Filem-filem dan drama-drama Korea Selatan menarik ditonton kerana kisahnya yang menarik disertai aksi lawan yang epik serta kelihatan lebih realiti. Temanya yang disajikan juga pelbagai, bermula dari balas dendam, gangster, sehingga penyiasatan jenayah.
Selain itu, filem dan drama aksi Korea yang bercerita tentang penipu dan pencuri juga tidak kurang menarik untuk ditonton. Aksi penipuan dan kejar mengejar membuat adrenalin penonton ikut terpacu.
Bagi penggemar filem dan drama jenayah melibatkan penipuan atau “con artist”, berikut merupakan 16 senarai yang harus anda tonton!
1. Mad Dog (2017)
Dibintangi oleh Yoo Ji-tae, Woo Do-hwan dan Ryu Hwa-young.
Choi Kang-woo (Yoo Ji-tae) ialah bekas polis dan ketua pasukan penyiasat Taeyang Insurance, memutuskan untuk mewujudkan pasukan penyiasatnya sendiri bernama Mad Dog, selepas nahas kapal terbang yang meragut nyawa isteri dan anak lelakinya.
2 tahun kemudian, dia bertemu Kim Min-joon, bekas penipu genius yang merupakan adik kepada Kim Beom-joon, pembantu juruterbang pesawat JH 801 yang terhempas, yang disyaki merempuh pesawat itu dengan sengaja dalam percubaan membunuh diri.
Mad Dog dikenali dengan kecekapan dan kelicikan dalam mengungkap korupsi. Yoo Ji Tae kemudian melakukan penyiasatan bagi membongkar penyebab kematian anak dan juga isterinya.
2. Squad 38 (2016)
Dibintangi oleh Ma Dong-seok , Seo In-guk dan Choi Soo-young
Cerita ini mengenai pengurus Biro Pungutan Cukai Baek Sung-il (Ma Dong Seok) dan pasukannya yang mengutip cukai daripada pengelak cukai. Yang kemudian bekerjasama dengan seorang penipu profesional Yang Jeong Do (Seo In Guk)
Bersama, mereka menjalankan misi untuk mengumpulkan cukai bagi sesiapa saja yang tidak mahu membayarnya.
3. Switch Change The World (2018)
Dibintangi oleh Jang Keun-suk dan Han Ye-ri
Jika undang-undang tidak boleh menghukum mereka yang telah menzalimi ribuan nyawa, apa yang boleh kita lakukan? Dalam masyarakat tanpa keadilan dan kebenaran, perlu ada langkah drastik yang diambil untuk menangkap orang jahat. Mata untuk mata, dan penipu untuk penipu.
Oh Ha Ra (Han Ye Ri), seorang pendakwa muda, bertemu dengan seorang lelaki yang wajahnya kelihatan sama seperti pendakwa kanannya, Baek Joon Soo yang koma. Sa Do Chan seorang penipu genius menyamar menjadi pendakwa akhirnya diterima kerja sebagai pasangan Oh Ha Ra untuk menggantikan Joon Soo. Do Chan, seorang penipu genius, menggunakan kemahirannya untuk menangkap orang jahat. Mereka bekerjasama untuk membawa keadilan.
4. Player (2018)
Dibintangi oleh Song Seung-heon, Krystal Jung, Lee Si-eon dan Tae Won-suk.
Drama Korea ini mengisahkan tentang 4 individu yang memiliki kemampuan dan bakat pada bidang masing-masing. Mereka berempat kemudian membentuk sebuah pasukan elit untuk memberantas kejahatan dan penipuan. Bukan itu saja, mereka juga bekerja sama dengan pendakwa yang adil. Bersama-sama, mereka merampas duit haram dan memastikan mereka yang mendapat duit haram itu melalui kejahatan dan jenayah akan ditangkap.
5. Leverage (2019)
Dibintangi oleh Lee Dong-gun, Jeon Hye-bin, Kim Sae-ron, Kim Kwon dan Yeo Hoe-hyun.
Mengisahkan tentang seorang penyiasat Insurans yang akhirnya beralih bidang menjadi penipun profesional. Setelah bersara dari pekerjaannya sebagai penyiasat Insurans, dia merekrut para penjahat yang pernah dia tangkap. Kemudian dia merancang untuk membentuk sebuah pasukan penipu elit. Bukan penipu yang jahat tetapi mereka menjadi penipu yang berniat baik. Mereka menipu golongan kaya raya yang korup dan mengambil wang hak milik orang lain, agar dapat mengembalikan wang tersebut kepada mangsa yang ditipu.
6. Private Lives (2020)
Dibintangi oleh Seohyun, Go Kyung-pyo, Kim Hyo-jin, Kim Young-min dan Tae Won-seok.
