Home Entertainment 21 Senarai Filem India Menarik Di Prime Video

21 Senarai Filem India Menarik Di Prime Video

0

Hiburan India lebih daripada muzikal yang sudah terkenal di dunia. Filem-filem dari India semakin mendapat pengiktirafan global sejak kebelakangan ini dan mula menjadi tumpuan di seluruh dunia. Kini ia mendapat lebih populariti di dunia dan mendapat permintaan popular di seluruh saluran penstriman.

Salah satunya platform striming yang terkenal dengan kepelbagain genre filem dan siri-siri dari pelbagai negara, Amazon Prime Video. Berikut adalah koleksi filem Hindi dan Tamil yang menarik untuk sajian jiwa dan mata anda.

Vadhandhi The Fable of Velonie (2022)

765BCAB0 94D9 4F76 8E1A F50BB7707310

Sebuah siri penyiasatan Tamil bergenre paikologi thriler dan misteri jenayah sebanyak 8 episod ini sangat menarik kerana skrip yang disajikan nampak cukup teliti dan ketegangan yang dibina dari satu episod ke episod lain memang tersusun dan menambahkan lagi klimaks setiap episod.

Kita akan dibiarkan dengan perasaan ingin tahu yang membuak-buak dengan apa yang bakal berlaku seterusnya sehingga kita merasa tidak ingin berhenti dari menikmatinya selagi kita belum tahu apa kesudahan kisahnya.

Vadhandhi The Fable of Velonie ini mengfokuskan isu sosial dari sisi gelap seperti penderaan seksual, kelemahan sistem perundangan dan isu kekeluargaan yang melibatkan peranan keibubapaan yang memberi kesan buruk kepada anak-anak.

Seperti dalam siri ini, Velonie (Sanjana) yang ditunangkan secara paksa oleh Ibunya Ruby kepada seorang lelaki yang kaki minum dan sentiasa mabuk. Hal ini juga menyebabkan Velonie rasa tertekan dan kehilangan masa-masa remaja yang sepatut dinikmatinya.

Sikap Ruby (Laila) sebagai seorang Ibu yang terlalu tegas dan mengongkong Velonie akhirnya membawa penyesalan seumur hidupnya apabila dia harus meratapi jasad Velonie yang telah mereput, Velonie dibunuh dengan kejam. Namun laporan bedah siasat mengatakan bahawa Velonie tidak dirogol, jadi apa penyebabnya kematian Velonie yang cukup tragis ini??

Raungan tangisan Ruby cukup meruntun jiwa, membayangkan adakah itu yang berlaku kepada kita jika kita berada di tempatnya saat itu.

Kemudian Superintendan Polis Vivek (SJ Suryah) ditugaskan untuk menyiasat pembunuhan Velonie. Ramai berpotensi menjadi suspek dan sebagai penonton kita juga turut berteka-teki mungkinkah ini atau mungkinkah itu adalah pembunuhnya.

Sememangnya kes ini tidak mudah dirungkaikan. Terlalu banyak cabaran yang SP Vivek harus lalui menyelesaikan kes ini dan seterusnya mendapatkan keadilan untuk Velonie.

Disisi gelap lain, perasaan SP Vivek mula bercampur baur mengesyaki jika Velonie yang bernasib malang ini mungkin juga bukanlah gadis yang baik. Semakin mengelirukan semakin sukar untuk SP Vivek membuat penilaian.

Setahun berlalu dan SP Vivek masih dihantui dengan kes Velonie yang masih belum selesai walaupun kes itu telah ditutup lama. Tanpa diketahui oleh orang atasannya, Vivek bertekad untuk meneruskan penyiasatan ini bermula dari awal dan mula menyenarai pendek suspek-suspek yang dianggap mempunyai motif membunuh Velonie.

Dapatkah pembunuh Velonie ditangkap akhirnya? Jawapannya..ada di Vadhandhi The Fable of Velonie.

Siri yang cukup berbaloi untuk ditonton terutamanya jika anda menyukai filem Tamil bergenre penyiasatan jenayah, thriler dan misteri.

RAAZI (2018)

D61E43F6 22AC 4A9F 8544 B26DEE88D40F

Senaskah karya yang diambil dari kisah sebenar ini mampu membuatkan kita terkedu, terkesima, terkilan, sedih, hampa, serba salah, perasaan bercampur-baur. Semua ini dapat dirasai ketika menonton filem yang diadaptasi dari novel oleh Harinder Sikka 2008 “Calling Sehmat” yang pastinya bukanlah kisah dongeng atau fiksyen semata-mata, bukan juga kisah tipikal demi hiburan jiwa semata-mata.

Tak sedar, 2 jam 20 minit berlalu begitu sahaja. Seperti tidak puas melihat lakonan yang mantap, padu, berkesan dan penuh emosi yang dibawakan oleh Alia Bhatt sebagai Sehmat Khan seorang gadis muda berusia 20 tahun yang harus menpertaruhkan nyawanya bagi menggantikan tempat bapanya untuk menjadi perisik RAW India sebagai pemberi maklumat India sebelum berlakunya peristiwa Perang antara Indo-Pakistan pada 1971.

Untuk menjayakan misi ini, Sehmat dikahwinkan oleh bapanya kepada anak lelaki sahabat baiknya yang merupakan dari keluarga tentera berpangkat di Pakistan.

Suami Sehmat, Iqbal Syed (Vicky Kaushal) juga seorang pegawai tentera Pakistan begitu juga abangnya Mehboob.

