanyalah mendengar lagu dari platform playlistpush.com.
PlaylistPush adalah platform yang membolehkan pengguna Spotify, Deezer dan Apple Music ‘monetize’ (menghasilkan duit) playlist mereka. Ia adalah laman web yang menghubungkan artis muzik ke kurator senarai main.
Laman web ini juga membantu artis-artis menyiarkan muzik mereka ke kurator untuk berpeluang dimasukkan ke dalam senarai terhangat.
8. UserTesting
UserTesting.com adalah sebuh platform baru yang membayar pengguna harian untuk melakukan ulasan pelbagai jenis laman web.
Kalau anda sudah terbiasa membuka browser dan expert dalam pembinaan web, inilah masanya untuk anda jadi golongan profesional dan layari laman web untuk memiliki kerja yang berbayar dan menyeronokkan.
Setiap ulasan mengambil masa hanya sekitar 20 minit dan memberi pulangan untuk anda mendapatkan $10 (RM41) melalui Paypal.
9. Google Opinion Reward
Satu lagi aplikasi cara buat duit online menerusi soal jawab survey yang dipercayai, iaitu Google Opinion Reward. Anda boleh memperoleh wang daripada Google Opinion Reward setiap kali menjawab survey yang tersedia di platform tersebut.
Pengguna Android boleh memuat naik aplikasi di Google Play. Sementara itu, pengguna iOS pula boleh mendapatkannya di App Store.
10. Snack Video
Pesaing Tiktok iaitu Snack Video mendapat tempat yang tersendiri di hari pengguna millenial di dunia khususnya Indonesia, India dan sebagainya, sama seperti aplikas Tiktok.
Malah tidak hanya setakat itu, Snack Video juga boleh menjadi sumber penghasilan yang menjanjikan. Platform ini menawarkan manfaat bagi sesiapa sahaja untuk menghasilkan wang dengan beberapa cara seperti menonton video, mengundang teman, hingga menjadi seorang content creator.
11. Novelah
Siapa kata baca novel tidak mendatangkan hasil? Banyak aplikasi novel digital hari ini yang memberi akses online atau offline kepada pembaca secara percuma.
Apa yang lagi menarik, anda akan mendapatkan points dari setiap pembacaan dalam aplikasi ini. Seterusnya points yang anda dapat boleh juga ditukarkan kepada duit yang akan terus masuk ke akaun bank anda.
12. Swifty
Anda mempunyai kemahiran dalam menulis iklan, membuat rekaan bentuk grafik, video editing, membangun web, menterjemah dan sebagainya, anda boleh memulakan kerja sebagai seorang freelance di Swifty.
Swifty adalah sebuah aplikasi yang mempunayi modus operandi seperti fiver, Freelancer, Upwork, Fast Gig, dan sebagainya namun ia khusus bagi anda yang mahu mencari pelanggan tempatan dan transaksi menggunakan bank-bank di Malaysia.
Apa yang anda perlukan adalah akses internet yang laju dan stabil sahaja untuk menjual servis anda, mencari pelanggan dan memulakan tugasan yang diminta untuk mendapatkan bayaran yang lumayan.
Tidak mustahil bagi seorang freelancer memperoleh pendapatan beribu ringgit sebulan bagi menambah pendapatan hidup.
13. Kumoten
Menjadi seorang peniaga online akan lebih mudah jika anda mempunyai ilmu dalam pengurusan inventori, pembungkusan, dan penghantaran. Kumoten bertindak sebagai marketplace barang online yang membolehkan untuk memulakan dan menguruskan perniagaan online tanpa perlu bimbang untuk menjaga stok dan menguruskan penghantaran produk.
Anda bebas untuk memilih apa sahaja dalam katalog mereka untuk dijual di mana-mana media sosial, laman web sendiri atau laman web e-dagang yang ada.
Dari sudut pembungkusan dan penghantaran pula akan diuruskan oleh Kumoten tanpa had minimum kuantiti pesanan yang diterima.
Menariknya lagi, segala keuntungan akan kembali 100% kepada anda dan Kumoten tidak mengambil apa-apa komisen dari jualan anda itu.
14. Superprof
Kelas tambahan atau sinonim digelar tuisyen menjadi pilihan para ibu bapa untuk meningkatkan pemahaman anak-anak tentang sesuatu subjek di sekolah.
Jika dulu pusat-pusat tuisyen menjadi lokasi tumpuan, hari ini tuisyen online turut dipercayai ramai. Justeru itu, pelabagai platform misalnya seperti Snapask dan Superprof memerlukan tutor bagi mengajar pelbagai subjek akademik.
15. Sweatcoin
Pernahkah anda terfikir dari setiap peluh yang keluar dari berjalan kaki atau berlari sahaja, anda boleh menjana wang tanpa caj pendaftaran mahupun bayaran?
Sweatcoins adalah aplikasi mudah alih yang memantau luaran harian anda lalu dicatat dalam bentuk wang tunai. Anda akan memperolehi kira-kira 1 SWC (1 Sweatcoin) setiap 1,000 langkah yang anda buat.
Semoga perkongsian mengenai cara buat duit melalui online tanpa mengeluarkan modal ini dapat memberikan anda semua informasi yang bermanfaat dan ilmu pengetahuan yang berguna.
Selamat mencuba gais!
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: DirectLending