Home Kdrama/Kmovie Movie 15 Filem Korea Sedih yang Menghiris-Hiris Hati, Penonton Banjir Air Mata

15 Filem Korea Sedih yang Menghiris-Hiris Hati, Penonton Banjir Air Mata

0

Filem Korea mudah mencetuskan pelbagai emosi. Lebih-lebih lagi, filem Korea yang sedih pastinya mempunyai kisah yang menyentuh hati.

Filem-filem ini sering membuatkan penonton merasai pelbagai perasaan yang mendalam dan tidak dapat dilupakan.

Kisah-kisah yang disampaikan boleh menjadi kisah cinta yang tragis, perjuangan hidup yang sukar, dan pengorbanan yang menyentuh hati

Berikut ini adalah 15 filem Korea Selatan sedih yang paling popular dengan jalan cerita yang sangat meruntun perasaan dan pastinya menghiris-hiris hati anda.

 

1. Ode To My Father

Filem korea

Ode to My Father adalah filem tentang seorang lelaki biasa yang melakukan segalanya untuk melindungi keluarganya dan berusaha melakukan apa yang dia katakan untuk terakhir kalinya kepada ayahnya.

Ini adalah filem yang menampilkan kehidupan orang-orang yang susah setelah perang Korea hingga waktu ini. Ode to My Father juga akan mengajak anda untuk menyaksikan beberapa siri perpisahan dan perjuangan yang memilukan. Hubungan mereka menggambarkan kekuatan cinta dan sokongan yang hangat di tengah-tengah kesukaran dan konflik.

Baca juga: 3 Filem Korea Tentang Kisah Pemberontakan Pelajar Terhadap Kerajaan, Melawan Pemimpin Diktator

2. Miracle in Cell No. 7

7ed2731a 2c06 40d1 bf9b d584c6845fe0

Filem yang ditayangkan pada tahun 2013 dan dibintangi oleh salah seorang pelakon hebat Korea Selatan iaitu Park Shin Hye (Ye Sung dewasa) ini nampaknya memiliki kesan yang tidak dapat dilupakan di hati para penonton.

Bahkan, filem Miracle in Cell No. 7 ini juga telah dijadikan remake dalam pelbagai versi. Menceritakan tentang rasa cinta seorang ayah yang memiliki ketidakupayaan mental kepada anaknya, begitu juga sebaliknya.

Walau terdengar penuh kehangatan dan kebahagiaan, tapi filem ini juga mengandung banyak adegan yang meruntun perasaan, terutamanya ketika Lee Yong Goo (Ryu Seung Ryong) dituduh menculik, membunuh, dan merogol seorang kanak-kanak. Hingga dia terpaksa dipisahkan dari anaknya yang masih kecil.

 

3. Hello Ghost

eb1975ea fc0d 4c12 8202 2c5fe4a90fba

Filem Hello Ghost menceritakan tentang seseorang yang mula melihat hantu selepas terselamat dari cubaan membunuh diri.

Kerana merasa tidak selesa, dia cuba memenuhi keinginan keempat-empat hantu yang terus mengikutinya supaya dia boleh menghentikan mereka dari mengikutinya dan pergi ke alam lain dengan aman.

Tanpa dia sedari, perjalanan ini membawanya untuk menemukan tujuan hidup. Filem ini penuh dengan komedi yang menyenangkan dan juga menyentuh perasaan, cerita penuh inspirasi yang akan membuat anda tertawa dan menangis pada waktu yang sama.

 

4. Hope

22adae58 45d5 4c3b bb6d 398b12084be8

Hope merupakan filem Korea tahun 2013 yang meraih kejayaan besar. Selain menggondol pelbagai anugerah, filem ini juga dipuji kerana berjaya menggambarkan kisah sebenar dari kes keji Cho Doo Soon yang berlaku pada pada 2008.

Hope mengisahkan tentang seorang gadis kecil yang bernama So Won yang sangat ceria. Namun ibu bapanya sangat sibuk sehingga mereka tidak tahu bahawa anak mereka menjadi sasaran seorang bekas banduan yang melakukan kesalahan serangan seksual.

So Won menjadi mangsa predator tersebut dan menyebabkan trauma yang mendalam terhadap anak gadis itu. Dia takut bertemu lelaki termasuk ayahnya sendiri. So Won juga perlu menggunakan anus tiruan seumur hidupnya kerana dia cedera parah akibat serangan seksual yang mengerikan.

Filem ini sangat mengganggu emosi, terutamanya ketika menampilkan bagaimanakah usaha kedua-dua ibu bapa So Won dalam memulihkan keadaan anak mereka.

