Home Kdrama/Kmovie Drama Korea 15 Drama Korea Ini Tampilkan Momentum Hebat Sejak Episod Pertama, Plot Menarik...

15 Drama Korea Ini Tampilkan Momentum Hebat Sejak Episod Pertama, Plot Menarik dan Tidak Membosankan

0

Drama Korea merupakan tontonan yang sangat menarik untuk mengisi waktu terluang dan juga melepaskan rasa penat. Bukan hanya dikemaskan dengan baik dan unik, drama Korea juga selalu menampilkan kisah-kisah yang menarik.

Biasanya drama Korea terdiri dari 16 episod dengan setiap episod berdurasi sekitar 1 jam. Walau begitu, kebanyakan peminat Kdrama tidak merasa keberatan untuk menunggu berminggu-minggu lamanya bagi menonton drama Korea ongoing dan mereka juga sanggup menonton Kdrama secara marathon.

Bagi anda yang sedang mencari drama Korea yang menampilkan plot cerita menarik dan tidak membosankan sejak episod pertama, berikut ini adalah 15 pilihan drama Korea yang boleh membuatkan anda ketagih dan tidak berhenti menonton.

1. Moving

Drama korea

Kim Bong Seok (Lee Jeong Ha), Jang Hui Soo (Go Yoon Jun), dan Lee Gang-hoon (Kim Do Hoon) adalah pelajar sekolah menengah yang mempunyai kuasa luar biasa. Mereka mendapat kuasa itu dari ibu bapa mereka masing-masing. Selama ini, mereka tidak boleh menunjukan kuasa super mereka kerana kebolehan mereka itu akan mengancam nyawa. Namun semua itu berubah apabila masalah besar timbul di hadapan mereka.

2. Extraordinary Attorney Woo

c410525d d07b 443c b3d1 92e0482106a6

Extraordinary Attorney Woo menceritakan tentang Woo Young Woo (Park Eun Bin), seorang peguam yang juga menghidap autisme sejak lahir. Namun begitu, dia merupakan peguam yang sangat cerdas dan memiliki IQ tinggi. Hingga pada suatu hari, dia diterima bekerja di sebuah firma guaman terkemuka. Dia bertemu ramai orang baru serta menangani pelbagai kes dengan kepintarannya.

3. Lovely Runner

IMG 2431

Lovely Runner adalah salah sebuah Kdrama yang ditayangkan pada tahun 2024 ini. Meraih kejayaan besar, drama ini mula ke udara sejak 8 April 2024 dan masih menjadi bualan hangat dikalangan peminatnya.

Kdrama ini menampilkan kisah cinta seorang bintang idola bernama Ryu Sun Jae (Byeon Woo Seok) dan peminat setianya, Im Sol (Kim Hye Yoon). Cerita mereka lebih kompleks kerana sebenarnya Im Sol menjelajah masa ke belakang semasa mereka masih di zaman sekolah dan juga sedang kuliah di pengajian tinggi.

Lovely Runner juga merupakan antara Kdrama yang paling banyak ditonton. Tamat pada 29 Mei 2024 yang lalu, drama ini tentu akan dirindui oleh para penonton setia.

4. While You Were Sleeping

c11c739c 92df 4b97 b1c6 f36f7854071f

While You Were Sleeping menceritakan tentang Hong Joo (Bae Suzy) yang memiliki kebolehan istimewa iaitu dapat melihat masa depan orang lain di dalam mimpinya. Lebih mengejutkan, masa depan itu berkaitan kematian yang akan terjadi pada orang tersebut. Hong Joo kemudian bertemu dengan Jae Chan (Lee Jong Suk), seorang pendakwa raya muda yang memiliki banyak kes yang belum selesai. Mereka bekerja sama untuk menyelesaikan kes demi kes. Namun di samping itu, mereka juga terlibat dalam kisah cinta.

5. The Uncanny Counter

da3cc045 13f6 484f b7da 4ad9d19622b3

The Uncanny Counter menceritakan tentang sekumpulan manusia super yang dikenali sebagai ‘Counter’. Mereka menyamar sebagai pekerja di kedai makan untuk memburu roh jahat yang datang ke bumi. Para Counter memiliki bakat dan kekuatan masing-masing yang membuatkan mereka boleh bertahan untuk berhadapan dengan roh-roh tersebut. Para Counter tersebut adalah So Mun (Joe Byeong Gyu), Ga Mo Tak (Yu Jun Sang), Do Ha Na (Kim Se Jeong), dan Chu Mae Ok (Yum Hye Ran).