Misi penyamaran Sehmat ternyata tidak mudah apabila orang gaji keluarga mertuanya, Abdul (Arif Zakaria) tidak menyenangi keberadaan Sehmat dalam keluarga itu memandangkan Sehmat berasal dari India, negara yang memberi ancaman bahaya kepada mereka.

Sehmat juga diarahkan untuk menghapuskan sesiapa sahaja yang menjadi ancaman dan penghalang kepada misi penyamarannya walaupun orang itu adalah dari ahli keluarga mertuanya termasuklah suaminya sendiri.

Satu hari, Sehmat mendapat tahu tentang rancangan militari Pakistan untuk menenggelamkan INS Viraat kapal selam milik India. Tetapi maklumat tersebut malah disangkal oleh Panglima Tentera Laut kerana bimbang maklumat itu tidak benar dan merasa hairan bagaimana pihak Pakistan boleh memiliki “Blue Print” INS Viraat.

Babak-babak suspen dan mencemaskan semakin menjadi-jadi apabila identiti Sehmat terbongkar dan diketahui oleh Abdul orang gaji keluarga mertuanya.

Apakah yang berlaku setelah itu? Yang pastinya filem RAAZI ini akan membuatkan anda melekat di hadapan skrin layar anda.

FAKTA:
– Sehmat bukanlah nama sebenar. Penulis menggunakan nama samaran untuk memastikan keselamatan Sehmat yang sebenar.

– Penulis mengambil masa 8 tahun untuk menyiapkan novel tersebut.

– Kisah benar ini dikongsikan oleh anak kepada Sehmat (bukan nama sebenar) dan menyatakan bahawa ibunya adalah seorang perisik lndia yang berkahwin dengan seorang pegawai Pakistan untuk mendapatkan maklumat rahsia bagi pihak India pada tahun 1971. Tertarik dengan pendedahan ini, penulis pun menjejaki wanita tersebut yang tinggal di Malerkotla Punjab.

– Setelah pulang ke India dengan selamat, Sehmat Khan dan keluarganya telah disembunyikan oleh kerajaan India selama bertahun-tahun.

– Sehmat Khan meninggal dunia pada April 2018 dan meninggalkan seorang anak lelaki hasil dari perkahwinannya dengan suaminya ketika berada di Pakistan. Anaknya kini adalah seorang pegawai tentera India.

– Wajah sebenar Sehmat Khan didedahkan dengan keizinan dari keluarganya setelah sebulan tayangan filem RAAZI.

– Filem ini didekasikan kepada beliau sebagai menghargai jasanya atas keberanian dan pengorbanannya demi membantu menyelamatkan negaranya dari berdepan dengan ancaman perang yang lebih teruk ketika itu.

AMMU (2022)

E05524F4 02A0 4140 A850 86056A41DFB0

Ammu (Aishwarya Lekshmi) dijodohkan dan dikahwinkan dengan Ravi (Naveen Chandra) yang baru memulakan kerjayanya sebagai Inspektor Polis.

Hari-hari awal perkahwinan mereka begitu indah sekali, kentut pun bau wangi, cium tanpa gosok gigi pun rasa manis je. Sanggup melakukan apa sahaja demi melihat pasangan bahagia tanpa memikirkan apa yang bakal terjadi di hari-hari seterus yang mendatang.

Begitulah alam perkahwinan yang baru bermula bagi Ammu dan Ravi, ibarat kisah dongeng bagai di alam fantasi.

Langit tidak sentiasa cerah, rasa bahagia itu bertukar menjadi kisah dan tragedi mengerikan apabila Ravi mula menunjukkan sisi gelapnya!

Ammu yang merasa bingung dan buntu tidak tahu apa yang perlu dibuat. Kerana dia tahu, dia tidak berdaya untuk mengadu dan meluahkan apa yang terbuku dihati. Hari-hari setelah itu Ammu hanya mampu makan hati..sehingga hampir merosakkan jiwa dan mentalnya.

Melalui satu pertemuan, satu peristiwa tanpa dirancang. Ammu akhirnya mendapat kekuatan dan ketabahan untuk maju selangkah ke depan, dan seterusnya langkah demi langkah bahawa apa yang menimpanya harus dihentikan! Maka, bermulalah rancangan sulitnya untuk menjatuhkan Ravi buat selama-lamanya!

Jalan cerita yang mudah difahami, tiada plot-twist kerana mengfokuskan kepada isu rumahtangga dan penganiayaan terhadap seorang isteri.

COLD CASE (2021)

045D096B 3554 43EF 97D0 2D66485CD13C

Bagi anda meminati genre penyiasatan jenayah, misteri thriler dan dipadu hebat dengan sedikit elemen seram mistik, filem ini adalah WAJIB menjadi tontonan anda!

COLD CASE menyajikan kita dengan satu kisah penyiasatan jenayah yang CUKUP MENARIK dan PENUH MISTERI! PLOT-TWIST! DITAHAP LAIN!! PADU!!

Klimaks filem ini bermula apabila warga digemparkan dengan satu penemuan berupa tengkorak manusia yang dijumpai dalam beg plastik hitam.

DNA cuba dipadankan dengan pengecaman wajah yang dilakukan menggunakan teknologi digital namun masih menemui jalan buntu identiti sebenar pemilik tengkorak tersebut.

