Connection merupakan drama yang ditayangkan di SBS untuk mengisi slot Jumaat dan Sabtu.
Connection menceritakan tentang seorang polis bernama Jang Jae Kyung (Ji Sung) dari Unit Anti Dadah di Balai Polis Anhyeon yang ketagihan dadah. Dia perlu menyiasat penyebab dia menjadi penagih dadah dan dalam siasatannya ini, dia dibantu oleh sahabatnya, Oh Yun Jin (Jeon Mi Do).
Connection mengandungi sejumlah 14 episod dan kini berbaki 2 episod sahaja lagi yang bakal berakhir pada 6 Julai ini. Tahukah anda masih terdapat beberapa persoalan yang perlu dirungkai di episod akhir drama Connection ini?
Perhatian, artikel ini mengadungi spoiler.
1. Bagaimanakah cara Jang Jae Kyung mengatasi ketagihannya?
Seperti yang telah disebutkan sebelum ini, Jang Jae Kyung adalah detektif yang biasa menyiasat kes penggunaan dadah. Namun, dia sendiri diperangkap oleh sosok misteri yang bernama Doctor hingga dia menjadi penagih dadah. Jang Jae Kyung diberi sejenis dadah yang dikenali sebagai Lemon Ppong yang sering diedarkan secara sembunyi-sembunyi.
Disebabkan dia telah menjadi penagih dadah, Jang Jae Kyung kerap mengalami gejala yang membuatkan dirinya tidak selesa pada waktu-waktu tertentu. Dia selalu mengalami pening kepala, panik, dan merasa sesak nafas serta gugup. Dia mengambil ubat lain untuk menghindari penggunaan dadah tersebut.
Di episod terbaru, Jang Jae Kyung sudah menaikkan dos penggunaan ubat yang diambilnya, tapi gejalanya tampak tidak berkurang. Dia boleh diserang penyakit yang kronik apabila terus-menerus mengambil ubat itu. Ketika menemui Doctor yang memerangkapnya, dia belum mendapat penawar dadah itu.
Di episod akhir, sepatutnya dijelaskan bagaimanakah cara Jang Jae Kyung mengatasi ketagihannya dan adakah dia akan dilucutkan jawatan sebagai anggota polis kerana menyimpan kebenaran tersebut. Kita nantikan ya!
Baca juga: 5 Drama Korea Ini Bawa Tema Sama Seperti Drama Popular Connection, Kisah Misteri Jenayah Menarik
2. Adakah Oh Yun Jin berjaya mendapat duit warisan dan bertemu dengan anaknya?
Oh Yun Jin merupakan seorang wartawan. Dia terkenal berani dalam mengulas berita-berita yang kontroversi dan dia juga mempunyai ciri-ciri wartawan yang materialistik. Dalam drama ini, dia dan Jang Jae Kyung menjadi pewaris harta milik kawan sekolah mereka, Park Joon Seo (Yoon Na Moo).
Oleh kerana cukup lama tidak berhubungan, dia disyaki telah melakukan sesuatu kepada Park Joon Seo. Dia dulu juga mempunyai hubungan istimewa dengan lelaki itu semasa dibangku sekolah. Oh Yun Jin berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari kebenaran di sebalik kematian Park Joon Seo yang dikatakan mati bunuh diri.
Dia ingin mendapatkan duit yang diwariskan kepadanya kerana dia memerlukan banyak duit untuk bertemu dengan anaknya di Kanada yang telah dibawa lari oleh bekas suaminya.
Persoalannya, adakah pada akhirnya dia akan dapat menuntut harta warisan tersebut?
Baca lagi: 5 Drama Korea Bulan Jun 2024 dengan Rating Tinggi, Connection Mendahului
3. Adakah Park Tae Jin terlibat dalam pembunuhan Park Joon Seo dan akan mendapat hukuman?
Kunci dari semua masalah yang terjadi pada Jang Jae Kyung dan Oh Yun Jin adalah kematian Park Joon Seo. Mereka menyiasat apakah yang sebenarnya terjadi kerana keadan Park Joon Seo tidak seberapa teruk hingga meninggal dunia akibat bunuh diri.
