Home Kdrama/Kmovie 21 Drama dan Filem Korea di Netflix Tahun Ini, Dibintangi Artis Popular

21 Drama dan Filem Korea di Netflix Tahun Ini, Dibintangi Artis Popular

0

Pada awal tahun ini, Netflix telah mengumumkan 21 drama dan filem Korea merentasi pelbagai genre yang akan ditayangkan sepanjang 2025.

Beberapa sedutan (teaser) telah dikongsikan melalui akaun Instagram rasmi Netflix Korea @netflixk, menarik perhatian ramai peminat.

Berikut adalah senarai drama dan filem Korea penuh dengan barisan pelakon terkenal yang bakal ditayangkan pada tahun 2025, seperti yang dipetik daripada Soompi:

1. Melo Movie

Pelakon: Choi Woo Shik, Park Bo Young, Lee Jun Young, Jeon So Nee

Tarikh Tayangan: 14 Februari

Sinopsis: ‘Melo Movie’ ialah drama romantik yang mengisahkan perjalanan hidup dan impian sekumpulan anak muda dalam lingkungan 30-an, Ko Gyeom (Choi Woo Shik), Kim Mu Bee (Park Bo Young), Hong Si Jun (Lee Jun Young), dan Son Ju A (Jeon So Nee), yang masing-masing mengejar cinta dan cita-cita mereka.

2. When Life Gives You Tangerines

Pelakon: IU, Park Bo Gum, Moon So Ri, Park Hae Joon

Tarikh Tayangan: 7, 14, 21, dan 28 Mac

Sinopsis: Drama ini membawa penonton ke Pulau Jeju, mengikuti kisah kehidupan penuh warna Ae Sun dan Gwan Sik. IU membawakan watak Ae Sun, seorang wanita berani dan memberontak, manakala Park Bo Gum memainkan peranan sebagai Gwan Sik, seorang lelaki pendiam tetapi boleh dipercayai.

3. Revelations

Pelakon: Ryu Jun Yeol, Shin Hyun Bin

Tarikh Tayangan: 21 Mac 2025

Sinopsis: Filem ini berkisahkan Pendeta Min Chan (Ryu Jun Yeol) yang percaya bahawa dia ditugaskan untuk menghukum pelaku kes kehilangan misteri. Sementara itu, Detektif Yeon Hee (Shin Hyun Bin) yang dihantui oleh bayangan arwah kakaknya menyiasat kes tersebut.

4. Mercy for None

Pelakon: So Ji Sub, Heo Joon Ho, Ahn Kil Kang, Lee Bum Soo, Gong Myung, Choo Young Woo, Jo Han Chul (penampilan khas Cha Seung Won dan Lee Jun Hyuk)

Tarikh Tayangan: April 2025

Sinopsis: Drama aksi noir ini mengisahkan Gi Jun (So Ji Sub), bekas ahli kumpulan samseng yang kembali ke dunia jenayah selepas 11 tahun demi menuntut bela atas kematian adiknya, Gi Seok (Lee Jun Hyuk).

5. Karma

Drama

Pelakon: Park Hae Soo, Shin Min Ah, Lee Hee Joon, Kim Sung Kyun, Lee Kwang Soo, Gong Seung Yeon

Tarikh Tayangan: Suku kedua 2025

Sinopsis: Diadaptasi daripada webtoon popular, ‘Karma’ ialah drama thriller jenayah yang mengisahkan enam individu yang terjerat dalam hubungan yang mereka sendiri tidak mampu elakkan.

6. Weak Hero Class 2

Pelakon: Park Ji Hoon, Ryeoun, Choi Min Young, Yoo Su Bin, Bae Na Ra, Lee Min Jae, Lee Jun Young

Tarikh Tayangan: April 2025

Sinopsis: Musim kedua dari siri popular ini mengikuti Yeon Si Eun (Park Ji Hoon), yang berpindah ke sekolah baharu dengan trauma akibat kehilangan rakan baiknya. Di sana, dia berdepan dengan lebih banyak cabaran dan bahaya.

