Selain kisah fiksyen yang menghiburkan, terdapat juga Kdrama Sageuk dari Korea Selatan yang diangkat berdasarkan tokoh-tokoh sejarah sebenar dari masa ke semasa.
Era Dinasti Joseon memang menawarkan banyak kisah menarik. Walaupun ada tokoh yang sangat memberi inspirasi, ada juga tokoh-tokoh sejarah yang bernasib tragis.
Salah satu faktor yang membuatkan Kdrama Sageuk ini begitu disukai ramai, kerana ia boleh memberi lebih banyak pengetahuan kepada penonton untuk mengenal lebih jauh dan dalam tentang sejarah Korea Selatan.
Kdrama Sageuk yang tersenarai di bawah ini juga turut mengangkat kisah sebenar beberapa orang tokoh legenda di era Joseon. Jom kita lihat!
1. The Red Sleeve (2021) diinspirasikan dari kisah sebenar seorang dayang istana yang diangkat menjadi gundik Raja Jeongjo
2. Walaupun didominasi dengan kisah fiksyen, Lovers of the Red Sky (2021) menampilkan tokoh sebenar Hong Cheon Ki, pelukis muda berbakat besar di era Joseon
3. Walaupun dibaluti dengan unsur fantasi dan komedi, Mr. Queen (2020) mengusung kisah sebenar raja yang paling lemah dalam sejarah Joseon iaitu Cheoljong
4. Queen for Seven Days (2017) menceritakan tentang kisah sebenar Lady Shin yang menduduki takhta selama 7 hari
5. Dalam Six Flying Dragons (2015), anda boleh menambah ilmu tentang perjuangan enam orang pencetus Dinasti Joseon
6. Dianggap raja paling bijaksana, kisah Gwanghaegun diceritakan dalam The Crowned Clown (2019)
7. Saimdang, Memoir of Colors (2017) mengangkat kisah sebenar Shin Saimdang, iaitu seniman dan penyair era Joseon
8. Dalam drama Jeong Do Jeon (2014), watak Jong Do Jeon digambarkan sebagai seorang ahli politik paling berpengaruh dan juga merupakan sekutu Raja Taejo
9. Jang Ok Jung (2013) menceritakan tentang nasib tragis Ratu Jang Hui Bin yang dikenali sangat gilakan kuasa
10. The King’s Doctor (2012) mengangkat kisah sebenar Baek Gwang Hyeon, doktor pakar kuda yang menjadi tabib kerajaan
11. Warrior Baek Dong Soo (2011) mengangkat kisah Baek Dong Soo, seorang pahlawan rakyat sewaktu pemerintahan Raja Jeongjo terancam
12. Kisah ini dianggap yang paling berjaya dan paling tepat dengan sejarah asal, Dong Yi (2010) mengisahkan tentang Choi Suk Bin, pelayan istana yang menjadi gundik Raja Sukjong
13. Kdrama Sageuk siri Korea legenda iaitu Jewel in the Palace (2003) menceritakan tentang kehidupan Dae Jang Geum, doktor wanita pertama di Korea yang sangat gigih
14. Kisah pelukis erotik, Shin Yun Bok, disajikan dalam Kdrama Painter of the Wind (2008). Dia menyamar menjadi lelaki untuk menyiasat pembunuhan ayahnya
15. Goddess of Fire (2013), Kdrama Sageuk yang menceritakan tentang kehidupan Baek Pa Sun, pakar kraft tanah liat wanita pertama dari Dinasti Joseon
Baca lagi: 9 Drama Korea Pilihan Untuk Introvert
Baca juga: 7 Filem Sageuk Korea Yang Lucu Dan Menghiburkan
Sambil menonton kdrama sageuk yang tersenarai di atas, anda akan mengetahui lebih banyak sejarah kerajaan di Korea Selatan. Pasti anda tidak akan bosan menonton drama-drama siri ini kerana setiap kisah dihiasi dengan jalan cerita dan sinematografi yang sangat menarik. Apatah lagi dibintangi oleh pelakon-pelakon ternama dan juga popular!