 

5. Sunny

7ed03ae0 70ab 4be6 a7da cbc68e1626f3

Sunny merupakan filem tahun 2011 dan mempunyai jalan cerita tentang perubahan garis masa ke depan dan ke belakang. Cerita ini fokus pada watak Im Nami, filem ini akan membawa anda pada kisah Im Nami semasa dia masih di bangku sekolah menengah.

Nami berasal dari kampung dan sangat pekat menggunakan loghat daerahnya ketika di berpindah ke sebuah sekolah menengah di Seoul. Kasihan kerana dibuli, salah seorang pelajar di kelas itu baik hati dan mengajak Nami untuk menyertai kumpulannya.

Selepas Nami menginjak usia dewasa dan menjadi ibu anak satu, Nami tanpa sengaja bertemu dengan ketua kumpulan Chun Hwa di hospital. Ternyata sahabatnya itu menderita penyakit kanser dan sudah tiada harapan. Chun Hwa meminta Nami untuk mencari kelima-lima anggota kumpulan mereka yang lain sebelum dia meninggal dunia.

 

6. Stand By Me

38343305 570e 49e6 9034 1fb12863cbe0

Filem ini berlatarkan sebuah kampung di sebuah rumah usang milik seorang lelaki tua yang bernama Kim Hak Soo. Lelaki tua itu tinggal bersama dua orang cucu kecilnya, seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 7 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan yang berumur 5 tahun. Kedua-dua kanak-kanak ini tidak mempunyai ibu bapa kerana ditinggalkan oleh bapa mereka yang meninggal dunia dan ibu mereka pula melarikan diri dengan wang insuran kematian suaminya.

Filem ini dengan jelas menceritakan kisah bagaimana datuk tua tersebut memenuhi keperluan dua cucunya. Bagaimana seorang datuk menghadapi kenakalan cucu yang berusia 7 tahun yang meminta permainan mahal dengan keadaan kewangan yang hanya cukup-cukup makan.

Ditambah pula dengan keadaan datuk tersebut yang baru mengetahui bahawa dirinya menghidap penyakit berbahaya dan jangka hayatnya hanya bersisa beberapa bulan sahaja.

 

7. The Preparation

219d71a9 0e37 4423 828b 8b97f91f1eec

Seperti tajuknya, filem ini menceritakan tentang persiapan seorang ibu yang menghidal kanser dalam memastikan anak lelakinya yang mempunyai masalah lembam dapat bertahan hidup tanpa dirinya.

Ae Soon merupakan ibu tunggal. Dia hidup berdua dengan anaknya yang berusia 30 tahun namun menghidap masalah lembam dah kurang upaya mental. Selama hidupnya, In Gyu, anak Ae Soon hanya tahu tentang makan, tidur, dan bermain sahaja. Bahkan untuk mandi juga In Gyu perlu dibantu oleh ibunya.

Filem ini menunjukkan bagaimana Ae Soon mengajar cara hidup kepada In Gyu supaya In Gyu dapat hidup berdikari dan tidak perlu lagi bergantung pada orang lain.

 

8. Cart

4cf95a16 23e8 4519 ba07 284fe72050eb

Filem Korea ini mengisahkan tentang Sun Hee, seorang ibu yang membantu suaminya mencari nafkah dengan menjadi seorang pekerja di sebuah pasaraya.

Selama 5 tahun dia mengabdikan diri pada syarikat tersebut, dia berharap akan diangkat menjadi pekerja tetap tetap dan dinaikkan jawatan. Malangnya dia dan pekerja-pekerja lain diberhentikan.

Keadaan ini semakin memburuk kerana anaknya memerlukan perbelanjaan untuk persekolahan. Bukan hanya menceritakan kisah Sun Hee, filem ini juga menggambarkan bagaimana perjuangan para pekerja lain apabila diberhentikan kerja.

 

9. Birthday

IMG 1159

Birthday merupakan filem tema keluarga Korea yang diarahkan oleh Lee Jong-eon. Filem yang dibintangi oleh Jeon Do-yeon, Sol Kyung-gu, Yoon Chan-young, you Lee Bong-ryun ini pasti sangat bererti jika ditonton seisi keluarga.

Mengisahkan tentang pasangan suami isteri yang masih meraikan hari lahir anak lelaki mereka setiap tahun, walau anak mereka telah meninggal dunia dalam tragedi kapal Sewol. Filem ini menggambarkan kisah emosional mereka dalam mencari erti dan harapan sambil menderitai perasaan kehilangan.

 

10. Harmony

8331b04c 84b9 4d7a 98a8 d081cb4e8fae

Menceritakan tentang seorang isteri yang dicurangi suaminya dan hidup malangnya berakhir di penjara. Semasa di penjara ternyata isteri tersebut telah mengandung dan melahirkan seorang anak di dalam penjara.