7. Dear Hongrang

Filem korea

Pelakon: Lee Jae Wook, Jo Bo Ah, Jung Ga Ram, Uhm Ji Won, Park Byung Eun, Kim Jae Wook

Tarikh Tayangan: Mei 2025

Sinopsis: ‘Dear Hongrang’ ialah drama misteri romantik berlatar belakang era Dinasti Joseon. Kisah ini berkisar tentang kehilangan Hong Rang (Lee Jae Wook), anak lelaki dalam sebuah keluarga saudagar berpengaruh. Kakak tirinya, Jae Yi (Jo Bo Ah), telah menghabiskan bertahun-tahun mencarinya. Namun, apabila Hong Rang kembali dengan rahsia tersembunyi, perasaan mereka berubah antara kasih sayang adik-beradik atau sesuatu yang lebih mendalam.

8. Squid Game 3

Pelakon: Lee Jung Jae, Lee Byung Hun, Yim Si Wan, Kang Ha Neul, Wi Ha Joon, Park Gyu Young, Park Sung Hoon, Yang Dong Geun, Kang Ae Sim, David Lee, Roh Jae Won, Jo Yu Ri (penampilan khas Park Hee Soon)

Tarikh Tayangan: 27 Jun

Sinopsis: Musim ketiga ‘Squid Game’ menyambung kisah permainan survival misteri yang menawarkan hadiah sebanyak 45.6 bilion won (lebih kurang $34.5 juta). Seong Gi Hun (Lee Jung Jae) kini dalam misi putus asa untuk membongkar rahsia gelap di sebalik permainan ini.

9. Wall to Wall

6db8c933 757c 4aeb ac82 d60f3d949bd6

Pelakon: Kang Ha Neul, Yeom Hye Ran, Seo Hyun Woo

Tarikh Tayangan: Suku ketiga 2025

Sinopsis: Filem thriller ini mengisahkan Woo Seong (Kang Ha Neul), seorang pemuda yang akhirnya berjaya memiliki sebuah pangsapuri seluas 84 meter persegi. Namun, dia mula terganggu oleh bunyi aneh yang datang dari dinding rumahnya.

10. Love Untangled

IMG 4120

Pelakon: Gong Myung, Shin Eun Soo, Cha Woo Min, Yoon Sang Hyun, Kang Mina

Tarikh Tayangan: Suku ketiga 2025

Sinopsis: Berlatar di Busan pada tahun 1998, filem ini mengisahkan seorang gadis berusia 19 tahun, Park Se Ri (Shin Eun Soo), yang cuba menangani rasa tidak yakin terhadap rambut kerintingnya sebelum membuat pengakuan cinta. Dalam usahanya, dia bertemu dengan seorang pelajar baharu, Han Yoon Seok (Gong Myung), yang mengubah perjalanannya.

11. Mantis

IMG 4121

Pelakon: Yim Si Wan, Park Gyu Young, Jo Woo Jin

Tarikh Tayangan: Suku ketiga 2025

Sinopsis: Filem aksi ini memfokuskan kepada seorang pembunuh upahan elit, Mantis (Yim Si Wan), yang kembali ke dunia jenayah selepas bercuti. Namun, dunia pembunuh upahan kini dalam keadaan huru-hara. Dia bertembung dengan Jae Yi (Park Gyu Young), seorang pelatih yang bercita-cita tinggi, dan Dok Go (Jo Woo Jin), seorang pembunuh lagenda yang sudah bersara.

12. Aema

IMG 4122

Pelakon: Lee Ha Nee, Bang Hyo Rin, Jin Sun Kyu, Cho Hyun Chul

Tarikh Tayangan: Suku ketiga 2025

Sinopsis: Berlatar di Chungmuro pada era 1980-an, ‘Aema’ ialah sebuah drama komedi yang mendedahkan realiti di sebalik industri perfileman yang penuh glamor. Ia mengikuti perjuangan dua pelakon, Hee Ran (Lee Ha Nee) dan Joo Ae (Bang Hyo Rin), ketika membintangi filem kontroversi ‘Madame Aema’.

13. You and Everything Else

IMG 4124

Pelakon: Kim Go Eun, Park Ji Hyun, Kim Gun Woo

Tarikh Tayangan: Suku ketiga 2025

Sinopsis: Drama ini mengikuti kehidupan dua sahabat baik, Eun Joong (Kim Go Eun) dan Sang Yeon (Park Ji Hyun), yang hubungan mereka diliputi dengan rasa cinta, kekaguman, cemburu, dan juga kebencian.

