Setelah berjaya membawa watak sebagai tentera yang berjuang menghadapi trauma dalam Causeway (2022), tahun ini Jennifer Lawrence atau dikenali juga sebagai J-Law kembali menerusi filem terbarunya yang berjudul No Hard Feelings (2023).
Mengusung genre komedi erotik, filem ini menampilkan Jennifer Lawrence sebagai teman wanita kontrak kepada seorang lelaki introvert. Sayangnya, walaupun mempunyai jalan cerita yang unik, No Hard Feelings mendapat ulasan yang kurang baik daripada para pengkritik filem.
Di Rotten Tomatoes, filem yang dibintangi Jennifer Lawrence bersama Andrew Barth Feldman (High School Musical: The Musical: The Series) ini hanya mampu mengumpulkan rating sebanyak 67 peratus sahaja.
Walaupun begitu, sebenarnya rating yang diperolehi oleh fielm No Hard Feelings masih dalam kategori baik jika dibandingkan dengan beberapa buah filem Jennifer Lawrence sebelum ini.
Tidak percaya? Berikut merupakan 8 buah filem lakonan Jennifer Lawrence dengan rating terendah di Rotten Tomatoes. Dua di antaranya merupakan filem X-Men! Jom sama-sama kita lihat:
1. Walaupun diangkat dari kisah benar, jalan cerita filem Joy (2015) dianggap sangat tidak logik oleh ramai pengkritik. Filem ini sekadar mendapat rating sebanyak 60 peratus
2. Meraih rating 56 peratus, Don’t Look Up (2021) nampaknya mendapat bermacam jenis kritikan, menyukai atau membencinya. Anda tergolong dalam yang mana
3. CGI yang buruk menjadi salah satu sebab X-Men: Apocalypse (2016) mendapat rating rendah iaitu 47 peratus. Nasib baik filem ini berjaya secara komersial
4. Terlalu kontroversi, adegan berani tanpa seurat benang Jennifer Lawrence dalam Red Sparrow (2018) tidak disukai ramai. Hasilnya, filem ini hanya mampu mengumpulkan rating sebanyak 45 peratus!
5. Akibat terlalu simbolik, The Burning Plain (2008) sukar untuk dicerna dan difahami oleh sebahagian penonton. Sudah menonton filem dengan rating 38 peratus ini?
6. Keserasian Jennifer Lawrence dan Chris Pratt tetap tidak dapat memuaskan hati para pengkritik menerusi filem Passengers (2016). Rating 30 peratus dianggap sesuai untuk filem ini yang dikatakan gagal
7. Bukan hanya gagal di box office, Dark Phoenix (2019) juga termasuk dalam senarai filem X-Men terburuk dengan rating 22 peratus. Kenapa ya?
8. Filem seram pertama lakonan Jennifer Lawrence iaitu House at the End of the Street (2012), nampaknya perlu gigit jari dengan rating yang sangat rendah iaitu 12 peratus akibat plot twist yang tidak menjadi.
Dari kesemua lapan tajuk yang tersenarai di atas, tiga di antaranya merupakan filem dengan bajet besar dan juga box office iaitu X-Men: Apocalypse (178 juta dolar AS), Passengers (150 juta dolar AS), dan Dark Phoenix (200 juta dolar AS). Walaupun mendapat ulasan buruk, tiga buah filem Jennifer Lawrence tersebut masih menarik untuk ditonton bersama keluarga di rumah.
Baca lagi: 14 Kdrama 2023 penuh teori dan misteri
Baca juga: Ending “Celebrity” – Muncul Sebagai Cameo, Siapakah Lee Junho 2PM