Dua bintang Running Man iaitu Yoo Jae Suk dan Song Ji Hyo menjelaskan sebab mengapa mereka tidak menggunakan Kakaotalk dan saluran media sosial lain.
Ketika itu, mereka menjawab beberapa soalan yang dikirim oleh peminat bagi meraikan episod ke-600 Running Man.
Jae Suk ditanya mengapa dia tidak menggunakan Kakaotalk (WhatsApp versi Korea Selatan)?
“Terlalu banyak nombor telefon dan grup chat yang perlu saya uruskan. Bagi saya, itu mungkin menyusahkan.” jawab pengacara terkenal itu.
Ji Hyo mencelah dan menyatakan berkongsi bahawa dia ada kalanya berasa terlalu banyak mesej yang tidak perlu dalam grup chat Kakaotalk.
Apabila Kim Jong-kook berkata mesej yang tidak penting itu mungkin seronok juga untuk dibaca, Ji Hyo membalas dengan penuh makna, “Saya tak mahu buang masa dan korbankan banyak perkara hanya untuk perkara menyeronokkan yang sekejap sahaja.”
Seterusnya, Jae Suk turut berkongsi mengapa dia tidak mempunyai sebarang akaun media sosial.
“Tak tahulah kenapa saya perlu aktif di media sosial. Saya bukan jenis yang suka ambil gambar. Buat masa ini, saya tiada sebarang perancangan untuk buat akaun media sosial.
Sumber: [1]