Home Artis Korea 17 Fakta Menarik Minggu Pertama Tayangan “My Dearest”, Dibintangi Namgoong Min dan...

17 Fakta Menarik Minggu Pertama Tayangan “My Dearest”, Dibintangi Namgoong Min dan Ahn Eun Jin, Wajib Tonton

0

My Dearest di bintangi Nam Goong Min, Ahn Eun Jin, Lee Hak Joo, Lee Da In ini mengusung genre sageuk dan romantis.

IMG 0796

Berlatarkan era Kerajaan Joseon, ketika rakyat mengalami kesulitan kerana penjajahan Qing dari 3 Januari 1637 hingga 24 Februari 1637. Di masa krisis ini, terukir kisah cinta antara dua orang dengan latar belakang kehidupan yang berbeza.

Pada dua episod perdananya, hubungan percintaan yang rumit dari empat karakter utamanya sudah tergambar jelas. Misteri dari karakter Lee Jang Hyun (Nam Goong Min) juga membuatkan penonton tertanya-tanya.

Jom kita lihat 17 fakta menarik dari drama My Dearest yang tayang setiap hari Jumaat dan Sabtu di saluran MBC ini:

 

IMG 0779

1. My Dearest merupakan drama romantik sejarah yang menceritakan tentang kisah cinta antara seorang lelaki bernama Lee Jang Hyun yang bernekad tidak akan berkahwin.

 

My dearest

2. Kemudian muncul seorang wanita bangsawan bernama Yoo Gil Chae yang bermimpi menemukan cinta sekali lagi setelah perkahwinannya gagal dua kali

 

IMG 0777

3. My Dearest menarik untuk ditonton kerana menggambarkan bagaimana para wanita bangsawan pada masa lalu menemukan cinta mereka.

 

IMG 0773

4. Di awal cerita penonton akan merasakan My Dearest belum menunjukkan jalan cerita yang kuat. Namun drama ini berhasil menampilkan karakter yang menonjol dari Lee Jang Hyun yang dilakonkan oleh Namgoong Min yang kuat dan lakonan menawannya. Ditambah pula dengan karakter unik Yoon Gil Chae yang dilakonkan oleh Ahn Eun Jin.

 

IMG 0778

5. Lee Jang Hyun muncul kali pertama dalam adegan di tepi pantai. Dia membawa pedang dengan tubuhnya berlumuran darah, namun belum diceritakan apa yang terjadi dengan Lee Jang Hyun. Bagaimanapun, Lee Jang Hyun adalah nama yang sering muncul pada draf catatan sejarah Putera Mahkota So Hyun (Kim Mu Jun) yang seharusnya dihapus dari sejarah.

 

IMG 0776

6. Cerita yang awalnya berlatarkan tahun 1659 berundur ke tahun 1936 di Neunggun-ri. Ketika itu Lee Jang Hyun hidup dan berada di perkampungan tersebut

 

IMG 0784

7. Sehingga akhirnya Lee Jang Hyun muncul sebagai pendatang di kampung yang didiami Yoon Gil Chae. Kemunculan Lee Jang Hyun sebagai lelaki misteri ini banyak dibicarakan oleh warga kampung.

 

IMG 0780

8. Lee Jang Hyun juga berhasil memikat hati para tetua di perkampungan itu sehingga dirinya disambut baik.

 

IMG 0781

9. Lee Jang Hyun lalu terlibat dengan Yoo Gil Chae (An Eun Jin) yang tidak tertarik padanya dan hanya fokus pada Nam Yeon Joon (Lee Hak Joo)

 

IMG 0783

10. Dalam drama terbarunya My Dearest ini, Ahn Eun Jin membawakan karakter Yoon Gil Chae seorang wanita bangsawan yang berani dan memiliki sikap yang berbeza dari anak-anak bangsawan lainnya. Karakter Yoon Gil Chae yang unik yang dijauhi teman-temannya itu membuatkan Lee Jang Hyun semakin tertarik.

 

IMG 0782

11. Cinta Yoo Gil Chae bertepuk sebelah tangan kerana Nam Yeon Joon sudah bertunang dengan Kyung Eun Ae (Lee Da In). Namun, Gil Chae tidak berputus asa untuk memikat Yeon Joon. Nam Yeon Jun adalah karakter yang dilakonkan Lee Hak Ju, seorang pelajar sarjana konfusius yang sedang belajar di Sungkyukwan

 

IMG 078812. Sebagai seorang sarjana yang tegas dan jujur, Nam Yeon Jun membuktikan kesetiaannya kepada negara dengan bertempur dalam perang saat diserang dinasti Qing

 

IMG 0790

13. Lee Da In akan melakonkan karakter bernama Kyung Eun Ae. Seoranh wanita yang baik hati dan bijak. Kyung Eun Ae merupakan tunang Nam Yeon Jun dan sahabat karib kepada Yoo Gil Chae

 

IMG 0794

14. Jang Hyun kemudiannya menemani Gil Chae pergi ke Hanyang. Bermula dari sinilah Gil Chae mempunyai pandangan yang berbeza terhadap Jang Hyun. Apakan yang bakal berlaku diantara Lee Jang Hyun dan Yoon Gil Chae? Adakah mereka akan menjadi rapat sedangkan masing-masing mempunyai pandangan yang berbeza tentang cinta.

 

IMG 0799

15. Saat Neunggun-ri merayakan ulang tahun perkahwinan Song Chu (Jung Han Yong), Dinasti Qing datang menyerang Raja Injo (Kim Jong Tae)

 

IMG 0800

16. Dalam trailer episod selanjutnya, para pemuda Neunggun-ri nampaknya sedang bersiap sedia untuk membantu raja, termasuk juga Lee Jang Hyun.

 

IMG 0798

17. Hubungan diantara Lee Jang Hyun dengan Putera Mahkota So Hyun seperti yang ditampilkan pada awal episod juga membuatkan penonton tertanya-tanya. Kita tunggu episod selanjutnya, ya.

Jangan lupa saksikan episod seterusnya drama My Dearest ya! Dan nantikan kemaskini artikel terbaru tentang drama ini lagi nanti!

IMG 0792


Baca lagi: Pratonton My Dearest Episod 1, Dibintangi Namgoong Min
Baca juga: Watak Baru Dalam The First Responders 2, Siapakah Kang Do Ha?