Jo In Sung merupakan model sekaligus pelakon yang sangat terkenal dari Korea Selatan. Setelah agak lama menyepikan diri dari berlakon sebarang drama, akhirnya dia membuat comeback pada tahun 2023 ini.
Drama terbaharu yang menampilkan lakonannya kali ini bertajuk MOVING. Mengisahkan tentang manusia super dengan kekuatan mengagumkan. Selain Moving, Jo In Sung juga kembali dengan filem thriller aksi baharu bertajuk SMUGGLERS.
Baca lagi: Mengapa Perlu Tonton Kdrama Moving? Kisah Pemburuan Manusia Super oleh Pembunuh Kejam
Jo In Sung memulai debut kerjayanya pada 1998 bukan sebagai pelakon, melainkan model untuk sebuah jenama pakaian Ziozia. Selang dua tahun setelahnya, pelakon kacak kelahiran 28 Julai 1981 ini memulakan karier lakonannya.
Rating dari drama siri dan filem yang dia bintangi, cukup tinggi. Semuanya terbukti apabila pelakon serba boleh ini juga telah menerima beberapa penghargaan dalam dunia seni lakonan. Salah satunya Jo In Sung pernah mendapatkan Daesang Award yang merupakan penghargaan tertinggi bagi televisyen APAN Star Award.
Setiap drama siri atau filem yang dibintanginya mempunya jalan cerita yang menarik. Khas untuk anda penggemar lakonan Jo In Sung, berikut ini adalah 15 drama dan filem pilihan dari Jo In Sung yang wajib ditonton.
1. School 3 (2000)
Sebagai debut pertamanya di dunia lakonan, di drama siri ini Jo In-sung membawa peranan sebagai Kim Suk Joo. Drama ini sendiri bercerita tentang kehidupan remaja, masalah-masalah khas usia belasan tahun dengan sekolahnya, keluarga hingga ke hubungan cinta. School 3 mempunyai 40 episod. Jalan ceritanya menarik untuk diikuti. Drama ini juga menceritakan tentang perjuangan para remaja menghadapi masalah hidup.
2. Piano (2001)
Drama Jo In-sung selanjutnya yang mesti anda tonton, sekaligus nostalgia adalah Piano. Drama siri sebanyak 16 episod ini dibintangi oleh Jo In Sung, Kim Ha Neul, Ko Soo, Jo Min Soo dan Cho Jae Hyun.
Dalam drama Piano Jo In-sung berperanan sebagai Lee Kyung Ho. Drama ini sendiri bercerita tentang seorang ayah yang merupakan bekas gengster dalam membesarkan empat anaknya, yang masing-masing terdiri daripada dua anak kandung dan dua anak tiri.
Peliknya kehidupan Lee Kyung Ho sebagai anak tiri menjadi salah satu konflik menarik dalam drama ini. Menarik!
3. Nonstop (2002)
Dalam drama ini, Jo In-sung bergandingan dengan Jung Da Bin, Park Kyeong Rim, Jang Na Ra dan beberapa pelakon lain.
Di sini, Jo In-sung berperanan sebagai In Seong. Pastinya peminat ingin tahu bagaimana lakonannya di drama sitcom ini? Dan bagaimana wajah Jo In Sung saat masih sangat muda?
4. Great Ambition (2002)
Di drama sejarah ini, Jo In Sung tidak membawa peranan utama. Han Jae Suk, Jang Hyuk, Lee Yo Won dan Son Ye Jin yang merupakan pelakon utama. Meskipun Jo In Sung hanya sebagai pelakon pembantu, namun jalan cerita sendiri tetap menarik untuk disaksikan. Jo In Sung berperanan sebagai Lee So muda.
5. Shoot for The Star (2003)
Di sini, Jo In Sung berperanan sebagai Sung Tae. Bergandingan dengan Jeon Do Yeon, Lee Seo Jin dan beberapa pelakon lainnya.
