Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok zai___niey, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.
Dalam video klip ini menunjukkan timbunan barang terpakai dan ‘sampah’ berada di luar dan dalam rumah flat salah seorang aunty yang menetap di rumah tersebut. Pemilik video klip ini juga mengatakan aunty ini mempunyai 2 orang anak yang serta menetap bersama ibunya, dan aunty itu juga menangis kerana tidak beri kerjasama untuk membuat pembersihan dalam dan hadapan rumahnya.
Video klip ini juga telah ditular di media sosial dan menarik perhatian ramai.
Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan longgokan yang disimpan di hadapan dan dalam rumah aunty ini seharusnya dibersihkan serta merta kerana ia boleh juga mengganggu ketenteraman jiran-jiran di sana. Ada juga yang mengatakan berasa ‘sakit mata’ apabila melihat longgokan barang dan sampah dikumpulkan oleh pemilik rumah tersebut.
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 806.6K penonton, 11.5K sukaan dan 374 komen.
Pemilik video klip ini juga menulis satu kapsyen seperti dibawah:
“Aunty ni menangis-nangis tak beri kebenaran kami bersihkan. 20 tahun kumpul barangan tersebut. Jiran pun terkejut tak tahu dia ada 2 orang anak yg tinggal dlm satu bilik. Ni lah yang dipanggil ‘Hoarding Disorder'”
Baca lagi: Mengejutkan! Bangkai Jerung Purba Terdampar Di Persisiran Pantai
Lihat klip durasi keadaan rumah aunty ini:
View this post on Instagram
Lihat juga video dibawah:
Lihat apa juga kata orang ramai:
@D: xdalh bersepah,kemas je susun…tp sejenis penyakit jgok ni
@Anggun Jelita Rich: sy jenis xboleh tengok keadaan macam ni…rasa serabut otak…kalau bersepah tu rase stress nak kemas cepat2…
@Nazreen Najihah: Aq ade satu penyakit xley tgok brg bersepah jdi cpt marah
@Syasya: klau sy buang buang smpai arwah mak risau klau sy Blik duk dgn mak. ada je yg clear , jd rindu nk dgr acuuu kamu buang brng mak erkk
@Sheril Azzie Azman: ni sbnrnye adlh sjnis penyakit… slgi xrawat mkin trk nnt
@Iamencikman: Dekat simpang pulai ipoh ad satu mcm ni.. cikgu pencen . dia suka kumpul brg2 mcm ni, penuh rumah
@Norhana British Shorthair: klau kak hana menegmas mcm ni memang xtengok dah terus buang klau rasa syg tlg kemas klau tak ko tak kan nampak sampai bila2
@-MissFa: Saya tk Thu ni pyakit or ap if sy kemas Ap brg yg buat serabut depan mata sy, sy kan buang smua.
@Puteri_Rossa_Atilia: kitar semula. Bekas macam Tupperware rosak saya akan buat pasu yang elok saya buat bekas barang dapur.
@Fara Syahmim: nak buang syg JD gini la..dulu sy ada penyakit suka kumpoi brg gini la ..tp tiba2 smp 1 tahap meluat pulak tgk byk2 terus buang
@Mie196500: Nak dibuang sayang, dlm hati berkata esok lusa bole guna..selang 2-3 tahun pun tak guna2, brg makin bertambah byk..Nk beli pakai duit jadi simpan aja.
@TiaTheShopaholic: kalau kumpul x susahkan org lain xpe ni dah la duduk flat..org kiri kanan jadi mangsa nak lalu pun payah
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram