Choi Tae Joon dilaporkan terlibat dalam alih suara untuk bahagian kedua dokumentari khas EBS “Public Diplomacy, Move Your Heart”. Pelakon itu juga mengumumkan bahawa dia akan menyumbangkan duitnya untuk projek tersebut.
Selain mengambil bahagian dalam alih suara narasi dokumentari tentang diplomasi awam, yang menyebarkan daya tarikan Korea kepada dunia, Choi Tae Joon melawat veteran Ethiopia dalam Perang Korea, mengambil gambar, dan membantu dengan projek penjanaan semula di sebuah kampung yang kurang maju di Vietnam.
Netizen tersentuh dengan jasa baik Choi Tae Joon dalam membuat sumbangan pertamanya selepas menyambut anak pertamanya dengan Park Shin Hye pada bulan Mei lalu.
Park Shin Hye dan Choi Tae Joon telah berkahwin pada Januari lalu. Selepas mengekalkan hubungan rapat mereka sebagai senior dan junior di Jabatan Teater di Universiti ChungAng, mereka mula bercinta pada tahun 2017 dan mendedahkan hubungan mereka kepada umum pada tahun 2018.
Mereka menerima banyak ucapan tahniah daripada berita perkahwinan mereka serta kehamilan Park Shin Hye. Dia hamil ketika membuat persiapan untuk berkahwin dan melahirkan seorang anak lelaki pada 31 Mei.
Dua bulan selepas kelahiran anak lelaki mereka, Choi Tae Joon mengumumkan sumbangannya, menyampaikan berita baik berturut-turut kepada orang ramai.
Park Shin Hye dan Choi Tae Joon dikenali sebagai pasangan yang mempunyai banyak persamaan, seperti bersenam bersama, berkongsi hobi yang sama dan mempunyai pegangan agama yang mendalam.
Baca lagi: Bekas Idola Lelaki Ini Terpaksa Bekerja Di Café Selepas Kumpulannya Dibubarkan
Baca lagi: “Minum Milo Dah Dia Sekarang”, Park Seojun Dilantik Jadi Duta Milo
Mereka berdua menyebarkan pengaruh yang baik dengan membuat sumbangan. Park Shin Hye pernah menderma sebanyak 50 juta won (RM 168.6k) untuk membantu orang yang terjejas akibat kebakaran hutan di Uljin, Gyeongbuk dan Samcheok, Gangwon, pada bulan Mac.
Choi Tae Joon pula bergabung tenaga dengan peminatnya untuk menderma beras untuk membantu orang yang memerlukan.