Di babak lain, seorang jounalis yang menyiasat kisah-kisah mistik bersama anak kecil perempuannya yang baru berpindah ke rumah baru mula dihantui dengan kejadian-kejadian mistik di dalam rumah mereka sendiri. Kejadian ini membuatkan jounalist tersebut memulakan siasatannya sendiri.

Gangguan mistik tidak terhenti disitu sahaja, hampir setiap hari journalis dan pembantu rumahnya diganggu dan sekali-kala kelibat hitam yang berlalu dengan laju menambahkan suasana seram dirumah mereka!

Dengan bantuan seorang bomoh, journalis tersebut mendapat sedikit demi sedikit petunjuk yang akhirnya pegawai polis tersebut menemuinya kerana kebetulan sedang menyiasat kes yang ada persamaan dengan jounalis tersebut.

Saksikan bagaimana penemuan dan penyiasatan mayat tersebut dijalankan, bagaimana ia dikait-rapatkan dengan orang disekeliling yang mengenali mangsa tersebut sehinggalah kejadian-kejadian misteri dan mistik yang akhirnya membawa kepada jawapan kepada segala persoalan.

Kisah penyiasatan yang sangat-sangat menarik walaupun tiada aksi-aksi lawan! Bersama-sama kita diheret ke dalam dilema penyiasatan yang dijalankan, penuh tanda-tanya!

ARUVI (2017)

670B1AB0 BB25 4C81 A92A 48E5AB414C6C

Aruvi (Aditi Balan) seorang gadis perpendidikan, manis, lincah dan bijak..namun masa depannya mula nampak kelam apabila dia disisihkan dan dibuang oleh keluarganya sendiri tanpa membenarkan Aruvi menpertahankan hak dan kebenaran.

Kerana tragedi memalukan itu, Aruvi terpaksa berhenti dari kolej dan terpaksa hidup sebatang kara.

Nasib Aruvi mula berubah apabila dia berkawan dengan seorang transgender bernama Emily (Anajali Varadhan) yang banyak membantunya ketika susah senang.

Klimaks filem ini bermula apabila suatu hari Aruvi menyertai satu rancangan realiti TV bernama “Solvadhellam Sathyam” dan membuat permintaan untuk mencari 3 orang lelaki yang telah mer0g0lnya.

Akhirnya ketiga-tiga per0g0l tersebut dipanggil ke rancangan realiti itu untuk diwawancara secara langsung di mana para penonton akan bakal menyaksikan kemuncak CAUVINISME LELAKI!

Kecoh satu studio apabila Aruvi membuat pengakuan yang dia adalah penghidap HIV POSITIF dan mula mengeluarkan pistol!!

Apakah yang terjadi di dalam studio rakaman setelah itu? Kegilaan apakah yang ARUVI cuba cetuskan? Anda perlu saksikan sendiri ya!

Kisah yang cukup MENARIK, MENGHIBURKAN, SERONOK untuk ditonton dan pastinya ada babak-babak yang MENYENTUH PERASAAN TERUTAMA babak Aruvi merakam videonya dan ditonton oleh keluarga, sahabat dan seluruh warga India, meruntun jiwa!

Kisah ARUVI ditulis dan diolah dengan begitu tersusun dan berani sekali dengan menyajikan kita senaskah kisah bergenre #thrillersurvival, #psychology dan diperhalusi dengan elemen-elemen “komedi gelap” melalui kisah Aruvi yang tragis dan tersirat juga mesej-mesej positif yang selayaknya menjadi tontonan kita semua.

Dialog- dialog yang digunakan sepanjang wawancara itu juga membangkitkan ketegangan dan suasana yang sangat menberangsangkan! Pendek kata, mesej yang cuba disampaikan sangat memberi kesan dan tamparan kepada mereka yang memperlekehkan suara Aruvi. “Lelaki dan perempuan adalah sama taraf kerana patriarki tidak sepatutnya wujud lagi.”

Nishabdham (2020)/ Silence

F2EEAD51 79CD 428C B77F 0B286DA344F0

Villa Woodside yang dikenali sebagai RUMAH BERHANTU yang telah disita 46 tahun lalu kini menggemparkan dunia semula apabila satu lagi kejadian ngeri telah berlaku melibatkan kematian misteri seorang artis lelaki terkenal.

Kejadian misteri dan mengerikan yang berlaku di Villa Woodside pada tahun 1972 bermula apabila sepasang suami isteri telah dibunuh dengan sadis sekali.

46 tahun berlalu, kejadian misteri itu masih menjadi tanda tanya dan kesnya tidak dapat dirungkai sehingga ia terkenal sebagai villa yang berhantu. Pada tahun 2019 itu juga, villa tersebut dibeli dan dijadikan sebagai rumah peranginan.

Di babak lain, sepasang kekasih Sakshi (Anushka Shetty) seorang cacat pendengaran dan bisu dan Anthony (R.Madhavan) seorang artis Cello membuat perjalanan ke Villa tersebut atas urusan kerja Sakshi yang memerlukan dia untuk mencari sebingkai lukisan.

Setiba di Villa tersebut, satu kelibat misteri melintas dan menghilang dengan begitu pantas di dalam Villa tanpa disedari mereka. Ketika mereka berdua berpecah mencari lukisan itu, Sakshi dikejutkan dengan keadaan jasad Anthony yang dipaku seperti bentuk salib tergantung di dinding sudah tidak bernyawa lagi.

Apakah sebenar yang menghantui rumah tersebut? Manusia atau..Makhluk halus??