6. Mouse

757cd33d 72d6 4f8d aa65 ac27e61fa3c7

Menceritakan tentang Jung Ba Reum (Lee Seung Gi), seorang polis yang baik dan taat serta amat menjunjung tinggi rasa keadilan. Dia bertemu dengan Go Moo Chi (Lee Hee Joon), detektif yang obses dengan pembunuh bersiri kerana telah membunuh ibu bapanya sewaktu kecil.

Selain itu, Ba Reum juga teribat dengan Oh Bong Yi (Park Joo Hyun), seorang pelajar yang sangat bersemangat. Mereka bertigamengejar psikopat yang telah melakukan pembunuhan bersiri. Pembunuh ini disebut-sebut mempunyai kecerdasan otak dan sukar dicari!

 

7. The Heirs

2a09fba1 705f 4cb3 bd6b a13f7a6a4183

The Heirs menceritakan tentang cinta tiga segi antara pewaris chaebol yang bernama Kim Tan (Lee Min Ho) dan Choi Young Do (Kim Woo Bin). Mereka merebut hati seorang gadis yang bernama Cha Eun Sang (Park Shin Hye). Mereka bertiga bersekolah di sekolah milik Kim Tan, Jaguk Group. Namun, Kim Tan ternyata sudah bertunang dengan Yoo Rachel (Kim Ji Won). Adakah Kim Tan masih dapat merebut Eun Sang?

8. The Penthouse

919b7be4 5fbd 40fb b78f 60c4fa4a8bf3

The Penthouse menceritakan tentang masyarakat kelas atasan yang tinggal di sebuah apartment mewah yang mempunyai 100 tingkat. Para penghuninya memiliki pelbagai rahsia masing-masing. Drama Korea ini fokus mengangkat isu pendidikan dan hartanah yang terjadi di Korea Selatan. Watak utamanya ialah Su Ryeon (Lee Ji Ah), Seo Jin (Kim So Yeon), dan Oh Yoon Hee (Eugene).

9. Alchemy of Souls

f99aecb2 d287 4a64 a7fa 46531a6cefbf

Jang Uk (Lee Jae Wook) merupakan pewaris muda keluarga Jang yang menyimpan rahsia gelap tentang kelahirannya. Semasa dia mencari pembunuh terhandal untuk sebuah tugas misteri, Jang Uk mengetahui tentang pembunuh penyihir bernama Naksu (Go Yoon Jung). Namun, jiwa Naksu terperangkap di dalam tubuh lemah Mu Deok (Jung So Min). Keadaan menjadi semakin kacau bilau dan sukar dikawal.

10. Welcome to Samdalri

b24ff973 ea96 4f4f 9583 a1ddf3483e88

Sam Dal (Shin Hye Sun) adalah seorang juru gambar terkenal yang tiba-tiba difitnah oleh orang yang rapat dengannya. Fitnah itu menghancurkan kerjayanya sehingga dia terpaksa pulang ke kampungnya di Jeju. Waktu itulah dia kembali bertemu dengan bekas teman lelakinya 8 tahun lalu yang juga merupakan sahabat sejak kecilnya iaitu Jo Yong Pil (Ji Chang Wook).

Perjalanan pulang Sam Dal bukan hanya membawanya menemui jati dirinya yang telah lama hilang, namun juga membawa Sam Dal pada cinta lamanya yang putus di tengah jalan kerana salah faham. Drama ini mengajar nilai persahabatan, percintaan, serta kekeluargaan.

11. Parasyte: The Grey

294a98b3 2708 4bf4 97b5 3cceb3754fbf

Drama ini diangkat dari siri manga legenda berjudul “Parasyte” oleh Hitoshi Iwaaki. Parasyte: The Grey mengangkat sebuah peristiwa tentang kehidupan parasit misteri yang berasal dari luar angkasa. Parasit tersebut jatuh ke bumi dan berusaha mendapatkan kuasa dengan hidup di badan hos mereka iaitu manusia.