Membesarkan seorang anak di dalam penjara dan dengan kawan-kawan banduan yang lain membuatkan filem ini merobek-robek hati.

 

11. The Pawn

0b32753e 730d 458a bec3 ae5b28bbbb29

Pawn merupakan filem keluarga Korea yang diarahkan oleh Kang Dae Kyu. Filem yang dibintangi oleh Sung Dong-il, Ha Ji-won dan Park So-yi ini menyampaikan pesanan moral yang sangat berkesan.

Filem ini membawa anda ke Incheon, Korea Selatan, tahun 1993. Doo Suk dan Jong Bae, dua pengutip hutang yang menjaga seorang kanak-kanak perempuan, Seung Yi, sebagai cagaran hutang ibu kanak-kanak tersebut. Filem ini mengajar tentang erti keluarga walau tanpa pertalian darah.

 

12. Canola (2014)

IMG 1158

Filem Korea ini mengisahkan tentang seorang nenek bernama Gye Choon yang kehilangan cucu kesayangannya, Hye Ji. Dua belas tahun telah berlalu, nenek tetap setia menunggu kepulangan Hye Ji. Sehingga akhirnya, Hye Ji pulang ke rumah.

Namun, figura Hye Ji kecil yang nenek kenali jauh berbeza dengan Hye Ji yang kini sudah besar. Ternyata, dia bukan cucu kandung nenek.

Menonton filem ini, anda pasti dapat membayangkan betapa sayangnya seorang nenek kepada cucunya. Sebaliknya, penonton juga akan berasa sedih kerana nenek masih perlu mencari keberadaan cucu kandungnya.

 

13. One Day (2017)

One Day ialah sebuah filem Korea sedih yang memfokuskan kepada watak Gang-Soo (Kim Nam-Gil) dan Mi-So (Chun Woo-Hee). Gang-Soo ialah penyiasat insurans yang tugasnya menyiasat kes melibatkan Mi-So yang koma.

Ketika dia melawat hospital, Gang-Soo bertemu dengan seorang wanita yang mengaku sebagai Mi-So. Akibat kemalangan kereta yang dialaminya, Mi-So yang Gang-Soo temui ternyata rohnya yang mati.

Dalam filem ini, kedua-dua watak sama-sama cuba keluar dari kemurungan yang mereka alami. Hasilnya, filem ini mampu menyajikan babak yang indah dan menyentuh perasaan penonton.

 

14. Last Child (2017)

Filem oleh pengarah Shin Dong-Seok ini menggambarkan luka yang disebabkan oleh kehilangan seorang anak. Sang-Chui (Moo-Sung) dan Mi-Sook (Yeo-Jin) kehilangan anak mereka, Eun-Chan, yang lemas di sungai kerana menyelamatkan rakannya.

Suatu hari, Sang-Chui bertemu Ki-Hyun (Yu-Bin), seorang kanak-kanak yang diselamatkan oleh Eun-Chan dan memutuskan untuk membesarkannya. Walau bagaimanapun, Mi-Sook, yang merasakan bahawa dia adalah punca kematian anaknya, menjadikan kehidupan di rumah Sang-Chui dingin.

Filem Korea sedih ini berjaya menggambarkan keadaan sebuah keluarga yang kehilangan anak. Berkat kejayaannya, filem ini berjaya memenangi 5 anugerah setahun selepas tayangannya.

 

15. 2037

IMG 1161

Filem Korea berdurasi 126 minit ini menjanjikan kisah yang menyentuh perasaan. Mengisahkan seorang gadis berusia 19 tahun bernama Yoon Young yang hidup berdikari bersama dengan ibunya yang cacat pendengaran, Kyung Sook.

Kehidupan mereka diteruskan seperti biasa, sehinggalah satu hari Yoon diserang secara seksual oleh seorang lelaki. Namun, Yoon yang berniat mempertahankan diri sebenarnya telah membunuh pelakunya. Ini memaksa Yoon menjadi banduan.

Kehidupan Yoon menjadi sukar apabila dia terpaksa memakai pakaian seragam penjara bernombor 2037. Di penjara, Yoon akhirnya mula berkawan dengan rakan selnya bernama Jung Mi, seorang banduan yang sedang menunggu hukuman mati atas pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Demikian 15 pilihan filem Korea Selatan dengan kisah yang sangat menyayat hati dan pastinya bakal membuatkan anda berendam air mata. Jangan lupa sediakan tisu ya!

Baca lagi: 5 Sebab Kena Layan Drama Taiwan “Haunted House For Sale” di Viu

Baca juga:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here