Yashoda (2022)

FE96C728 9035 425F AD17 B3D9CF331CBD

Yashoda (Samantha), dia mengorbankan rahimnya untuk menjadi ibu tumpang kerana terdesak untuk membiayai kos rawatan pembedahan adik perempuannya.

Yashoda kemudian dibawa ke sebuah tempat rahsia yang menempatkan beratus-beratus gadis dan wanita yang menawarkan diri mereka menjadi ibu tumpang kepada bayi dikandung mereka melalui program yang dimiliki oleh Madhu (Varalakshmi Sarath Kumar).

Namun kerana satu insiden yang terjadi di pusat penjagaan ibu tumpang itu, Yashoda mula merasa tidak sedap hati kerana salah seorang gadis yang sepatutnya telah melahirkan bayi yang dikandung tidak kembali semula ke pusat penjagaan itu.

Yashoda akhirnya membuat rancangannya sendiri untuk mencari kebenaran disebalik kejadian-kejadian misteri yang berlaku di pusat itu.

Di babak yang lain, seorang artis Hollywood telah mati dalam keadaan yang cukup misteri dan diikuti oleh kematian seorang model India terkenal dan memandangkan kedua-kedua kematian ini saling berhubung kait, beberapa anggota polis diberi tugasan untuk menjalani siasatan.

Pada mulanya, kita mungkin akan merasa keliru dengan jalan cerita yang disajikan seolah-olah menonton 2 kisah yang berbeza dalam satu filem. Rupa-rupanya kisah Yashoda dan dua kematian artis Hollywood serta model India itu semua saling berkait rapat.

Jika hendak tahu apa kaitan antara 2 kisah itu yang nampak begitu misteri sangat? Kenalah tonton filemnya ya!

SHIVAAY (2016)

6A859FF4 94BE 42D6 A8D7 FFFA733E9527

9 tahun lalu, Shivaay (Ajay Devgan) seorang pendaki “expert” tinggal di kawasan pergunungan Himalaya telah jatuh cinta dengan seorang gadis dari Bulgaria, Olga (Erika Kaar) dan telah melahirkan seorang bayi perempuan yang sangat comel.

Olga yang belum bersedia menjadi seorang ibu membuat keputusan untuk meninggalkan bayi yang diberi nama Gaura itu kepada Shivaay dan kembali semula ke Bulgaria. Namun Gaura dilahirkan dan membesar dengan kecacatan tidak boleh bertutur.

Suatu hari Gaura terjumpa gambar dan surat Olga yang disembunyikan oleh Shivaay, dengan perasaan yang sangat marah Gaura memberontak kerana Shivaay merahsiakan kewujudan Ibunya. Demi kasih dan cintanya terhadap anaknya, Shivaay memujuk Gaura dan membawa Gaura ke Bulgaria untuk berjumpa Olga.

Namun berjalanan dan urusan mereka setiba di Bulgaria tidak mudah! Ternyata ia semakin sukar apabila Olga tidak lagi tinggal di alamat lamanya.

Insiden lain pula yang muncul, Shivaay dapat merasa Bulgaria tidak seindah yang dikhabarkan! Dan ia terbukti apabila Gaura telah diculik oleh sindiket perdagangan manusia dan pelacuran!

Bermula disinilah klimaks plot yang penuh debaran dan aksi-aksi suspen dari Shivaay dapat kita saksikan, bagaimana dia berusaha mati-matian menjejaki para pelakunya, bagaimana dia harus berdepan dengan karenah dan provokasi dari pihak berkuasa yang tidak mempercayainya dan pastinya kesukarannya untuk berurusan pihak Kedutaan India di Bulgaria juga!

Seronok dapat melihat Ajay berlakon dalam filemnya sendiri sebenarnya, ibarat tiada kuasa yang menghalangnya dari melakukan apa jua aksi yang disukainya!

Pendek kata, filem ini boleh dikelaskan sebagai salah satu filem aksi yang mengujakan, meriah dan menghiburkan! Watak Gaura yang dilakonkan oleh Abigail Eames juga sangat memberi kesan!

Drishyam 2 (2022)

E1BD2A23 AE57 4671 8761 FE0C6697333C

Pada 18 November 2022 lepas, sekuel kedua filem lakonan Ajay Devgan dan Tabu Drishyam 2 telah mencipta satu lagi fenomena apabila filem ini mencecah kutipan box office sejurus beberapa hari ia ditayangkan.

Filem ini mengisahkan perjuangan Vijay Salgaonkar dan keluarga dari bahaya sekaligus tindakan mereka untuk menghindarinya. Meskipun pada filem pertama mereka bebas dari ancaman polis, namun kisah mereka belum berakhir.

Sekuel Drishyam dimulai dari penamat babak dari filem pertamanya 2015. Walaupun 7 tahun telah berlalu, trauma mereka masih tidak hilang lagi. Kali ini, terdapat saksi yang mengetahui rahsia 7 tahun lalu.

Dari kenyataan saksi, polis mula membuka semula kes itu dan meninjau kembali kes kehilang Sameer Deshmukh.

Dapatkah kali ini Vijay yang licik dan ligat ini mampu menyelamatkan dirinya dan keluarganya sekali lagi?

C U Soon (2020)

5CEFCBF6 6507 4194 8085 939B1CFDFA99

Diilhamkan dari video sebenar yang dihantar oleh seorang wanita yang menjadi mangsa perdagangan manusia di Dubai kepada ibubapanya.

