Filem seram secara tradisional dibuat menggunakan anggaran bajet yang rendah. Padahal, terutamanya zaman sekarang, anggaran bajet yang besar sudah menjadi perkara biasa dalam produksi filem.
Dipertik dari Movieweb, filem seram biasanya menggunakan anggaran bajet rendah dalam produksinya yang ternyata membuatkan filem seram lebih mudah menghasilkan keuntungan. Contohnya filem Paranormal Activity awalnya dibuat dengan bajet US$15 ribu pada tahun 2007 sebelum Paramount memperoleh hak cipta dan menayangkannya pada 2009. Filem tersebut menghasilkan US$194 juta.
Namun, filem seram sekarang ini banyak yang sudah dibuat dengan anggaran bajet yang lebih besar kerana mengambil kira populariti dan teknologi yang lebih baru.
Walaupun menggunakan bajet yang besar, perkara ini tidak menjamin kejayaan sesebuah filem di box office.
Berikut merupakan 15 filem seram yang mengeluarkan kos produksi termahal.
1. World War Z (2013, US$190 juta)
World War Z pada awalnya memiliki mengeluarkan bajet produksi sekitar US$125 juta, tetapi penulisan dan proses lain membuatkan kos produksi naik hingga US$190 juta. Dibintangi oleh Brad Pitt sebagai Gerry Lane.
Sangat berbaloi membelanjakan kos produksi yang besar, filem seram yang menceritakan tentang pencerobohan zombie ini mengaut keuntungan sebanyak US$540 juta dan menjadikannya sebagai filem zombie terlaris sepanjang zaman.
2. Van Helsing (2004, US$160 juta)
Van Helsing yang menggunakan bajet produksi US$160 juta mengaut keuntungan dalam negara sebanyak US$120 juta. Filem seram tentang pemburuan makhluk raksasa dan makhluk jahat ini menghasilkan jumlah pendapatan secara global sebanyak US$300 juta.
3. The Wolfman (2010, US$ 150 juta)
The Wolfman yang menceritakan tentang seorang lelaki, Lawrence Talbot, yang berkunjung ke Victorian era London digigit oleh manusia serigala yang membuatnya menjadi laparkan daging diarahkan oleh Mark Romanek.
Kerana Mark dan Universal Studios berpisah, filem ini diarahkan pula oleh Joe Johnston dan sepakat akan memproduksi filem ini dengan bajet US$85 juta dalam 80 hari. Kerana tidak mengikut rancangan asal dan memakan waktu lebih dari 80 hari, bajet produksi akhirnya naik menjadi US$150 juta. Sayangnya, The Wolfman tidak mendapat keuntungan kerana hanya mendapat total US$139.7 juta.
4. I Am Legend (2007, US$150 juta)
Filem mengenai wabak virus yang menjadikan umat manusia raksasa membelanjakan kos produksi sebanyak US$150 juta. Filem ini diterima dengan baik oleh para pengkritik filem dan mengaut keuntungan lebih dari tiga kali ganda iaitu US$585 juta.
5. Prometheus (2012, US$130 juta)
Filem ini mempunyai anggaran sebanyak US$130 juta dan mengaut keuntungan lebih dari US$403 juta di seluruh dunia.
6. What Lies Beneath (2000, US$100 juta)
Zemeckis dan studio menghabiskan US$100 juta untuk memproduksi filem ini dan memperoleh kembali lebih dari US$191 juta setelah filem tersebut menghasilkan lebih dari $291 juta di seluruh dunia. Filem tersebut akhirnya menjadi filem kelapan terlaris pada tahun 2000.
7. End of Days (1999, US$100 juta)
Filem aksi seram supernatural ini menggunakan kos produksi US$100 juta. Filem End of Days menerima kritikan dan hanya menghasilkan US$66.8 juta di dalam negara, filem ini memperoleh jumlah pendapatan sebanyak $211.9 juta.
8. Hollow Man (2001, US$95 juta)
Hollow Man diterima dengan buruk oleh para pengkritik filem, tetapi filem tersebut berjaya mengaut keuntungan melebihi jumlah kos produksi. Kos produksinya adalah US$95 juta dan menghasilkan US$190 juta di seluruh dunia. Hollow Man bahkan mendapat pencalonan Oscar untuk Kesan Visual Terbaik.
9. Hannibal (2001, US$87 juta)
Hannibal merupakan sekuel filem thriller seram pemenang Oscar, The Silence of the Lambs. Sekuel ini dibuat dengan anggaran kos US$87 juta dan menghasilkan US$351.6 juta secara global.
10. The Haunting (1999, US$80 juta)
Filem ini merupakan sebuah remake filem seram tahun 1963 dengan tajum yang sama. Filem ini diarahkan oleh Jan De Bont yang mengarahkan filem-filem hebat seperti Speed dan Twister sehingga studio tersebut mungkin merasa sangat yakin untuk mengeluarkan US$80 juta untuk membuat remake tersebut. Filem ini menghasilkan keuntungan dengan mengaut lebih dari US$177 juta secara global.
11. It Chapter Two (2019, US$79 juta)
It Chapter Two tidak menghasilkan pendapatan sebanyak filem sebelumnya. It Chapter Two menggunakan kos lebih besar jika dibandingkan dengan It, iaitu US$79 juta. It Chapter Two menghasilkan US$473 juta di box office di seluruh dunia.
12. Alien: Resurrection (1997, US$75 juta)
Filem keempat Alien mempunyai anggaran kos sebanyak US$75 juta. Filem ini berjaya secara komersial kerana mengaut lebih dari $161 juta di box office global.
13. Signs (2002, US$72 juta)
Kos produksi sebanyak US$72 juta untuk Signs, M. Night Shyamalan menghasilkan hampir enam kali ganda dari kos yang dihabiskan untuk membuat filem tersebut, filem ini berjaya mengaut lebih dari US$408 juta di seluruh dunia.
14. Sleepy Hollow (1999, US$70 juta)
Kos produksi awal untuk filem ini adalah lebih sedikit dari US$30 juta kerana pihak produksi merancang untuk melakukan penggambaran di Amerika Syarikat. Mereka memutuskan untuk memindahkan produksi ke England kerana memikirkan mereka dapat menemui kota kecil yang sesuai untuk pembuatan filem tersebut, tetapi mereka juga tidak dapat menemuinya di sana.
Berdasarkan Watch Mojo, anggaran kos produksi melonjak hingga US$70 juta sehingga mereka dapat membangunkan kota yang sempurna untuk menciptakan kembali Sleepy Hollow. Sleepy Hollow mengaut lebih dari US$209 juta di seluruh dunia.
15. The Ring (2002, US$48 juta)
The Ring sering dianggap sebagai filem terkemuka dalam genre seram. Filem ini membelanjakan anggaran kos produksi sebanyak US$48 juta dan menghasilkan lebih dari lima kali ganda keuntungan di box office global, iaitu sebanyak US$249 juta selama tempoh tayangannya.
Sememangnya untuk menghasilkan filem yang terbaik, kos yang besar diperlukan bagi memastikan sesebuah filem itu berjaya. Kepakaran setiap individu yang terlibat dengan pembikinan filem dan kos segala teknologi dan peralatan juga perlu diambil kira.