Bagi mereka yang baru sahaja mahu berjinak-jinak menonton drama Korea, pasti masih bingung untuk membuat pilihan menonton drama mana di antara ribuan drama yang sudah ditayangkan bukan?
Berikut ini adalah beberapa buah drama korea yang agak ringan dengan jalan cerita yang segar, khas buat anda yang baru sahaja berminat untuk menonton Kdrama.
Walaupun ceritanya ringan, drama-drama Korea ini dijamin tetap menghiburkan dan mempunyai daya tarikan tersendiri! Jom sama-sama kita lihat!
1. Love to Hate You (2023)
Drama Love to Hate You adalah salah sebuah drama Korea ringan untuk anda yang wajib ditonton. Selain boleh dicari di Netflix, Kdrama yang dibintangi oleh Yoo Teo dan Kim Ok Bin ini cuma mengandungi 10 episod sahaja!
2. What’s Wrong with Secretary Kim (2018)
Drama Korea ini mengisahkan tentang Lee Young Joon (Park Seo Joon), seorang majikan yang narsistik dan hanya memikirkan tentang dirinya sahaja. Dia mempunyai seorang setia usaha penyabar yang bernama Kim Mi So (Park Min Young) yang telah mengabdikan diri padanya selama 9 tahun.
3. A Business Proposal (2022)
Buat anda yang baru ingin mula mencuba untuk menonton Kdrama, A Business Proposal adalah sangat sesuai. Walau jalan cerita penuh kisah klise tentang jodoh, cinta si kaya dan si miskin, salah faham, dan pelbagai konflik cinta, namun semuanya dikemaskan dengan baik dan cukup menghiburkan. Kim Se Jong, Ahn Hyo Seop, Seol In Ah dan Kim Min Gue, berjaya memberi lakonan cemerlang dalam drama Korea ringan ini.
4. Her Private Life (2019)
Dari luar, Sung Deok Mi (Park Min Young) kelihatan seperti orang biasa. Mempunyai karier sebagai kurator seni. Namun, dalam diam dia mempunyai rahsia sebagai pengelola fansite untuk artis Cha Shi An (One). Kehidupannya berubah ketika Ryan Gold (Kim Jae Wook) pengarah baru di galeri seni itu muncul!
5. King The Land (2023)
Drama Korea ringan ini menceritakan kisah cinta antara seorang chaebol dan pekerja hotel. Goo Won (Kim Junho) tidak suka melihat senyuman palsu, sementara Cheon Sa Rang (Yoona SNSD) adalah seorang gadis yang selalu tersenyum tulus.
6. Semantic Error (2022)
Bermula dari niat mengajar junior yang dianggapnya kurang ajar, Jang Jae Young (Park Seo Ham) akhirnya jadi ingin tahu tentang Chu Sang Woo (Park Jae Chan). Jang Jae Young yang popular dan Chu Sang Woo pula pintar tetapi pendiam.
7. Racket Boys (2021)
Drama Korea ini menceritakan tentang perjuangan para atlet badminton muda di Haenam. Dulu dia seorang atlet berpotensi, kini Yoon Hyun Jong (Kim Sang Kyung) hidup susah dan akhirnya memutuskan untuk menerima tawaran menjadi jurulatih badminton di sebuah sekolah.
8. Hometown Cha Cha Cha (2022)
Seorang doktor gigi memutuskan untuk pulang ke kampung halaman dan membuka klinik di sana. Kehidupannya berubah sejak bertemu seorang pekerja yang digelar Hong Bang Ja di desa tersebut.
9. Crash Course in Romance (2023)
Memilih tusyen menjelang ujian kemasukan ke universiti adalah perkara besar bagi masyarakat Korea Selatan. Tidak hairanlah jika Nam Haeng Soon (Jeon Do Yeon) berusaha sekuat tenaga untuk memasukkan anaknya ke kelas tusyen guru terkenal, Choi Chi Yeol (Jung Kyung Ho). Terasa sederhana, namun kisah mereka berkembang menjadi sesuatu yang bukan hanya lucu, tetapi juga sangat mengasyikkan! Turut dibumbui sedikit misteri, Crash Course in Romance tetap tergolong dalam drama ringan yang wajib ditonton.