Seorang wartawan telah berkongsi video itu dengan Mahesh Narayanan penulis dan pengarah filem ini. Penggambaran filem ini dibuat semasa MCO di India, Faahad Faasil & team mengolah dan edit sehinggalah ia menjadi senaskah filem yang unik dan kreatif.

Membawakan kita tema bergenre #thrillermystery dan #suspense Malayalam yang “mencemaskan” serta “menyedihkan” dengan konsep yang berlatarbelakang watak kehidupan alam maya serta found footage yang menggunakan telefon bimbit dan komputer/laptop.

“Siapakah dia? Benarkah dia wujud? Apakah yang berlaku sebelum itu? Mengapakah boleh terjadi sehingga sedemikian rupa? Siapa yang jadi mangsa dan pemangsa sebenarnya??”

Kisah menyayat hati ini bermula dengan Jimmy Kurien (Roshan Mathew) bekerja di Dubai yang kemudian berkenalan dengan Anumol Sebastian (Darshana Rajendran) melalui aplikasi mencari jodoh sehinggalah mereka saling jatuh cinta.

Teruja dengan hubungan baru ini, setiap hari dan berjam-jam lamanya mereka menghabiskan masa melalui “Video Call” dan “Goggle Chat”.

Suatu hari, Jimmy yang begitu obses dengan Anu ingin berjumpa 4 mata dengan Anu namun Anu memberi pelbagai alasan dan kekadang sampai berhari-hari Anu tidak “online” dan membuatkan Jimmy tidak keruan serta gelisah.

Apabila Anu “online” semula, Jimmy tanpa berfikir panjang , tanpa menyelidik lanjut latarbelakang keluarga Anu..terus melamar dan mengajak Anu berkahwin di hadapan mak Jimmy hanya dengan menggunakan “video call”.

Pada mulanya Anu seperti menyembunyikan sesuatu tetapi dia juga menerima lamaran Jimmy.

Ibu Jimmy yang merasa was-was dengan keputusan Jimmy yang mendadak itu, menghubungi sepupu Jimmy bernama Kevin (Fahadh Faasil) yang bekerja dalam bidang dan pakar dalam bidang IT untuk menyelidik asal-usul Anu.

Dengan kepakaran yang Kevin ada, dia menggodam dan mengakses data peribadi milik Anu.

Klimaks filem ini bermula apabila tiba-tiba satu hari Anu menghubungi Jimmy melalui “Video Call” menangis teresak-esak dalam keadaan wajahnya berlumuran darah.

Dan sejak peristiwa itu, satu persatu kejadian misteri mula terungkai. Rahsia demi rahsia, konflik demi konflik sehingga melibatkan pihak berkuasa di Dubai campur tangan. Jimmy dan Kevin nampaknya sudah merasa terperangkap dengan kejanggalan situasi ini.

Dapatkah Kevin membantu Jimmy mencari jalan keluar dan penyelesaian hanya dengan menggodam setiap sistem dan data yang hanya berada di hujung jarinya itu??

Yang pasti kisah dalam filem ini membawa mesej yang cukup kuat, tersurat dan tersirat.

THE PRIEST (2021)

31DCD8C0 B6E5 46E2 8D4D B5097BA7FF34

Adakah anda meminati filem bergenre “HORROR THRILLER MISTERI” yang berkonsepkan penyiasatan ala-ala filem “Da Vinci Code”? Jika ya, tontonlah filem ini.

Filem ni bermula dengan seorang gadis muda bernama Diya (lakonan Saniya Iyyappan) datang mencari paderi Father Carmen Benedict (lakonan Mammootty) untuk menyiasat dan merungkai misteri kejadian bunuh diri yang telah berlaku kepada keluarga kaya, Alatt Family yang dipercayai satu persatu ahli keluarga tersebut telah mati membunuh diri.

Satu-satunya ahli keluarga Alatt yang masih hidup adalah Elizabeth dan dia menjadi suspek kepada kesemua kejadian misteri yang menimpa keluarganya. Namun suatu hari, Elizabeth juga telah ditemukan mati membunuh diri di bilik tidurnya.

Father Benedict yang teruja untuk menyiasat kes in, tanpa dia sedari dia bakal menjerumuskan dirinya ke sisi yang lebih gelap dan menakutkan dari apa yang disangkakannya apabila dia mula berjumpa dengan Ameya Gabriel (lakonan Baby Monica). Ameya seorang anak gadis yatim yang pendiam, suka menyendiri dan penuh misteri. Father Benedict dapat merasakan pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan Ameya dan mengesyaki kematian Elizabeth ada kaitan dengan Ameya.

Setelah itu, siasatan demi siasatan dilakukan oleh Father Benedict sehinggalah dia menemukan beberapa petunjuk yang mengaitkan kesemua kematian misteri keluarga Alatt. Maka, bermulalah babak-babak SUSPEN dan MISTERI yang pasti bukan mudah untuk dia selesaikan!

SULLU (2019)

11F2EE91 AE6E 42B2 8BA9 91FA32F3B2D5

Sullu yang bermaksud “Menyerah” adalah istilah yang digunakan dalam permainan sorok-sorok dan ia juga merupakan filem Malayalam yang mengfokuskan kisah Jithu (Vasudev Sujish) seorang kanak-kanak dalam lingkungan umur 8-9 tahun yang terperangkap dalam almari antik pakaian yang tebal dan kalis suara ketika sedang bermain permainan sorok-sorok bersama sepupu-sepupunya.

