Seperti yang kita selalu lihat, Song Ji Hyo seringkali mempunyai rambut yang panjang. Apabila , Song Ji Hyo tampil dengan imej baharu, iaitu dengan berrambut pendek, ramai peminat terkejut dan meluahkan rasa tidak puas hati.
Peminat berasa kecewa terhadap kumpulan pekerja yang menguruskan imej Ji Hyo, terutamanya jurugaya pelakon tersebut. Mereka mendakwa jurugaya Ji Hyo gagal untuk menjaga kredibilitinya selaku pelakon dan artis popular.
Akhirnya, selepas beberapa bulan bersama imej baharu, Ji Hyo memndedahkan punca sebenar tentang keputusannya untuk berambut pendek di rancangan YouTube, Turkiyes.
Jelas anggota Running Man itu, semuanya berlaku disebabkan suatu hari dia berada dalam keadaan mabuk sehingga hilang kewarasan dan bertindak memotong sendiri rambutnya menggunakan gunting.
“Saya potong sendiri rambut saya ketika mabuk teruk. Saya minum alkohol dan jadi marah ketika itu. Saya pun tak tahu kenapa saya buat begitu pada waktu itu.”
Ji Hyo juga mendedahkan bahawa dia telah memotong rambutnya menggunakan gunting yang seringkali digunanya untuk memotong bekas ubat gigi dan tiub alat solek.
Pelakon cantik itu juga memohon maaf dan berharap agar peminat tidak memarahi pekerjanya. Untuk pengetahuan, Ji-hyo telah mengejutkan peminat dengan tampil berambut pendek sekitar bulan November tahun lalu menerusi perkongsian beberapa keping foto dalam Instagramnya
Baca lagi: Kdrama Favourite Korang, “Crash Landing On You”, Bakal Diterbitkan Secara Musikal
Baca lagi: Netizen Terkejut Cara Idola K-Pop Mengadakan Panggilan Video Bersama Peminat, Sangat Memalukan!