Shoot for The Star bercerita tentang Sung Tae yang merupakan seorang yatim piatu. Dia menjadi bintang filem bagi menemukan keluarganya. Perjalanannya tentu tidak mudah. Belum lagi masalah disleksia yang diderita membuat Sung Tae kesulitan membaca naskah.
6. Something Happened in Bali (2004)
Drama Jo In Sung yang tayang pada 2004 ini boleh jadi dikatakan drama yang berhasil membawanya ke puncak populariti. Dengan drama ini, namanya semakin dikenali, bukan hanya di Korea Selatan tetapi juga di banyak negara, termasuk Indonesia dan Malaysia.
Something Happened in Bali atau Memories of Bali dibintangi oleh Jo In Sung, So Ji Sub, Ha Ji Won dan Park Ye Jin. Drama ini bercerita tentang kisah cinta yang rumit antara ke empat watak tersebut. Semuanya bermula saat mereka bercuti ke Bali.
Jo In Sung memainkan watak Jung Jae-min, salah seorang lelaki yang ditemui Lee Soo Jung (Ha Ji Won) di Bali. Dia adalah anak kepada keluarga Pax Group yang kaya. Jung Jae-min seorang lelaki yang sombong dan kebudak-budakan. Dia mempunyai tunang bernama Choi Young-joo (Park Ye-jin) yang berasal dari keluarga kaya tetapi mereka tidak saling mencintai.
7. Spring Days (2005)
Selang satu tahun setelah membintangi drama yang menaikkan namanya, Jo In Sung kembali memainkan sebuah drama. Kali ini dia berperanan sebagai Ko Eun Seop. Dia merupakan saudara tiri dari watak utama.
Drama ini bercerita tentang hubungan antara adik kakak dan cinta segitiga dengan seorang gadis bernama Seo Jeong Eun yang diperankan Ko Hyun Jung.
8. A Frozen Flower (2008)
Dalam projek filemnya, Jo In Sung sering memilih genre sageuk, salah satunya adalah A Frozen Flower. Dia sebagai panglima tentera bernama Hong-rim yang merupakan kekasih Raja Goryeo (Joo Jin-mo).
Raja Goryeo dan isterinya, Ratu No Guk (Song Ji-Hyo) tidak mempunyai anak. Di bawah tekanan daripada kaunselor, Raja Goryeo meminta Hong-rim untuk menghamilkan isterinya bagi menghasilkan zuriat untuk menjadi putera mahkota. Bermula dari situ, hubungan Ratu No Guk dan Hong-rim berkembang dan menjadi hubungan sulit.
9. That Winter, The Wind Blows (2013)
Setelah menyepi kurang lebih 8 tahun dari membintangi drama, Jo In Sung kembali pada 2013. Bersama Song Hye Kyo, drama Jo In Sung kali ini benar-benar berhasil mengubati rindu para penggemarnya.
Jo In Sung, yang memainkan watak Oh Soo, bergandingan dengan Song Hye Kyo sebagai Oh Young. Oh Soo telah ditinggalkan oleh ibunya dan dibesarkan oleh seorang penjudi di Cheongdam.
Pada suatu hari, kawan Oh Soo dengan nama yang sama meninggal dunia dan dia dipenjarakan. Setahun kemudian Oh Soo bertemu dengan seorang peguam yang sedang mencari Oh Soo yang mati. Ketika itulah Oh Soo hidup menyamar untuk membalas dendam.
10. It’s Ok, This Is Love (2014)
Berhasil menguras emosi dan air mata di drama That Winter The Wind Blows, Jo In Sung kembali dengan cerita yang lebih segar dan cukup menarik. Drama yang dimaksud adalah It’s Ok, This Is Love.
Jo In Sung memang pandai melakonkan watak seorang lelaki yang kejam dan romantik. Menerusi It’s Okay, That’s Love, dia melakonkan watak Jang Jae Yeol, seorang penulis misteri dan hos radio. Personaliti playboynya bertemu dengan Ji Hae Soo (Gong Hyo Jin), seorang pakar psikiatri. Mereka berdua bertemu dalam satu keadaan dan menyembuhkan trauma masing-masing.
