Drama Korea No Gain No Love menceritakan tentang dinamika pasangan yang berkahwin secara kontrak iaitu Son Hae Young dan Kim Ji Wook.
Namun di sepanjang drama ini, penonton fokus pula pada kisah Nam Ja Yeon dan Bok Gyu Hyun yang dianggap sangat menarik.
Mendapat perhatian yang hangat dan sangat besar, pihak Prime Video
mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan drama spin-off yang berjudul Spice Up Our Love. Drama tersebut akan menampilkan Ja Yeon dan Gyu Hyun sebagai pasangan utama.
Bakal menceritakan tentang apa? Mari kita lihat di bawah ini.
1. Sinopsis Spice Up Our Love
Dalam drama No Gain No Love, Nam Ja Yeon merupakan penulis novel web yang mendapatkan ratusan komen jahat tentang karya-karyanya. Namun, komen dari Bok Gyu Hyun membuatnya marah dan sangat menyakitkan hati.
Dari kejadian tersebut, hubungan mereka berdua lalu bergulir semakin dekat. Drama spin-off Spice Up Our Love pula bakal menceritakan kisah unik dua watak ini dalam novel web yang ditulis oleh Ja Yeon.
Dalam sekelip mata, Nam Ja Yeon tiba-tiba berubah menjadi Seo Yeon Seo, watak utama novel web yang ditulisnya. Sementara itu Bok Gyu Hyun menjadi Kang Ha Jun, CEO syarikat tempat Seo Yeon Seo bekerja.
2. Senarai pelakon Spice Up Our Love
Lee Sang Yi dan Han Ji Hyun tetap menjadi pelakon utama dalam Spice Up Our Love. Manakala Lee Sang Yi kali ini bakal menjadi CEO untuk GB Electric yang sangat cerewet dalam memilih menu yang akan mereka lancarkan.
Han Ji Hyun juga tampil berbeza dengan rambut panjang sebagai Seo Yeon Seo, seorang pakar pemakanan di GB Electric. Seo Yeon Seo berusaha keras untuk mengembangkan menu untuk syarikatnya itu.
3. Tarikh tayangan Spice Up Our Love
Drama Spice Up Our Love bakal digarap oleh pengarah terkenal Jung Hoon dan membawa genre komedi romantik. Cerita drama ini juga dicipta oleh Kim Hye Young yang bertanggungjawab menghasilkan No Gain No Love.
Namun, drama ini hanya akan memiliki 2 episod sahaja. Bakal membuatkan anda ketawa tidak kering gusi, drama ini akan ditayangkan secara perdana di Prime Video pada 3 Oktober akan datang.