Namun permainan tersebut berubah menjadi titik hitam dalam hidup Jithu serta Ibubapanya apabila keberadaan Jithu tidak diketahui oleh 2 orang sepupunya yang kemudian dibawa keluar bercuti oleh ibubapa mereka. Saat itu, mereka menyangka Jithu telah kembali ke rumahnya.

Setelah Jithu menyedari yang dia telah ditinggalkan berseorangan dan terperangkap di dalam almari tersebut, Jithu pun mula panik dan meminta tolong.

Malangnya tiada siapapun yang mendengar suara jeritannya itu. Jithu mencuba pelbagai cara untuk membuka pintu almari tersebut namun tetap gagal jua!

Dibabak lain, kita akan disajikan beberapa “moment flashback” kehidupan keluarga Jithu dan dari sini dapat kita lihat bahawa Ibubapa Jithu sedang bergelut dengan masalah kewangan. Jithu pula seorang kanak-kanak yang aktif dan agak nakal. Dia kerap dimarahi oleh bapanya tetapi ibunya pula terlalu memanjakannya.

Kemudian kita dibawa semula ke babak Jithu yang masih terperangkap dan sedang berjuang antara hidup dan mati. Tidak mengetahui apakah nasib yang bakal menimpanya, detik-detik yang cukup mencemaskan!

Apakah pengakhiran kisah Jithu dan Ibubapanya?

ASURAN (2019)

FD56F710 1A50 4B5F A689 7E05876493A1

ASURAN menyajikan kita sebuah kisah keluarga petani yang mulanya kehidupan mereka cukup bahagia walaupun dalam kesederhanaan.

Namun hanya kerana sebidang tanah, kebahagiaan itu direntap dengan begitu kejam sekali! Sehinggalah keluarga kecil ini terpaksa melarikan diri dan bersembunyi di dalam hutan kerana keselamatan mereka telah diancam!

Siva (Dhanush) mengusahakan sebidang tanah dan bercucuk tanam demi kelangsungan hidup bersama Isterinya Pachaiyamma (Manju) dan 3 orang anak-anaknya.

Ternyata ada mata-mata liar yang sedang memerhati keluarga kecil ini, pandangan mata yang cukup rakus dan tamak! Narashiman (Adukalam Naren), orang kaya yang tidak pernah puas yang telah lama memendam menginginkan tanah yang dimiliki oleh Siva untuk membina sebuah kilang simen.

Siva pastinya tidak akan menjual satu-satunya tanah yang dia ada. Kemudian berlakulah babak-babak yang tidak menyenangkan sehinggalah anak sulung lelaki Siva dibunuh oleh orang suruhan Narashiman. Merasa marah dan kesal dengan apa yang berlaku, anak lelaki no 2 Siva pula membalas dendam dan membunuh orang kaya Narashiman itu!

Setelah kematian orang kaya Narashiman, keluarga Siva terpaksa lari, berlindung dan berpecah dua dalam hutan bersama isteri dan dua orang anaknya. Namun kaum kerabat Narashiman tidak akan berhenti memburu mereka selagi keluarga Siva masih hidup!

Aksi-aksi yang penuh debaran! Penuh peluh! Cukup panas ibarat tanah tandus kehilangan airnya! Perjuangan seorang suami, seorang ayah demi keselamatan dan kehormatan keluarganya!

SAANI KAAYIDHAM/CHINNI (2022)

1CA6BA0C 4AA5 4010 975F A7072B9EE7E3

Diadaptasi dari kejadian sebenar dengan berlatarbelakangkan tahun 1980an, Ponni (Keerthy Suresh) asalnya hanyalah seorang wanita, isteri dan ibu yang polos bekerja sebagai konstabel polis, mempunyai keluarga kecil yang sederhana.

Namun kerana satu insiden yang melibatkan suami serta majikan suaminya, hidup Ponni berubah 360 darjah!

Kekejaman dan penganiyaan yang diterimanya sesungguhnya sangatlah sadis!! Dia dirogol, suami dan anak perempuannya dibakar hidup-hidup tanpa belas kasihan!

Kerana mereka juga dari golongan kasta rendah, maruah mereka diperkotak-katikkan! Sistem keadilan yang ada pun tidak menyebelahinya! Yang kaya semakin bermahajalela! Yang miskin semakin ditindas!!

Dengan bantuan abang tirinya Sangaiyyah (Selvaraghavan), mereka berdua memulakan misi membalas dendamnya! Penuh amarah! Penuh aksi-aksi berdarah!

Tiada lagi rasa takut! Tiada sempadan tiada halangan yang boleh menghalangnya dari
menuntut keadilan dengan caranya sendiri! Yang pasti, matlamatnya kini adalah melihat musuh-musuhnya mati dengan sadis dan melihat mereka semua menderita dari kematian yang paling menyakitkan!!

BALI (2021)

16256D34 4C44 46B5 B124 53620CB3342B

Kewujudan misteri sesosok lembaga yang dipanggil ELIZABETH oleh kanak-kanak di sebuah bangunan hospital lama yang usang dan terbiar menjadi titik fokus kepada filem bergenre seram misteri “BALI” yang dibintangi oleh Swwapnil Joshi, Pooja Sawant dan pelakon kecil yang sangat berbakat Samarth Jadhav.

Kanak-kanak yang disahkan mengidap kanser sentiasa menjadi sasaran ELIZABETH, kanak-kanak ini malah memanggilnya sebagai mak dan Elizabeth ini pula hanya menampakkan dirinya di hadapan kanak-kanak sahaja.

