Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok nadiaariss, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.
Dalam video klip ini menunjukkan reaksi seorang budak perempuan menangis selepas melihat kucing peliharaannya yang hilang selama 2 bulan sudah ada di rumah. Video klip ini telah disiarkan oleh wanita yang merupakan ibu kepada budak perempuan ini. Dikatakan selepas kucing peliharaannya hilang, gurunya telah menghubungi si ibu yang mengatakan anaknya menjadi seorang pendiam selepas kehilangan kucing kesayangannya.
Namun reaksi budak perempuan ini juga telah mendapat perhatian netizen selepas beliau melihat kucing peliharaannya sudah berada di rumah setelah 2 bulan menghilang.
(Gambar hiasan)
Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan reaksi budak perempuan ini sememangnya membuatkan orang ramai turut sebak melihat tindakannya yang terus memeluk kucing kesayangan setelah lama menghilang. Ada juga yang berkongsi cerita di mana mereka juga pernah mengalami perkara yang sama. Netizen juga terharu melihat reaksi budak perempuan ini yang secara spontan menghala ke haiwan kesayangannya dan memeluk sambil menangis.
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 72.8K penonton, 2432 sukaan dan 532 komen.
Baca lagi: Zikir Nenek Di Tiktok Raih 8 Juta Tontonan Lepas Kejadian Ajaib Timpa Anak
Baca lagi: Anak Tak Balik Ke Rumah Selepas Turun Ke Laut, Sekali Ini Pula Yang Terjadi
Lihat klip durasi pendek reaksi kanak-kanak ini:
View this post on Instagram
Lihat juga video dibawah:
Lihat apa juga kata orang ramai:
@hamzahaziz722: betul tu hanya pecinta kucing aje yg memahami
@Ieyyzan48: dgn acik sekali nangis dik tgok ko cmtu terharunya
@Yus@Sweet: berair mata akak tgk moment indah ni.. duk depan ramai org plk ni.. nasib pkai cermin mata
@Jesz Eva: Nie mmg sebijik cam ank sya,.,.pencinta kucing,.mudah menangis bab² berkaitan ngn kucing
@kisahkita: Acik pun ikut nangis,sbb miew acik pun dh 6 bln xde..dlm kenangan
@ekinshah: mcm aciklah nak….bila hilang binatang yg kite syg..mengalir air mta ini..tp alhamdulillah dh jumpa kembalii…hr2 peluk cium…..
@sharifah7459: Acik dah umur 50 tahun pun nangis macam tu bila kucing hilang..
@sarinahzainal72: alhamdulillah.auto sebak.acik hilang kucing 1 jam bole bole nangis tau ni lgi 2 bln x blik,tiba2 blik rse peluk tu xnk lepas.
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram