Kebelakangan ini, kdrama banyak menampilkan watak utama yang gila-gila. Watak-watak ini selalu menunjukkan tingkah laku lain dari yang lain, terlalu selamba, berani dan tidak peduli tentang sesiapa pun.
Senarai Kdrama 2023 berikut ini menampilkan watak utama yang gila-gila dan sering menceriakan suasana. Sifat mereka yang terbuka tentang perasaan mereka dan pantang menyerah kalah membuatkan suasana drama makin segar dan rancak.
1. Do Do Hee (Kim Yoo Jung) sering menunjukkan tingkah laku mengejutkan apabila bersama Jung Gu Won (Song Kang) dalam My Demon
2. Lagak dan perangainya tidak sama seperti wanita biasa, Park Yeon Woo (Lee Se Young) tidak pernah segan silu menunjukkan perasaannya dalam The Story of Park’s Marriage Contract
Baca juga: 11 Kdrama Yang Sangat Underrated Tapi Sebenarnya Sangat Menarik
3. Tiga orang si gila-gila bersaudari dalam Welcome to Samdal-ri selalu menceriakan suasana. Bahkan, mereka pulang ke kampung bersama selepas ditimpa masalah
4. Walau percintaannya selalu gagal, Oh Baek Ryeon (Nana) dalam My Man is Cupid tidak menyerah kalah. Nasib lucunya diteruskan apabila dia jatuh cinta dengan seorang pari-pari cinta
5. Tiga watak wanita dalam Doona! ini berani meluahkan perasaan cinta terlebih dahulu tanpa rasa takut. Mereka juga mencintai pasangan mereka sepenuh hati
6. Tidak menyerah kalah hingga cintanya berbalas, kisah gila-gila dalam See You in My 19th Life yang mengejar cinta pertamanya hingga ke kehidupan ke-19 sangat menarik!
7. Dalam drama Korea Strangers Again, Oh Ha Ra (Kang So Ra) secara terang-terangan menunjukkan rasa bencinya apabila bekas suaminya menjadi rakan sepejabat
8. Baru keluar dari penjara, Lee Ro Um (Chun Woo Hee) melancarkan aksi gila-gilanya dengan menjadi penipu dalam Delightful Deceitful
9. Hidupnya penuh dugaan dan sungguh memenatkan, perangai gilanya yang hanya dihiasi kesabaran setipis kulit bawang dalam Heartbeat dicabar apabila ketemu vampire miskin yang boros
10. Sangat membenci kaum lelaki, perangai gila dalam Love to Hate You ditunjukkan dengan jelas dengan sikap tidak mahu mengaku kalah dan bersiam diri apabila diganggu
11. Kelakuan seorang ibu tunggal dan anak perempuannya dalam Not Others sewaktu membela keadilan selalu membuatkan suasana kecoh namun mereka memang mengagumkan. Kedua-duanya mampu mengalahkan sesiapa sahaja apabila bersama!
12. Sebagai tulang belakang keluarga, Shin Ye Eun menjadi seorang gadis yang berani dan mempunyai banyak helah dan cara untuk bertahan hidup dalam The Secret Romantic Guesthouse
13. Tetap berusaha gigih walaupun sering ditolak, tingkah laku Ryu Hong Joo (Kim So Yeon) sewaktu menyukai sahabatnya merupakan scene stealer dalam Tale of Nine Tailed 1938
14. Gelagat Bong Ye Bun (Han Ji Min) sewaktu menyiasat kes pembunuhan dalam Behind Your Touch selalu mengejutkan dan mengundang ketawa
15. Walau sering bertengkar, trio sahabat baik yang ceria dan gila-gila dalam Work Later, Work Now 2 berjaya menunjukkan nilai persahabatan yang murni yang membuatkan para penonton kagum. Dalam diam mereka saling mengambil berat antara satu sama lain
Kdrama 2023 di atas menampilkan watak utama yang gila-gila, berani dan tidak pernah putus semangat. Watak-watak dalam drama-drama tersebut masing-masing mempunyai gelagat dan perwatakan yang sukar dijangka dan mereka sering kali terlibat dalam pelbagai masalah. Sudahkah anda menonton drama-drama ini?