11. Dear My Friends (2016)
Selang dua tahun, Jo In Sung kembali membintangi sebuah drama. Hal yang menarik dari drama Jo In Sung kali ini adalah jalan ceritanya. Bagaimana tidak, jika biasanya dia terlibat kisah cinta yang romantis, dalam Dear My Friends, Jo In Sung harus bergandingan dengan para senior.
Dear My Friends bercerita tentang kehidupan realiti dan harmoni antara golongan orang tua dan anak-anak muda. Dalam Dear My Friends, Jo In Sung berperanan sebagai Seo Yeon Ha.
12. The King (2017)
Kali ini, Jo In Sung berubah menjadi seorang lelaki miskin bernama Park Tae Soo. Untuk keluar dari situasi ini, Park Tae Soo ingin menjadi pendakwa raya yang menjadi simbol kuasa pada tahun 90-an.
Tae Soo juga berjaya menjadi pendakwa raya tetapi hanya dilihat sebagai kakitangan biasa. Suatu hari, Tae Soo menyertai kelab pendakwa raya yang mempunyai kuasa dan nama. Park Tae Soo mula merasakan kehidupan yang mewah dan berkuasa tetapi ada harga yang perlu dibayar.
13. Escape from Mogadishu (2021)
Filem ini berlatarkan di bandar Mogadishu, Somalia di mana perang saudara pada tahun 1990-an telah menyebabkan ramai mangsa.
Filem ini mengisahkan tentang pelarian pekerja kedutaan Korea Selatan dan Korea Utara di Somalia. Di sini, Jo In Sung memainkan watak Kang Dae-jin, penasihat kedutaan Korea. Diarahkan oleh Ryoo Seung-wan, Escape from Mogadishu turut dibintangi oleh Kim Yoon-seok dan Huh Joon-ho.
14. Smugglers (2023)
Filem Smugglers merupakan karya terbaru dari pengarah Ryoo Seung Wan. Dia bekerja sama dengan penulis Kim Jeong Yeon untuk menyelesaikan skenarionya. Filem ini sendiri membawa cerita tentang dua penyelam perempuan atau disebut haenyeo yang terlibat dalam operasi penyeludupan.
Pelakonny terdiri dari artis-artis ternama seperti Kim Hye Soo, Yum Jung Ah, Jo In Sung, Park Jung Min, Park Jong Soo, dan Go Min Si. Jo In Sung sebagai Kwon Pil Sam adalah seorang penyeludup nombor satu di Korea dengan sifat kejam.
15. Moving (2023)
MOVING merupakan drama Jo In Sung terbaru 2023 yang penuh aksi dengan elemen manusia super ini diadaptasi dari webtoon bertajuk sama karya Kang Full. Bukan hanya Jo In Sung, drama ini juga dibintangi oleh berbagai pelakon terkenal Korea Selatan, seperti Han Hyo Joo, Ryu Seung Ryong, Cha Tae Hyun, Go Yoon Jung, Lee Jung Ha, Kim Sung Kyun, Ryu Seung Bum, Kim Hee Won, Moon Sung Geun, Kim Do Hoon, dan ramai lagi.
Secara garis besar, drama ini berkisah tetang sekelompok orang yang memiliki kemampuan super. Sayangnya, mereka memilih untuk menyembunyikan kemampuan tersebut. Hal itu dilakukan demi melindungi keluarga mereka dari ancaman yang mungkin muncul. Selain itu, mereka juga ingin menghindari penyalahgunaan kuasa oleh orang yang tidak baik.
Dalam drama ini, Jo In Sung sendiri akan berperanan sebagai Kim Doo Shik. Kim Doo Shik merupakan seorang agen berpengalaman yang memiliki kemampuan luar biasa untuk terbang. Drama terbaru ini sekaligus menjadi comeback Jo In Sung. Dia mempunyai kekuatan super mampu terbang.
Baca juga: ”Longing For You”, Kisah Balas Dendam Dengan Genre Thriller, Aksi Dan Misteri
Baca lagi: 10 Kdrama Baharu Tayang Ogos 2023