10. Dali and the Cocky Prince (2021)
Lagi Kdrama dengan cerita cinta antara si kaya dan si miskin. Bezanya, walau berasal dari kelas ekonomi pertengahan, Moo Hak pandai menguruskan kewangan. Sementara itu, walau lahir dari keluarga kaya raya, Da Li muflis sejak ayahnya meninggal dunia.
11. Weightlifting Fairy Kim Bok Joo (2016)
Jung Joon Hyung (Nam Joo Hyuk) dan Kim Bok Joo (Lee Sung Kyung) merupakan pelajar sukan yang sedang berusaha untuk mencapai impian mereka masing-masing. Cerita mereka boleh membuatkan anda tersenyum sendiri.
12. Run On (2020-2021)
Walaupun drama Korea ringan ini agak underrated, Run On merupakan salah satu drama yang wajib anda tonton kerana mempunyai jalan cerita yang sangat ringan. Dibintangi oleh Im Siwan dan Shin Se Kyung, drama ini sangat menarik kerana boleh ditonton tanpa membuatkan anda memerahkan otak!
13. Fight for My Way (2017)
Fight for My Way adalah Kdrama ringan yang menampilkan adegan-adegan penuh tawa ria. Terutama melalui aegyo atau gaya comel yang dilakukan oleh para pelakon. Drama ini juga tidak mempunyai cerita yang berat.
14. Because This is My First Life (2017)
Kdrama Because This is My First Life menyajikan cerita yang dekat dengan kita sehingga tidak perlu berfikir dengan dalam tentang jalan ceritanya.
15. Still 17 (2018)
Drama Korea ringan ini menceritakan tentang Woo Seo Ri (Shin Hye Sun) yang mengalami koma selama 13 tahun akibat kemalangan. Manakala Gong Woo Jin (Yang Se Jong) pula mengalami trauma 13 tahun yang lalu.
16. Reply 1988 (2015-2016)
Drama Reply 1988 merupakan salah satu drama Korea ringan yang disukai ramai orang kerana ceritanya yang relatable dengan kehidupan seharian. Selain itu, drama ini juga memaparkan adegan-adegan lucu dan pasti membuatkan anda tertawa sewaktu menonton.
17. Record of Youth (2020)
Record of Youth menceritakan tentang Sa Hye Jun (Park Bo Gum) yang merupakan seorang model dan berusaha untuk menjadi pelakon. An Jeong Ha adalah seorang make-up artist. Kedua-duanya bertemu di bidang yang sama dan menghadapi rintangan hidup bersama.
18. Descendants of the Sun (2016)
Drama ini merupakan drama yang paling banyak dibicarakan, bahkan sampai sekarang. Drama ini menceritakan tentang seorang tentera (Song Joong Ki) dan doktor (Song Hye Kyo) yang bertemu sewaktu melakukan misi di Uruk. Mereka saling jatuh cinta!
19. Touch Your Heart (2019)
Drama ini menceritakan tentang Oh Yoon Seo (Yoo In Na) yang merupakan pelakon namun sudah tidak laku kerana lakonannya teruk. Dia perlu bekerja di firma guaman untuk mendapatkan watak yang diingini. Di situlah, dia bertemu dengan Kwon Jung Rok (Lee Dong Wook) seorang peguam yang handal.
20. So I Married An Anti Fan (2021)
Akibat sebuah insiden yang membuatkan Lee Geun Young (Sooyoung SNSD) dipecat, dia melakukan aksi demonstrasi di depan agensi Who Joon (Choi Tae Joon). Oleh sebab itu, Geun Young dikenal sebagai anti-fan.
Demikian sahaja cadangan 20 buah drama Korea dengan jalan cerita yang ringan dan segar khas buat anda yang baru sahaja bermula untuk menonton Kdrama. Hati-hati, sekali anda terjebak, mungkin anda akan ketagih untuk menonton drama-drama Korea tanpa henti!