Home News Fakta Menarik Perkahwinan Jang Nara

Fakta Menarik Perkahwinan Jang Nara

0

Jang Nara si cantik manis kini sudah bergelar isteri orang yang sah. Seperti yang ramai ketahui pelakon dan juga penyanyi Korea Selatan ini telah rasmi mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya yang bukan dari golongan selebriti pada 27 Jun 2022.

Gambar-gambar hari bahagia Jang Nara tersebar di media sosial. Hari bahagia Jang Nara ini juga dihadiri oleh keluarga terdekat dan ramai bintang ternama dari negara Korea Selatan.

C5697A89 7DDA 47FC BBCE F5CA99B26ABE

Ada beberapa fakta menarik mengenai perkahwinan Jang Nara dan pujaan hatinya itu. Jom kita tengok beberapa fakta menarik mengenai perkahwinan Jang Nara.

1.) Majlis perkahwinan

Perkahwinan Jang Nara dan jejaka pujaan hatinya berlangsung pada Minggu 26 Jun 2022 pada pukul 6 petang waktu Korea Selatan. Perkahwinan pasangan romantik ini berlaku di tempat sebuah kawasan outdoor yang terletak di Seocho-gu, Seoul, Korea Selatan.

4F6D7046 23B6 4C54 A029 074A407BB161 F96A5FD7 E0E1 4168 9EF7 B05162CCE31B

 

2.) Perbezaan usia

Pihak agensi Jang Nara mendedahkan bahawa artis yang berusia 41 tahun itu mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya yang enam tahun lebih muda darinya.

F8DD578C E970 46C0 9C4D CCAC52182159

Kedua-dua mereka mendirikan rumah tangga setelah mereka menjalin hubungan asmara selama dua tahun. Jejaka pilihan Jang Nara dikatakan adalah seorang pengarah filem. Pasangan ini awalnya bertemu di lokasi penggambaran drama siri ‘VIP’.

 

3.) Jaga privasi

Agensi Jang Nara iaitu Lawon Munhwa telah mengeluarkan kenyataan dan memberi peringatan tentang penyebaran informasi peribadi dan sulit tanpa kebenarana pasangan mempelai. Mereka tidak membenarkan penyebaran gambar atau video tanpa persetujuan pasangan pengantin.

5B94C732 E562 4C7E B7D2 745134BF81A3

“Jang Na Ra saat sekarang sedang berbahagia dan akan melangkah ke babak penting dalam hidupnya dengan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Seperti yang diminta oleh Jang Na Ra sendiri sebelumnya, harap jangan menyebarkan atau membuat sebarang artikel yang sembarangan, spekulasi, dan/atau menyebarkan informasi peribadi termasuk identiti pasangan Jang Na Ra yang bukan merupakan selebriti.

Mulai sekarang, semua informasi yang dianggap mengambil kesempatan dalam penyebaran informasi peribadi secara online, serta sebarang komen jahat tentang Jang Na Ra dan keluarganya akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang,” kata agensi Jang Nara.

4.) Gaun pengantin dan dekorasi

Berdasarkan gambar-gambar yang tersebar, majlis perkahwinan Jang Nara dan suaminya dipenuhi dengan gubahan-gubahan bunga cantik yang berwarna-warni. Para tetamu yang hadir duduk di meja yang juga dihiasi bunga-bunga tersebut.

Jang Nara tampil anggun dalam balutan gaun pengantin putih berlengan panjang. Rambutnya yang ditata sungguh rapi dan turut mengenakan hiasan kepala sekaligus wedding veil yang tidak terlalu panjang yang juga bernuansa warna putih.

1DE83E58 A418 4269 AC92 94DFE6A10222

Senyum manis dan bahagia tidak lekang dari wajah Jang Nara pada hari istimewanya itu. Dia juga dilihat membawa sejambak bunga yang juga hasil gabungan berbagai warna yang sememangnya cantik dan nampak segar.

Suaminya pula tampil mengenakan sut hitam dan tanpak bergaya. Kelihatan juga rangkaian bunga-bunga kecil diselitkan di bahagian atas sut hitamnya.

5.) Pesanan khas dari para sahabat

Yonghwa CNBLUE dan pelakon Lee Sang Yoon meninggalkan pesanan manis untuk sahabat mereka, Jang Nara pada hari pernikahannya. Pada 26 Jun 2022, Jang Nara mengadakan sebuah majlis perkahwinan tema outdoor dengan jejaka pilihannya.

61CA2019 BE1C 4B22 9223 12CF30090ECD

Pengantin perempuan tampak cantik dengan gaunnya yang elegan. Ramai tetamu yang memberi ucap selamat dan kata-kata tahniah kepada pasangan pengantin pada hari istimewa mereka.

Selama acara perkahwinan berlangsung, pengacara majlis meminta dua tetamu istimewa untuk berdiri. Tetamu pertama ialah Yonghwa CNBLUE yang diminta untuk berdiri.

Pada tahun 2021, Yonghwa membintangi drama KBS2 ‘Sell Your Haunted House’ bersama Jang Nara. Pengacara majlis meminta Yonghwa untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Jang Nara.

2156D467 948A 449F B5EC 3372C17055EC 41F59122 B293 470F AFFE E242DFF13B03

Yonghwa berteriak dengan kuat, “Noona, selamat tinggal!” dan para penonton tertawa dan bertepuk tangan menyaksikan adegan lucu tersebut. Yonghwa juga menyanyikan lagu “Love Light” untuk pasangan tersebut.
Tetamu istimewa kedua ialah pelakon Lee Sang Yoon pula yang diminta berdiri.

Pengacara majlis meminta Lee Sang Yoon untuk juga mengucapkan selamat tinggal kepada Jang Na Ra. Lee Sang Yoon membintangi drama SBS ‘VIP’ bersama Jang Na Ra pada tahun 2019. Lee Sang Yoon berteriak kepada Jang Nara “Selamat tinggal! Berbahagialah! Selamat menjalani hidup!”.

Baca Lagi: Kdrama Terbaik Lakonan Jung Kyung Ho

Baca Juga: Fakta Menarik Tentang Hyun Bin