12. Connection

IMG 2428

Connection menceritakan tentang seorang polis bernama Jang Jae Kyung (Ji Sung) dari Unit Anti Dadah di Balai Polis Anhyeon yang ketagihan dadah tanpa dia sedari. Dia perlu menyiasat penyebab dia menjadi penagih dadah dan dalam siasatannya ini, dia dibantu oleh sahabatnya, Oh Yun Jin (Jeon Mi Do) apabila ia turut melibatkan kematian secara misteri sahabat baiknya.

Connection ialah siri thriller jenayah yang mengikuti persahabatan penuh kerumitan sekumpulan kawan ketika mereka menyiasat kematian misteri rakan sekolah menengah mereka, yang meninggalkan wang insurans bernilai 5 bilion won.

13. The Auditors

IMG 2427 1

Shin Ha Kyun memainkan watak Shin Cha II, ketua pasukan audit di JU Construction yang sukar mempercayai orang lain. Shin Cha II adalah sosok yang kelihatan tenang, tetapi apabila menjalankan kerjanya dia tegas dan pertimbangannya tajam. Kemudian, terdapat Goo Han Soo (Lee Jung Ha) dan Yoon Seo Jin (Jo A Ram).

Mereka adalah ahli pasukan audit di JU Construction yang mempunyai personaliti yang bertentangan sama sekali. Kemudian, terdapat Hwang Dae Woong (Jin Goo), anak ketiga pengasas JU Construction yang ingin menjadi presiden syarikat itu. Untuk merealisasikan hasratnya, Hwang Dae Woong mesti mengalahkan dua abangnya.

14. High School Return of a Gangster

IMG 2429

Drama High School Return of a Gangster, arahan Lee Sung Taek, adalah adaptasi novel web bertajuk Jokokin Naega Godeunghaksaengyi Dweeotseummida karya Ho Rol.

High School Return of a Gangster mengisahkan Kim Deuk Pal, seorang samseng berusia 47 tahun. Dia tidak pernah mempunyai latar belakang pendidikan kerana ibu bapanya miskin. Namun begitu, Kim Deuk Pal mempunyai impian suatu hari nanti dapat memasuki universiti. Walaupun dia telah belajar untuk mencapai impiannya, ternyata ia bukan mudah.

Sehinggalah pada suatu hari Kim Deuk Pal secara tidak sengaja bertemu dengan seorang pemuda bernama Song Yi Heon yang hampir mengakhiri hidupnya. Satu kejadian misteri berlaku, roh Kim Deuk Pal memasuki tubuh Song Yi Heon. Akhirnya, roh Kim Deuk Pal mendapat tahu bahawa Song Yi Heon adalah mangsa buli yang menyebabkan dia ingin membunuh diri.

Mengetahui perkara ini, Kim Deuk Pal dengan beraninya berhadapan dengan orang yang mengganggu pemuda itu dengan menggunakan tubuh Song Yi Heon. Kini, roh Kim Deuk Pal berada dalam tubuh Song Yi Heon dan bertekad untuk menghukum pelaku yang menzaliminya. Kim Deuk Pal juga tidak teragak-agak untuk memberikan hukuman.

Drama ini membawakan genre fantasi, remaja serta melodrama. Dan mempunyai tempoh siaran selama 8 episod di Viu.

15. Crash

IMG 2430

Crash mengisahkan tentang Pasukan Penyiasatan Jenayah Trafik, yang menjejaki pelaku jenayah seperti penipuan insurans, peras ugut/bunuh diri, lalai, panggilan telefon dan kesalahan lain.

Dalam pasukan itu terdapat Cha Yeon-ho (Lee Min-ki), seorang individu yang rasional dari KAIST dan Min So-hee (Kwak Sun-young), seorang pakar penyiasatan trafik yang mempunyai sensitiviti tinggi. Kedua-dua mereka dibawa bersama untuk mengesan kes jenayah lalu lintas bersama pasukan penyiasat jenayah trafik, bagi membongkar kebenaran kes tersebut.

Demikian sahaja 15 drama Korea menarik yang mempamerkan plot cerita tidak membosankan sejak tayangan episod pertama. Jika anda belum menonton mana-mana drama dalam senarai di atas, anda boleh cuba menontonnya, pasti anda tidak akan bosan!

Baca lagi: 13 Drama Korea Tentang Kisah Balas Dendam Bertukar Jadi Cinta, Plot Penuh kejutan
Baca juga: 7 Drama Korea Ini Berani Tampilkan Plot Tragis, Buat Penonton Mengamuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here