Home Kdrama/Kmovie 9 Drama Korea Popular dan Lagenda Ini Masih Melekat Di Hati Penonton,...

9 Drama Korea Popular dan Lagenda Ini Masih Melekat Di Hati Penonton, Penuh Nostalgia!

0

Drama Korea memang selalu meninggalkan kesan yang mendalam bagi para penonton. Plot cerita yang menarik dan sangat berhubung kait dengan kehidupan seharian membuatkan drama Korea selalu berjaya mencuri hati para peminat setia.

Pada 20 tahun yang lalu, drama Korea belum popular seperti sekarang. Pada waktu itu drama Korea masih sedikit dan terbatas akses untuk menonton, membuatkan drama Korea lagenda pada zaman itu masih kekal di hati para peminat setia hingga kini.

Berikut dibawah ini adalah sembilan drama Korea lagenda yang meninggalkan kesan mendalam di hati para peminat setia.

 

1. Full House

381ecd52 42c8 4ea3 9295 daa0df16e4b2Sudah tidak asing lagi, drama Full House boleh dikatakan salah sebuah pelopor populariti drama Korea di negara kita. Keserasian antara kedua-dua pelakon utama iaitu Rain dan Song Hye Kyo sangat baik.

Drama Full House menampilkan cerita yang ringan, hangat, dan juga lucu. Babak yang paling membekas di hati adalah semasa Song Hye Kyo menyanyi dan menari lagu Three Bears Song dalam drama Full House

 

2. Autumn in My Heart (Endless Love)

0be79527 feeb 4ff9 9746 c4e7d7270a5dDrama Korea lain yang dibintangi oleh Song Hye Kyo ini terkenal dengan kisahnya yang berakhir dengan pilu dan sedih. Selain kisah cinta, drama Autumn in My Heart (Endless Love) berjaya memberikan kesan hangat tentang hubungan keluarga. Salah satu perkara yang selalu diingati dari drama Autumn in My Heart (Endless Love) ini adalah original soundtrack yang sangat memukau.

 

3. Winter Sonata

fea7331d d436 4f60 9e6f 09091bcd4cafDrama Korea Winter Sonata sangat popular pada zamannya, bahkan lokasi penggamgaran drama Winter Sonata iaitu Pulau Nami turut menjadi salah satu tempat pelancongan yang ditujui oleh para pelancong apabila sampai ke Korea Selatan. Memiliki kisah cinta yang romantik dan penuh dramatik, drama ini menjadi popular di kalangan remaja waktu itu. Malangnya, salah seorang pelakon drama ini iaitu Park Yong Ha meninggal dunia kerana bunuh diri pada tahun 2005.

 

4. I’m Sorry, I Love You

b31006a4 0754 4409 b269 e7d7f8662d6f

Penuh liku-liku kehidupan dan sangat dramatik, drama I’m Sorry, I Love You yang dibintangi oleh So Ji Sub merupakan drama yang sukar untuk dilupakan oleh para peminat setia. So Ji Sub yang mengenakan headband sport dalam drama ini merupakan watak yang sukar dilupakan oleh penonton. Di sebalik popularitinya, drama I’m Sorry, I Love You ternyata penuh dengan pengajaran berguna untuk kehidupan.

 

5. Stairway to Heaven

44ba2903 b5c6 47aa b102 393c044a60c0Berbicara mengenai drama Korea Stairway to Heaven, perkara yang terus diingati adalah babak komedi yang melucukan. Drama ini mengisahkan tentang kisah cinta masa kecil yang terus berlanjutan hingga dewasa. Pengorbanan dan perjuangan cinta membuatkan adegan dalam drama ini sangat disukai oleh para peminat.

 

6. Princess Hours

dd93dcbd f642 46f2 a116 2b13329bbcd7Drama Princess Hours menggabungkan tema sageuk dengan moden, walau didominasi kisah yang moden dalam drama ini. Drama ini merupakan debut lakonan bagi Yoon Eun Hye dan berjaya di Korea Selatan. Watak Yoon Eun Hye yang polos dan lucu dalam drama ini, membuatnya begitu disayangi oleh para peminat.

 

7. My Lovely Sam Soon

4492d347 4dc8 4efd 94d8 8fa67af92e38Drama My lovely Sam Soon berjaya menyingkirkan standard kecantikan Korea Selatan melalui karakter Kim Sam Soon yang dibawa oleh Kim Sun A. Kim Sam Soon digambarkan sebagai wanita yang bertubuh sedikit berisi dan memiliki pipi yang comel. Watak Kim Sam Soon sangat kuat dalam drama ini kerana dia tahu perkara yang disukainya. Tidak hairanlah, drama My Lovely Sam Soon masih diingati walau sudah 16 tahun berlalu.

 

8. Jewel in the Palace

ef9c0377 7c98 4b0b be43 f75690e2a7b0Salah sebuah pelopor drama Korea saeguk, Jewel in the Palace adalah mengenai seorang wanita yang bernama Dae Jang Geum yang mempunyai lidah yang sangat peka dengan rasa. Drama ini memiliki jumlah episod yang sangat banyak, namun berjaya dikemaskan secara menarik sehingga tidak membosankan.

 

9. A Love to Kill

Drama korea

Drama Korea A Love to Kill mengangkat kisah balas dendam yang berakhir menjadi cinta. Drama ini mengingatkan pada karakter bad boy yang sebenarnya memiliki hati yang baik. Kisah romantik yang penuh cabaran membuatkan drama ini sangat membekas di hati penonton.

Demikian sahaja pilihan sembilan drama Korea lagenda yang masih melekat di hati para peminat setia, kini para pelakon drama-drama ini sudah menjadi bintang besar yang hebat. Anda suka yang mana?

Baca lagi: Minat Meteor Garden? Tonton 8 Versi Drama Tersebut dari Pelbagai Negara
Baca juga: 8 Drama Korea Julai 2024, Dari Genre Thriller hinggalah Komedi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here