Sudah menjadi perbincangan hangat sejak sebelum ditayangkan, akhirnya drama Korea “The Escape of The Seven” menayangkan 2 episod perdananya pada 15 dan 16 September 2023 lalu.
The Escape of the Seven menjanjikan penonton dengan premis hilangnya seorang remaja secara misteri dan melibatkan tipu muslihat perbuatan tujuh orang dewasa. Drama ini dibintangi oleh sederetan pelakon terkenal, seperti Uhm Ki Joon, Hwang Jung Eum dan Lee Joon.
Walaupun mendapat rating yang cukup tinggi, sayangnya drama yang baru tayang dua episod ini sudah menuai kritik pedas dari K-netz. Naskah garapan Kim Sun Ok dari The Penthouse ini dianggap tidak sesuai diberi rating kandungan 16+.
Drama ini menampilkan banyak adegan yang cukup “mengganggu”. Selain itu, isu sensitif yang diangkat disajikan melalui kisah anak di bawah umur. Satu laporan berupa aduan telah dibuat ke pihak berwajib ke atas kandungan sensitif dan melampau drama “The Escape of The Seven”.
Berikut beberapa fakta The Escape of The Seven yang menuai kritik pedas sejak episod awal.
1. The Escape of the Seven dilaporkan ke Korean Communications Standards Commission (KCSC)
Dipetik dari Star News Korea, KCSC telah menerima 8 aduan ke atas kandungan episod The Escape of The Seven pada 19 September 2023, hari Selasa. Kini, aduan tersebut sedang ditinjau oleh KCSC sebelum dibawa untuk perbincangan lanjut.
2. Terdapat sederet adegan yang dikritik K-netz
KCSC masih tidak dapat mendedahkan secara langsung kandungan aduan yang dilaporkan, tetapi The Escape of The Seven sendiri telah menerima kritikan atas kisahnya.
Pertama, adegan Geum Ra Hee yang dilakonkan Hwang Jung-eum menunjukkan kekerasan terhadap anaknya sendiri, Bang Da Mi. Adegan saat dia meninju, menampar, sehingga mencekik Bang Da Mi (Jung Lael) dianggap menormalisasi kekerasan terhadap anak di bawah umur. Ia menjadi adegan paling kontroversial setakat ini.
Kedua, adegan Han Mone yang dilakonkan oleh Lee Yoo Bi ini juga menampilkan melahirkan bayi di bilik pendidikan seni sehingga menunjukkan pahanya yang penuh darah. Han Mone kemudian menyerahkan bayinya kepada Bang Da Mi sebelum akhirnya bayi itu diambil oleh pemilik agensi hiburan, Yang Jin Mo (Yoo Jong Hoon).
Yang Jin Mo memisahkan anak Han Mone yang baru lahir dari ibunya untuk melindungi Han Mone dari reputasi buruk, Han Mone bakal menjalani audition Idol. Apatah lagi mengetahui ayah dari bayi itu adalah selebriti terkenal yang berada di bawah naungan agensi miliknya.
Adegan ini dianggap mengganggu kerana semua orang dewasa di drama ini tidak bersikap bijak di hadapan anak di bawah umur. Ditambah pula dengan Scarlet Letter yang merasa jijik ketika menyiarkan berita tentang pelajar yang melahirkan bayi. K-netz menganggap sikap rakan-rakan Mone menghina perempuan yang melahirkan juga menimbulkan rasa kekecewaan para warga K-netz. Sederet adegan kekerasan sekolah juga dinilai terlalu provokatif.
Ketiga, hubungan pertalian darah Bang Da Mi dan keluarga ayahnya juga menimbulkan salah faham di mata penonton. Bang Chil Sung (Lee Deok Hwa) baru sahaja pertama kali melihat Bang Da Mi, tetapi sudah menyambut hangat remaja yang didakwa sebagai cucunya itu.
Selain itu, peranan sebenar orangtua tidak ada pengaruhnya sama sekali dalam drama ini. Bang Da Mi diperlakukan sedemikian sengsara sehingga harus mengalami fitnah kejam, penyiksaan, dan menghadapi semua masalah sendirian.
Sebaik sahaja berita palsu tentang kehamilan Da Mi tersebar, Bang Chil Sung dengan mudah mengambil keputusan tidak lagi menganggapnya sebagai cucu. Adegan ini dianggap boleh membuat anak-anak skeptis dengan orang dewasa di sekitarnya.
Ini seharusnya menjadi pertimbangan bagi Kim Sun Ok selaku penulis yang dianggap mengulang kesalahan The Penthouse (2020–2021). Kini Kim Sun Ok kembali dibanjiri kritik lantaran menampilkan keganasan hubungan anak beranak untuk drama yang tidak sepatutnya ditonton oleh anak-anak bawah umur.
3. Bukan kali pertama penulis drama The Escape of The Seven dilaporkan ke KCSC
Ternyata, ini bukan kali pertama karya penulis Kim Soon Ok dilaporkan ke KCSC. Sebelumnya, drama Penthouse yang berisi adegan kebakaran di kereta juga mendapat penalti untuk menyesuaikan rating penayangannya.
Selain itu, drama The Last Empress juga sempat ditegur kerana terdapat adegan kekerasan seksual terhadap wanita hamil, penggambaran penyakit skizofrenia yang bias, sehinggalah adegan pelecehan yang jelas.
Hingga kini, penonton juga masih menilai drama “The Escape of The Seven mempunyai persamaan dengan Penthouse. Bahkan, kisahnya juga tak kalah makjang dari drama sebelumnya.
Walaupun rating memuaskan untuk episod perdana The Escape of the Seven, ia juga tidak terlepas dari menjadi kritikan. Kerana drama ini banyak menyinggung isu sensitif dan beberapa di antara adegannya pula dilakonkan oleh karakter anak-anak yang masih di bawah umur.
Bagaimana menurut anda?