Misteri kewujudan Elizabeth akhirnya dibongkar sedikit demi sedikit setelah seorang anak yatim bernama Mandar Sathe (Samarth Jadhav) dimasukkan ke hospital Jansanjivani. Bapanya Shrikant (Swwapnil Joshi) seorang duda bukanlah dari keluarga yang senang harus akur menyerahkan Mandar dibawah jagaan Doktor Radhika Shenoy (Pooja Sawant) kerana Dr Radhika berjanji akan mendapatkan dana sumbangan dari NGO bagi merawat kanser yang dihidap oleh Mandar.

Di hospital itu, Mandar telah bertemu dengan kanak-kanak lain bernama Bhaskar salah seorang pesakit kanser tahap akhir. Mereka berkawan dan berkongsi rahsia.

Suatu hari Bhaskar telah memasuki bangunan hospital lama yang berhadapan dengan wadnya setelah menerima panggilan telefon dari Elizabeth. Keesokannya Bhaskar telah ditemukan meninggal dunia.

Apakah yang terjadi seterusnya? Siapakah Elizabeth ini sebenarnya? Rahsia apa yang cuba disembunyikan oleh pihak hospital Jansanjivani? Misteri kematian Bhaskar juga menjadi tanda tanya yang akhirnya terbongkar di penghujung filem nanti.

TUMBBAD (2018)

888D7922 8C55 495E A065 06F1D5691C51

Di satu perkampungan Maharashtrian, Tumbbad, ada satu kisah mitologis Dewi yang menciptakan alam semesta dan sebuah keluarga telah membina kuil untuk Anak Sulung Dewi, yang digelar Hastar (Dewa yang tidak boleh disembah)

Filem ini berdasarkan kitab-kitab mitologi India di mana anak pertama Dewi/Goddes bernama “HASTAR”. Dia dilahirkan dgn sifat yg sgt² tamak, semua dewa lain sgt marah pada HASTAR dan menghukumnya bagi memastikan HASTAR akan menjadi Dewa yang tidak akan disembah dan disumpah selamanya, namun Dewi tetap melindungi HASTAR dan menyimpannya dalam rahimnya.

Kerakusan seorang lelaki (lakonan Sohum Shah) yang mencuri emas dari HASTAR sehingga dia dan anak lelakinya terperangkap di dalam rahim Dewi yang merupakan sebuah perigi kuno yang digunakan untuk melindungi HASTAR.

Filem ini ada beberapa lapisan cerita yg agak slow burn sikit, terdapat drama rumahtangga si ayah, mak dan perempuan simpanan si ayah dan juga kawan si ayah yang tikam belakang si ayah. Sikit je dan takkan rasa bosan sebab plot cerita sangat menarik.

Latarbelakang, sinematografi, lakonan serta suasana yang digarapkan cukup menyeramkan. Malah, air hujan yang digunakan adalah dari 4 monsun hujan yang sebenar dan sebab itulah filem ini memerlukan masa 6 tahun untuk disiapkan.

Yang menariknya lagi, terdapat pengajaran disebalik kisah filem ini, sebagai manusia kita perlulah bersyukur dan merasa cukup dengan apa yang kita telah ada. Tidak bersifat tamak kerana ketamakan akan memakan diri sendiri.

RUNWAY 34 (2022)

E8BE9E68 8DE5 436B 8AF7 DBE543A164F9

Filem HEBAT arahan Ajay Devgan, diinspirasikan dari KEJADIAN/KISAH BENAR penerbangan Jet Airway kapal terbang Boeing 737-800 terhempas yang telah mengorbankan beberapa nyawa penumpang ketika penerbangan dilakukan dari Doha ke Kochi pada Ogos 2015.

Menonton filem ini mengingatkan sis kepada filem “Sully” dan “Flight” yang juga berdasarkan dari Kisah Benar kerana situasi yang dihadapi oleh Captain Vikrant Singh (lakonan Ajay) yang harus bergelut dan berjuang habis-habisan antara hidup dan mati dalam keadaan cuaca yang sangat buruk dan menakutkan, memastikan kapal terbang yang dipandunya dapat pulang dan mendarat dengan selamat.

Kisahnya lebih kurang sama seperti filem Sully juga, kita disajikan dengan 2 bahagian cerita yang melibatkan aksi-aksi dan drama yang penuh ketegangan, emosi dan suspen ketika berada di ruang udara. Manakala 1 bahagian cerita lagi melibatkan drama dan perdebatan yang berlaku di dalam sidang mahkamah.

Filem yang dibintangi sendiri oleh Ajay, Amitabh Bachchan dan Rakul Preet Singh ini juga menjadi perdebatan dan kontroversi apabila pembikinan filem ini telah diselar dengan begitu hebat sekali oleh Federation of Indian Pilots (FIP) kerana ia didakwa gambaran terhadap apa yang dialami oleh juruterbang dalam filem itu tidak realistik dan menyimpang dari kebenarannya, secara tidak langsung mencalarkan imej dan kredibiliti juruterbang.

(PENGUIN 2020)

408429B3 3E6C 4F9F AEB8 CFFF3B7BAAB3

Rhythm (Keerthy Suresh) diceraikan suaminya kerana gagal melindungi anaknya Ajay yang telah hilang diculik oleh seseorang yang berpakaian seperti Charlie Chaplin dengan membawa payung kuning.

6 tahun kemudian, Ajay yang disangkakan telah mati telah kembali dalam keadaan trauma. Tingkah laku Ajay juga berubah sejak itu, AJAY BERUBAH MENJADI GANAS DAN DILUAR KAWALAN!!