14. Trigger

27965167 2090 4efd 8539 a659c0e55850

Pelakon: Kim Nam Gil, Kim Young Kwang

Tarikh Tayangan: Suku ketiga 2025

Sinopsis: Sebuah drama aksi mendebarkan yang berlatar belakang Korea Selatan, sebuah negara dengan undang-undang kawalan senjata yang ketat. Kisah ini mengikuti dua lelaki yang, atas sebab tertentu, memilih untuk mengangkat senjata di tengah-tengah peningkatan jenayah berkaitan senjata api yang berlaku secara misteri.

15. Good News

IMG 4126

Pelakon: Sol Kyung Gu, Hong Kyung, Ryu Seung Bum

Tarikh Tayangan: Suku keempat 2025

Sinopsis: Berlatar pada tahun 1970-an, ‘Good News’ berkisah tentang sekumpulan individu yang berusaha untuk mengendalikan sebuah pesawat yang telah dirampas.

16. Genie, Make A Wish

f6c60f4e 6ef9 460f a854 7d844c1cac40

Pelakon: Kim Woo Bin, Suzy, Ahn Eun Jin, Noh Sang Hyun, Go Kyu Pil, Lee Joo Young

Tarikh Tayangan: Suku keempat 2025

Sinopsis: Jinn (Kim Woo Bin), seorang jin yang terbangun selepas tidur selama seribu tahun, bertemu Ka Young (Suzy), seorang wanita yang terperangkap dalam kehidupan yang penuh peraturan. Drama ini menggabungkan unsur komedi romantik dengan elemen magis.

17. As You Stood By

3e77ca21 b565 4e30 8578 1bf77ce73e0f

Pelakon: Jeon So Nee, Lee Yoo Mi, Jang Seung Jo, Lee Moo Saeng

Tarikh Tayangan: Suku keempat 2025

Sinopsis: Berdasarkan novel ‘Naomi and Kanako’, drama ini mengisahkan dua wanita yang terdesak dan mempertimbangkan pembunuhan sebagai satu-satunya jalan keluar dari kehidupan mereka yang menyakitkan.

18. The Great Flood

c9fc4fa1 1f26 4ffb af34 f96c7874f3a3

Pelakon: Kim Da Mi, Park Hae Soo

Tarikh Tayangan: Suku keempat 2025

Sinopsis: Filem Korea ini menceritakan tentang sekumpulan manusia yang terperangkap di dalam sebuah apartmen yang ditenggelami air akibat banjir besar.

19. Can This Love Be Translated?

6cd5d5ba 6284 4421 a002 82dff6a634ef

Pelakon: Kim Seon Ho, Go Youn Jung, Shota Fukushi, Lee Yi Dam, Choi Woo Sung

Tarikh Tayangan: Suku keempat 2025

Sinopsis: Drama romantik ini mengisahkan Ju Ho Jin (Kim Seon Ho), seorang penterjemah multibahasa, yang secara tidak dijangka jatuh cinta dengan bintang terkenal, Cha Mu Hee (Go Youn Jung), ketika mereka bekerja bersama.

20. The Price of Confession

Drama

Pelakon: Jeon Do Yeon, Kim Go Eun, Park Hae Soo, Jin Sun Kyu

Tarikh Tayangan: Suku keempat 2025

Sinopsis: Drama ini mengikuti Yoon Soo (Jeon Do Yeon), seorang wanita yang dituduh membunuh suaminya, serta Mo Eun (Kim Go Eun), seorang wanita misteri yang dikenali sebagai “ahli sihir”.

21. Cashero

d81586a3 45fb 453d b455 54b04d1e97de

Pelakon: Lee Junho, Kim Hye Joon, Kim Byung Chul, Kim Hyang Gi

Tarikh Tayangan: Suku keempat 2025

Sinopsis: Diadaptasi daripada webtoon terkenal, ‘Cashero’ mengisahkan Kang Sang Woong (Lee Junho), seorang penjawat awam yang memperoleh kuasa luar biasa, kekuatan fizikalnya bertambah mengikut jumlah wang tunai yang dimilikinya!

Itulah 21 drama dan filem Korea yang akan ditayangkan di Netflix sepanjang 2025. Antara kesemuanya, yang manakah paling menarik perhatian anda?

Baca lagi: 8 Filem Korea Bertemakan Exorcism yang Menggamit Perasaan, “Dark Nuns” Bakal Tayang 13 Februari Ini di Malaysia
Baca juga: 5 KDrama Perubatan Korea Paling Popular & Mencatat rating Tinggi