Drama ini berkisarkan sekumpulan penipu yang terjumpa maklumat rahsia yang boleh membahayakan negara. Menggunakan kemahiran dan teknik menipu mereka, mereka menentang sebuah konglomerat besar untuk mendedahkan rancangan jahat pemerintah Negara.
7. Big Mouth (2022)
Dibintangi oleh Lee Jong-suk, Im Yoon-ah, dan Kim Joo-hun.
Park Chang-Ho (Lee Jong-Suk) bekerja sebagai peguam dengan kadar kemenangan yang sedikit iaitu 10%. Dia seorang yang cerewet dan, sebab itu orang panggil dia Big Mouth. Suatu ketika peguam tersebut tidak sengaja terlibat dalam sebuah kes pembunuhan yang akhirnya mengancam nyawanya. Selain dituduh sebagai pembunuh, Park Chang-ho juga dituduh sebagai penipu genius (big mouse) kerana pihak berkuasa telah menjumpai sejumlah wang, ubat terlarang, dan senjata ketika siasatan dijalankan.
8. Cafe Minamdang (2020)
Dibintangi oleh Seo In-guk, Oh Yeon-seo, Kwak Si-yang, Kang Mi-na dan Kwon Soo-hyun.
Drama ini menceritakan tentang seorang bekas profiler jenayah yang didakwa palsu kerana mengganggu bukti dalam pembunuhan kawan baiknya. Setelah dibebaskan dari penjara dia kini bekerja sebagai penipu yang menyamar sebagai tukang tilik, dengan kedainya bernama Minamdang dan cuba menyelesaikan pembunuhan itu.
Pelanggan yamg datang tertarik dengan penampilannya yang menarik dan cara bercakap yang lancar. Walaupun dia menipu wang pelanggannya, dia berusaha menyelesaikan masalah mereka, sambil memberikan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang. Dia bekerjasama dengan Gong Soo Cheol, yang menjalankan sebuah agensi detektif swasta, dan adik perempuannya, Hye Joon, seorang penggodam elit.
9. The Swindlers (2017)
Dibintangi oleh Hyun Bin, Yoo Ji-tae, Bae Seong-woo, Park Sung-woong, Nana dan Ahn Se-ha.
The Swindlers merupakan filem yang bercerita tentang Ji Sung, seorang penipu licik yang hanya menipu sesama penipu. Ji Sung merancang untuk menipu Jang Doo Chil. Untuk melancarkan aksinya itu, dia mengatur strategi dengan merekrut pendakwa Hee Soo (Yoo Ji Tae) dan penipu lainnya iaitu Suk Dong (Bae Sung Woo), Choon Ja (Nana) dan Ketua Kim (An Se Ha) untuk mengumpan orang kanan Jang Doo Chil, Seung Gun (Park Sung Woong).
10. The Con Artists (2014)
Dibintangi oleh Kim Woo-bin, Kim Yeong-cheol, Ko Chang-seok dan Lee Hyun-woo.
Filem The Con Artists bercerita tentang Ji Hyeok (Kim Woo Bin), seorang “safe cracker” atau pemecah besi elit yang bekerja dengan Koo In (Ko Chang Seok) dan hacker elit Jong Bae (Lee Hyun Woo). Ketiganya bekerjasama untuk mencuri berlian berharga yang disimpan dalam peti besi rahsia di kedai perhiasan antik milik Presiden Jo (Kim Young Chul).
Disisi lain Presiden Jo sedang mencari “safe cracker”, untuk mencuri wang yang berisi jutaan dolar dalam area pelabuhan Korea Selatan, di Incheon. Dan mereka mesti melakukannya dalam masa 40 minit. Adakah mereka mampu bekerjasama dan saling menguntungkan? Atau sebaliknya.
11. The Thieves (2012)
“The Thieves” ialah sebuah filem Korea Selatan 2012 arahan Choi Dong Hoon. Ia memegang rekod sebagai filem ketiga tertinggi dalam sejarah sinematik Korea Selatan.
Popie (Lee Jung Jae), Yenicall (Jun Ji Hyun), Chewing Gum (Kim Hae Sook) dan Zampano (Kim Soo Hyun) ialah sekumpulan pencuri profesional Korea Selatan yang baru sahaja berjaya mencuri pasu antik berharga dari galeri seni. Macao Park (Kim Yun Seok) menghubungi Popie untuk meminta bantuan pasukannya dalam rompakan baharu di Macau untuk mendapatkan berlian yang jarang dikenali sebagai Tear of the Sun, yang bernilai $20 juta.
Di Hong Kong, kumpulan itu bertemu dengan krew pencuri tempatan: Chen (Simon Yam), Andrew (Oh Dal Soo), Julie (Angelica Lee) dan Johnny (Derek Tsang). Pada awalnya mereka tiada persafahaman, namun akhirnya mereka bekerjasama. Bolehkah kumpulan pencuri antarabangsa mengetepikan agenda peribadi mereka untuk melakukan rompakan terbesar dalam hidup mereka?