Yang menakutkan lagi, si “Charlie Chaplin” kembali semula untuk mendapatkan kembali Ajay! Namun apa lagi yang paling menakutkan lagi, minda dan fizikal Ajay seolah-olah dikawal oleh si “Charlie Chaplin” dan cuba membunuh Rhythm dan bayi baru dikandungnya bersama suami barunya.

Siapakah Identiti sebenar si Charlie Chaplin? Apa motif sebenar si Charlie Chaplin menculik Ajay? Dapatkah Rhythm melindungi anaknya untuk kesekian kalinya ini atau Ajay memilih untuk bersama semula dengan si Charlie Chaplin?

BHAAGAMATHIE (2018)

37A61327 5952 4C8E A9DB 6965A5F3D238

Dalam filem ini, Anushka melakonkan watak sebagai Chanchala, seorang banduan yang dituduh kerana membunuh tunangnya.

Suatu hari, Chanchala dipindahkan dari penjara ke sebuah Istana lama yang besar dan usang di tengah-tengah hutan oleh seorang pegawai polis CBI Vaishnavi Natarajan (lakonan Asha Sarath).

Maka bermulalah kejadian-kejadian seram di dalam Istana tersebut. Chanchala mula diganggu oleh roh yang dia sendiri tak nampak sehingga berhari-hari di dalam Istana tersebut tanpa dibantu oleh sesiapun walaupun dia dah meminta tolong.

Tak lama lepas kejadian itu, tiba-tiba Chanchala berubah menjadi orang lain, dia telah dirasuk! Dia bukan lagi Chanchala tetapi adalah “BHAAGAMATHIE”, yang merupakan seorang Ratu di zaman Dinasti Kalangi yang telah dibunuh dan dibakar oleh rakyatnya!!

Persoalannya disini yang pastinya anda semua nak tahu, kenapa Chanchala tiba² dipindahkan ke Istana usang itu? Apa motif pegawai polis itu? Seterusnya apa akan berlaku kepada nasib Chanchala setelah dia dirasuk? Dan banyak lagi persoalan yang pasti akan terjawab di hujung cerita ini nanti.

DYBBUK (2021)

D0638BEF BE1D 46F9 A808 75935703344F

Dalam sejarah mitos Yahudi, kotak DYBBUK ini asalnya adalah sebuah kotak wine yang dimiliki oleh seorang wanita tua berumur 103 tahun (ketika pada tahun 2001) dan dijual di acara lelongan barangan antik pada September 2001 di Portland Oregon. Ketika lelongan dibuat, pewaris kotak DYBBUK tersebut iaitu cucu kepada nenek itu kemudian menjelaskan kepada pemilik baru yang neneknya selalu menyimpan kotak itu dan memesan untuk tidak membuka kotak itu walau apapun terjadi kerana ia mengandungi roh yang sangat jahat dan merbahaya yang digelar DYBBUK.

Dalam filem ini, kita akan diperlihatkan juga bagaimana upacara memindahkan roh dilakukan dari badan manusia then masuk ke dalam DYBBUK ini. Sesiapa sahaja yang dirasuk akan digunakan oleh DYBBUK ini untuk melepaskan hajat atau dendamnya.

Untuk yang belum tahu, sebenarnya filem Dybbuk ni adalah remake dari filem “Ezra (2017)” dari pengarah yang sama.

Filem ini dimulakan dengan Sam Isaac (lakonan Emraan Hashmi) dan Mahi (lakonan Nikita Dutta) sebagai isterinya yang berpindah ke Mauritius kerana urusan pekerjaannya. Dan Sam menggunakan peluang ini untuk menghiburkan Mahi yang selalu kemurungan sejak dia mengalami keguguran.

Namun sejak berpindah ke rumah baru yang disediakan oleh syarikat Sam, Mahi mula diganggu oleh entiti yang mengerikan. Semua ini mula berlaku apabila Mahi membeli kotak DYBBUK tersebut dari seseorang dan membukanya ketika berseorangan. Mahi cuba memberitahu Sam kejadian seram yang menimpanya tapi Sam anggap itu hanyalah khayalan Mahi memandangkan Mahi sedang dalam kemurungan, sehinggalah suatu hari Sam juga diganggu oleh entiti yang sama.

SHERSHAAH (2021)

09DAA06A 883A 4036 B678 1C6829A0E26D

Berdasarkan kisah sebenar, mengisahkan perjalanan hidup penerima keberanian Param Vir Chakra Kapten Tentera Vikram Batra atas pengorbanannya yang tidak ternilai selama Perang Kargil pada tahun 1999 yang ketika itu dia baru berumur 24 tahun. Sidharth Malhotra sebagai Batra dan dia mempunyai juga ada kembar, Vishal.

Lepas pembukaan cerita yang gempak, kita akan disajikan dengan kisah tentang kehidupan dan keperibadian Batra.

While as seorang askar perang pula, dia seorang yang sangat gagah berani, tidak gentar dengan bom dan peluru yang berada kat depan dia, tidak mementingkan diri sendiri. Senang cite semua ciri-ciri lelaki yang diperlukan oleh seorang anak, ibu, wanita, isteri, bahkan seluruh keluarga dan negaranya.

 

Baca Lagi: Filem Netflix 2020 Yang Wajib Ditonton

Baca Juga: 13 Zombie Korea Yang Wajib Anda Tonton