Orang-orang yang menjadi suspek kes kematian Park Joon Seo adalah Park Tae Jin (Kwon Yool), Won Jong Soo (Kim Kyung Nam), Oh Chi Hyun (Cha Yub), dan Jung Sang Eui (Park Keun Rok). Mereka berempat adalah orang-orang yang terakhir yang berjumpa Park Joon Seo dan menyaksikan Park Joon Seo jatuh dari bangunan tempat mereka bertemu.
Park Tae Jin juga curang dengan isteri Park Joon Seo. Bersama Won Jong Soo, Oh Chi Hyun, dan Jung Sang Eui, Park Tae Jin menggunakan Park Joon Seo untuk mengedar dadah kerana lelaki tersebut memerlukan wang yang banyak untuk rawatan anaknya.
Orang-orang tersebut sudah mengenali Park Joon Seo sejak remaja dan menyimpan kisah keburukan yang berbeza-beza. Di episod terakhir, pembunuh sebenar Park Joon Seo mesti didedahkan.
Adakah pembunuh sebenar bersembunyi di antara orang-orang yang telah disebutkan di atas atau sebenarnya ada kejutan lain?
Baca juga: Lee Kang Wook Berjaya Bawa Watak Jahat Paling Dibenci dalam Connection
4. Adakah Heo Joo Seong tetap berkawan baik dengan Jang Jae Kyung dan Oh Yun Jin?
Selain Oh Yun Jin, Jang Jae Kyung juga dibantu oleh Heo Joo Seong (Jung Soon Won) dalam melakukan penyiasatan. Heo Joo Seong adalah kawan semasa mereka berada di sekolah menengah. Mereka berempat sudah seperti empat sekawan dan sama-sama menyertai kelab ekstrakurikulum.
Heo Joo Seong menjadi ejen insuran yang menguruskan insuran Park Joon Seo. Dia juga merupakan antara orang yang pertama mengetahui bahawa Park Joon Seo mewariskan harta kepada Jang Jae Kyung dan Oh Yun Jin.
Dalam beberapa peluang, Heo Joo Seong tampak memperlihatkan gerak-gerik yang mencurigakan. Walaupun dia selalu membantu Jang Jae Kyung dan Oh Yun Jin, dia seperti menyimpan rahsia yang dapat membuatkan sesiapa sahaja mencurigainya.
Adakah mungkin kejutan terakhir nanti memperlihatkan kematian Joon Seo ada kaitan dengannya?
Baca juga: Kim Hee Sun Mula Deklarasi Perang dalam “Bitter Sweet Hell”, dan Ji Sung Semakin Taksub dengan Dadah dalam “Connection”
5. Adakah kejahatan Kim Chang Soo akan terbongkar di hadapan rakan-rakannya di jabatan polis?
Kim Chang Soo (Jeong Jae Kwang) adalah orang bawahan Jang Jae Kyung dalam jabatan polis. Dia dalam diam mengetahui bahawa Jang Jae Kyung sudah ketagihan dadah. Dia ternyata juga terlibat dengan para pengedar dadah.
Di salah satu episod, dia bahkan sengaja memandu membabi buta hingga terjatuh ke sungai supaya penjenayah yang terlibat dalam pengedaran dadah yang ditangkapnya tidak buka mulut tentang kejahatannya. Namun, Jang Jae Kyung dan rakan-rakannya sudah mengetahui bahawa dia sengaja menyebabkan kemalangan tersebut.
Apakah sebenarnya peranan Kim Chang Soo dalam pengedaran dadah dan bagaimanakah kesan yang perlu diterimanya jika kejahatannya terbongkar?
Lima persoalan di atas perlu dirungkai di episod akhir Kdrama Connection supaya drama tersebut tidak berakhir dengan cerita yang tergantung. Sama-sama kita nantikan penjelasan bagi setiap persoalan di dua episod terakhir yang akan datang.