12. Collectors (2020)
Filem yang dibintangi oleh Lee Je-hoon, Jo Woo-jin, Shin Hye-sun dan Im Won-hee.
Filem ini mengisahkan tentang kisah rompakan kubur yang berlaku di tengah-tengah Seoul. Lee Je Hoon membawa peranan sebagai pencuri makam kuno bernama Kang Dong Goo. Suatu hari, Kang Dong Goo bertemu dengan kurator Yoon (Shin Hye Sun) yang menawarkan kesepakatan menarik untuk mencuri makam kuno yang berisiko tinggi. Kang Dong Goo pun menerima tawaran itu lalu bekerja sama dengan ahli mural makam kuno Dr Johns (Jo Woo Jin) dan pakar penyodok legenda, Sapdari.
13. Pipeline (2021)
Dibintangi oleh Seo In-guk, Lee Soo-hyuk dan Eum Moon-suk.
Filem Pipeline mengisahkan enam pencuri yang ingin mengubah hidup mereka dengan mencuri minyak yang tersembunyi di dalam terowong berpuluh-puluh meter di bawah tanah di Korea.
Gun Woo (Lee Soo Hyuk) yang berasal dari keluarga kaya sekaligus pemilik perusahaan penyulingan minyak merancang untuk mencuri minyak yang berada di bawah tanah. Dia kemudian membentuk pasukan untuk melancarkan aksinya itu bersama Pindol (Seo In Guk) yang merupakan engineer penggali minyak terbaik di Korea, dibantu bersama beberapa ahli dengan kepakaran masing-masing.
14. The Scam (2009)
Dibintangi Park Yong Ha, Kim Min Jung, Park Hee Soon, Kim Mu Yeol dan Jung Min Sung
Dalam filem ini, Hyun Soo menjadi muflis akibat bermain saham. Suatu hari, dia mendapatkan jackpot dari saham Omega Telecommunication. Jong Gu Kang sebagai pelabur yang melabur dalam saham Omega pun merasa rugi. Jong Gu adalah ketua kumpulan samseng terkenal, seorang licik dan kerap memanipulasi saham Omega selama ini untuk kepentingannya sendiri.
Bukannya nak balas dendam, Jobg Gu malah mengajak Hyun Soo dan 4 broker saham profesional lain ke dalam operasi penipuan dan memanipulasi pasaran saham bernilai $60.000.000. Namun akhirnya, semua orang mula tidak mempercayai satu sama lain dan merancang strategi mereka sendiri untuk menikam belakang antara satu sama lain.
15. Master (2016)
Dibintangi oleh Lee Byung-hun, Gang Dong-won dan Kim Woo-bin.
Buat anda pejuang pasif income, anda mungkin bakal menyerap banyak ilmu dengan menjana wang dengan cara yang betul setelah menonton filem Korea yang ditayangkan pada tahun 2016 ini.
Filem Master berkisar tentang penyiasatan jenayah yang dilakukan oleh sekumpulan detektif, dengan Won Network sebagai perusahaan terkemuka Korea yang dicurigai kerana terlibat dengan banyak kes penipuan.
Aktor veteran Lee Byung Hun bakal mencuri banyak perhatian, kerana tampil epik sebagai dalang dan ketua geng penipu yang bernaung di perusahaan Won Network. Tidak kalah mencuri perhatian, Kim Woo Bin berlakon sebagai anak buah genius dari si penipu ulung yang membelot untuk tujuan baik.
Filem yang mengambil tema penipuan ini dibangun dengan jalan cerita yang mengajak penontonnya menyerap banyak taktik “mahal” yang dilancarkan si penipu mahupun dari para detektif yang memburunya.
Ambil tips yang baik sahaja ya! Yang tidak elok jangan ditiru!
16. On The Line (2021)
Dibintangi oleh Byun Yo-han , Kim Mu-yeol , Kim Hee-won dan Park Myung-hoon.
Filem ini berkisar tentang Seo Joon, bekas polis dan mangsa pancingan data suara , yang menembusi organisasi pelaku di China untuk mendapatkan semula wangnya. Kisah bermula ketika isteri Seo Joon mendapat sebuah panggilan yang memaklumkan tentang sebuah kemalangan di mana Seo Joon dianggap sebagai pelaku yang harus bertanggungjawab dalam kejadian itu.
Singkat cerita, isteri Seo Joon pun akur sahaja permintaan si pemanggil misteri itu dan mengirimkan sejumlah wang yang agak besar jumlahnya. Tidak berapa lama san isteri mendapat khabar yang Seo Joon, ketika itulah isteri Seo Joon tersedar bahawa dia telah menjadi mangsa penipuan. Situasi bertambah rumit apabila isteri Seo Joon mengalami kemalangan setelah itu.
Itu sahaja senarai filem dan drama pilihan Korea bertema penipuan atau “con artist”. Selamat menonton ya!