Selalu dipilih untuk membawa watak penjahat dalam sesebuah projek kadang kala membuatkan seseorang pelakon dilabel memiliki kelakuan yang jahat juga.
Begitu juga sebaliknya, apabila seorang pelakon membawa watak lelaki manis, manja dan romantik, pasti pelakon tersebut akan dinilai sebagai seorang individu yang romantik dan dipenuhi dengan perasaan cinta yang tulus.
Namun, bagaimana pula jika seorang pelakon mampu dan terpilih untuk melakonkan watak yang berbeza-beza? Pelakon-pelakon profesional biasanya mampu membawa semua watak baik atau jahat dengan penuh berkesan.
Tanpa perlu terbawa-bawa dengan watak lain yang pernah dilakonkan, pelakon-pelakon ini mampu memberi mood dan persembahan segar untuk projek lakonan mereka yang lain.
Berikut ini merupakan 17 pelakon lelaki Korea yang sangat mahir membawa watak psikopat dalam filem dan drama tetapi dalam masa yang sama turut terlibat dalam projek yang lain yang memerlukan mereka membawa watak romantik:
1. Selepas terlibat dalam You’re My Spring (2021) dengan watak yang penuh cinta dan romantik, Kim Dong Wook terus berubah menjadi seorang psikopat dalam The King of Pigs (2022)
2. Menjadi pembunuh kejam dalam A Superior Day (2022) seolah-olah membuatkan kita lupa bahawa Lee Won Geun pernah berlakon dalam drama romantik A Person You May Know (2017)
3. Kedua-duanya adalah drama sejarah, Kang Hoon dalam The Red Sleeve (2021) membawa watak sebagai pembunuh para dayang dan berbeza pula dengan wataknya dalam The Secret Romantic Guesthouse (2023)
4. Dalam drama Mouse (2021), Lee Seung Gi adalah seorang psikopat yang bersembunyi di sebalik perwatakan yang polos dan baik sebagai seorang pegawai polis. Namun, semuanya berubah begitu sahaja dalam Law Café (2022), pelakon ini menjadi seorang pendakwa raya yang hangat jatuh cinta
5. Lee Dong Wook menjadi pembunuh paling ditakuti setiap penghuni asrama dalam Stranger from Hell (2019), tetapi menjadi sangat romantik dalam Touch Your Heart (2019)
6. Sangat kejam menjadi pembunuh dalam Vincenzo (2021), pada tahun yang sama Ok Taecyon juga berlakon dalam drama romantik misteri Secret Royal Inspector & Joy (2021)
7. Park Bo Geum berlakon dalam Hello Monster (2015) sebagai seorang psikopat dan dalam Reply 1988 (2015) dia berlakon sebagai seorang pemuda yang berhati lembut
8. Kim Jae Wook dalam Voice 1 (2017) membawa watak sebagai seorang CEO yang membunuh dengan kettlebell, seterusnya menjadi seorang lelaki romantik dalam drama Her Private Life (2019)
9. Menjadi seorang psikopat yang sangat dingin dan kejam dalam Flower of Evil (2020), Kim Ji Hoon tampil berbeza sebagai seorang CEO yang akhirnya jatuh cinta dalam Love to Hate You (2023)
10. Sewaktu berlakon dalam Voice 3 (2019), betapa gilanya Park Byung Eun sebagai seorang psikopat yang kejam. Namun, dia menjadi sangat obses dan jatuh cinta dengan seorang wanita dalam drama Eve (2022)
11. Lee Sang Yeob melakonkan watak sebagai seorang pembunuh dalam Signal (2016), namun dia juga terlibat dengan sangat banyak projek drama romantik seperti Eve (2022)
12. Selesai membunuh kawan-kawannya sewaktu terdampar di sebuah pulau dalam Missing 9 (2017), Choi Tae Joon juga mempunyai sebuah hubungan percintaan yang bahagia dalam So, I Married An Anti-Fan (2021)
13. Terlibat dengan cinta kontrak dalam Love in Contract (2022) dan pada tahun yang sama menjadi seorang psikopat dalam Connect (2022) tidak membuatkan lakonan Go Kyung Pyo terkeliru dan kaku. Memang profesional!
14. Tiada sesiapa boleh mempersoalkan lakonan Im Si Wan. Pelakon ini berjaya membawa watak sebagai seorang jejaka romantik dalam Run On (2020) dan dia juga selalu muncul sebagai seorang lelaki psikopat, salah satunya adalah Unlocked (2023)
15. Jiwa psikopat Wi Ha Joon dalam Midnight (2022) membuatkan para penonton merasa seram sejuk. Namun, sewaktu berlakon dalam Little Women wataknya berubah 100%
16. Ramai orang yang trauma dengan penampilan Kim Young Kwang sebagai seorang psikopat kejam dalam Somebody (2022). Hingga membuat penonton mencurigainya dalam drama romantik Call it Love (2023)
17. Lee Kyu Hyung berjaya membuatkan air mata para penonton jatuh dalam drama Hi Bye, Mama (2020) dan membuatkan para penonton lemah jantung dengan lakonannya dalam Voice 4 (2021)
Para pelakon sememangnya perlu mahir dalam membawa pelbagai watak. Kepelbagaian watak ini membuktikan betapa hebatnya lakonan mereka dan mereka layak dihargai. Siapakah pelakon kegemaran anda?
Baca Lagi: 9 Kdrama Lakonan Oh Man Seok Yang Menarik Untuk Ditonton
Baca Juga: 9 Watak Ibu Tunggal Dalam Kdrama 2023